Aku tahu bahawa pemain utama Ramadhan di rumah ialah aku. Akulah penyerang dapur, penjaga waktu dan penolak semangat ibu_suri untuk makan dan Angah untuk bangun sahur.
Aku dah suruh Angah belikan sesangkar telur Omega-3, setin ikan sardin, setin kari ayam dan perencah nasi goreng sebagai menu segera bila perlu. Bawang, cabai dan lain-lain aksesori memang dah sedia ada. Air botol jenis dispenser dah aku pesan 3 botol (@5 gelen) dari Amber Water Co. Cukup stok untuk sebulan, fikirku.
Jam 4.45 pagi aku dah bangun. Azamku memang gitu. 15 minit untuk menggeliat dan on blog aku untuk dengar lagu Ramadhan sambil ke dapur. Sebungkus gulai memang dah di pesan kat Angah suruh beli malam tadi, aku perangat saja. Goreng telur dadar 3 biji. O iya, aku belajar satu perkara pula kali ini. Kalau nakkan gebu dan besar saiz dadar tu kena pukul telur sampai kembang. Terlupa pula nak bubuh Maiyonis seperti iklan dalam tv tu.
Terdengar bunyi kelentung kelentang dari rumah sebelah. Sibuk macam aku le gamaknya...
5.15 menu sahur mesti disiapkan. Aku atur atas meja kecil yang dulunya ibu_suri guna untuk ajar tuisyen kat anak-anak jiran. Aku lapik paper, dan semua lauk, nasi dan aksesori makan atas meja.
Aku kejut Angah dulu sebab enjin bangunnya lambat panas. Sebaliknya, tidak ada masalah untuk ibu_suri cuma kena bangunkan dan pimpin ke singki untuk basuh muka. Jam 5.45 sepatutnya sahur selesai dan boleh kekap pinggan-mangkuk dan singki serta buang sampa-sarap.
Best juga hari pertama sahur aku. Semuanya berjalan lancar. Cuma tak sempat nak tahajjud terlebih dahulu seperti awal angan-anganku sebelum tidur.
Sayangnya, bila di tempat kerja mata mula rasa ngantuk. Tapi disebabkan ada audit SIRIM dan ofis aku adalah tempat rujukan segala dokumen kalibrasi, aku terpaksa stand by setiap masa.
Sempat hantas sms kepada semua rakan dan saudara mara, ucap Selamat Menyambut Ramadhan. Juga tidak lupa pada semua rakan bloggers yang dipaut ke sidebar blog aku. Tak kira yang prolifik atau yang sepi tanpa entri baru!

17 ulasan:
Salam IM..
selamat berpuasa. Biar betul??? 6.15 baru mula bersahur??? Salah taip agaknya tu... :)
ops 6.15 ke.. or 5.15 niiii..hihihihi
selamat berpuasa yer IM
salam,
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
tekejut gak...6.15
tak plak dinyatakan waktunya..
betulletu...salah taip.
selamat bersahur dan selamat berpuasa dan berbuka dan beraya...
sorila. ngantuk le tu...
tkasih kerana peringatkan. dah diperbetulkan. masa drive ke tempat kerja tadi baru perasan.
Harap tak silap tengok jam masa bangun sahur.
IM, selamat berpuasa!
Selamat berpuasa IM.
Sama la..kena standy canned food..just in case tak ada benda di beli/masak.
Ain,
sampaikan juga salam ramadhan kareem kat Mama Moden sama ya. Lama tak baca entri dia...
Siti,
itu namanya isteri yang bijak merancang. ingat masa susah...
Salam ziarah jer ni! :)
salam,
hmmm terharu nya baca. tak ramai lelaki yang 'mampu' buat spt saudara im. tahniah, semoga Allah memberkati im selalu, amin...
ps:
oh ya, kerja jaga dokumen kalibrasi? ada sijil or dokumet kalibrasi osiloskop dan mutimeter tak? nak tengok, heheheh...
DDrFauziah,
Ziarah pun kira ok le tu. Sejuk hati IM...
blueCITY,
err.. dokumen kalibrasi dikira rahsia kompeni. kalau nak mai tengok, kena datang buat odit kat sini la...
salam IM
alhamdulillah .... dah hari ketiga kita semua berpuasa ........ moga diterima ....insyallah
muga diberkati 30 hari puasa kita + 6 hari selepasnya...
slm ramadhan, wlau kene buat suma tu tp rasa kenikmatannya kan kan..
Salam IM,
lambat sampai kali ni.
Salam Ramadhan semoga ibadah tahun ini lebih diberkati Allah.
* bertuah anak2 IM.
selamat berpuasa hari ke 4 IM,
baru hari juga dapat sampai, terharunya...
salam ramadan IM
selamat bersahur bersame keluarga tersayang ..
saye lak ..
bersahur d kedai tomyam jer utk 3 minggu ramadan ni ..
salam IM..
juadah berbuka ape masjid Penanti sediakan ..
Catat Ulasan