BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, Ogos 16, 2010

Lisanul Hal

Sesekali aku terfikir betapa benarnya istilah lisanul-hal yakni bahasa suasana.

Ada ramai orang bersembahyang 5 waktu di masjid ataupun di rumah tetapi ada lagi ramai orang yang tidak bersembahyang dan berkeliaran dengan urusan sendiri hingga luput waktu. Masjid yang luas seperti membazir kerana tidak di isi oleh ahli ibadah.

Namun tiba-tiba bila hari Jumaat; hari yang mana semua kaum lelaki sepatutnya pergi ke masjid sembahyang Jumaat berjamaah, masjid yang luas menjadi sempit. Tidak kira tua atau kanak-kanak tiba-tiba sahaja teringat dan mempunyai masa untuk singgah di masjid. Akan berlari-lari jika kedengaran azan dilaungkan.

Heran, ya!


Begitu juga dengan puasa. Bila sahaja tiba bulan Ramadhan semua orang sibuk melaksanakan ibadah puasa. Tetapi terfikirkah bahawa yang sibuk berpuasa itu pada hakikatnya sembahyang 5 waktu yang diibaratkan sebagai tiang agama pun diabaikan. Rukun Islam ke-2 jarang sekali diambil berat tiba-tiba melangkau ke Rukun Islam ke-3, berhempas pulas untuk melaksanakannya tanpa ponteng.

Mengapa fenomena ini boleh jadi begini ialah kerana suasana yang terbentuk mendorong manusia secara otomatis tanpa perlu dikerah dengan polis atau FRU untuk melaksanakannya.

Suasana yang pada nama hari atau bulannya sahaja sudah boleh mengubah rutin hidup seharian dari makan kepada tidak makan. Daripada tidak pernah ke masjid kepada mahu ke masjid.

Inilah manusia yang bila sesekali di fikirkan, tidak faham, adanya. Dan kekadang boleh buat kita ketawa sambil geleng kepala...

11 ulasan:

hrusli61 berkata...

Suasana sebegini terbentuk kerana 3 faktor;
1. Didikan awal keluarga,
2. Rakan-rakan yang mempengaruhi dan
3. Suasana setempat.

Beruntunglah mereka yang memperolehi ketiga-tiga faktor ini dengan baik.

Namun usaha, tawakal dan doa boleh membantu insyaAllah.

ibuintan berkata...

mereka sebegini mungkin menganggap, setahun hanya satu bulan saja wajib puasa, sedangkan solat wajib 5 kali sehari setiap hari...
jadi mereka utamakan yang sebulan dlm setahun dari yang wajib setiap hari...
moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka

Kakcik Seroja berkata...

Salam IM...

memang menghairankan. Ada orang sanggup berlapar dahaga berbelas jam, tapi tak sanggup 'tunduk bangun' untuk 5 minit. 'Sesungguhnya sembahyang itu amat berat, kecuali bagi orang yang bertaqwa'

Tanpa Nama berkata...

Salaam.. isu yang sensitif. Orang awam perlu dibekali dengan ilmu oleh pemerintah. Pendakwah perlu keluar bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Kemudiannya dibuat undang-undang, siapa yang melanggar syariat akan dikenakan hukuman. Boleh bayangkan lelaki yang tak solat di masjid, diburu polis? (kalau solat di rumah orang lain tak nampak, kan)

CITY® berkata...

salam,

semoga im , ibu suri sihat2 sahaja, amin...

iman tak dpt diwarisi. tak semua yg dapat petunjuk. yg ngaku islam kerana agama nenek moyang ramai yg tak ada ilmu dan faham juga tak gunakan al quran dan hadis nabi sebagai panduan dan cara hidup.
ilmu agama kena belajar dan terus belajar...

syukur alhamdulillah, kalau kita mendapat petunjuk...

ahmad humairi berkata...

salam,

heran gak ngan ragam manusia nih...x solat, x puasa...buang bayi...isyyyhh. Jenih x takut dosa langsung.

hentian berkata...

syukur pda tuhan kita tidak membesar dengan suasana dan budaya negatif.

muga anak-anak kita juga bukan salah seorang diantara mreka.

hj atan berkata...

bukankah ada yg balik kampung..masuk 'lock up'sementara.

esok 'dia' terlepas,siap le

Maiyah berkata...

mrk x fikir mati, dan mrk akan kata nasib leeee.. x takut apa yg bakal mndtg.. krn bg mrk tak pernah terfikir akan terjadi apa2

moga kita suma diberkati..

Unknown berkata...

erm....tak pelik sbb saya dikelilingi manusia yg mcm tu~hmmm...
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan? Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~dan kisah nafsu~

hentian berkata...

hj atan,
walaupun 'dia' balik kg, tapi pengaruh ajaran sesatnya tu masih kuat.

maiyah,
mereka ada fikir mati. sebab itu depa enjoy puas-puas sebab depa kata hidup hanya sekali.

iqbal,
oleh kerana dah jadi biasa maka ianya tak pelik lagi, ya!

apa-apa pun, muga kita tidak tergolong dari kumpulan itu. nauzubillah!