BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Ogos 14, 2010

Bebuka Puasa

Masuk hari ke-3 Puasa, aku dah mula terasa keletihan. Kepala rasa berdenyut. Mungkin sebab kurang tidur. Habit bangun tidur awal masih dalam penjajaran agaknya. Esok-esok barangkali ok lah...

Balik kerja aku bergelut untuk menyediakan meja hidangan. Mujur Angah tolong belikan juadah di Pasar Ramadhan. Sekurang-kurangnya, bab cari parkir dan lauk apa yang hendak dibeli tidak perlu difikir. Dan ini bagus juga untuk Angah. Biar dia belajar bagaimana ghaflahnya disetiap kali nak fikir lauk pauk yang menepati citarasa semua ahli keluarga untuk sarapan.

Sambil aku makan aku juga perlu pastikan ibu_suri makan. Dulu, kalau beli nasi perlu 2 bungkus. Kini, sebungkus boleh kongsi dengan ibu_suri. Ini bukan romantika punya hal tapi jelas appitite ibu_suri jatuh merudum. Selesai makan, aku perlu basuh pinggan dan juga basuh baju. Kemudian berikan ibu_suri makan ubat.

Usai Maghrib, aku akan mandikan ibu_suri. Selalunya, pakaian aku juga akan turut lenjun dibuatnya. Sudah beberapa kali aku pesan Angah belikan kerusi plastik untuk kegunaan ibu_suri bila mandi. Aku sayang pada kerusi lipat yang ibu_suri guna sekarang sebab kerusi ini aku beli semasa aku masih bujang lagi. Maknanya, kerusi itu mencecah usia lebih 24 tahun dan masih gah. Arrghh...

Aku ambil baju yang tersidai di luar rumah dan sangkutkan terus ke almari yang berkenaan. Angah, seperti biasa 9.30 akan cunggit ke KAMDAR ambil tunangnya balik dari kerja. Dia takkan ambil kisah 5S sekitar dalam rumah. Ayaaaaahhh la jugak. Adus!

Lepas mandi aku solat Isyak dan Terawih. Masa itu rasa kantuk bukan main. Dah kenyang katakan. Lepas gosok baju kerja untuk esok dan kemas meja serta depan tv, aku off semua lampu kecuali lampu luar. Setelah pastikan jam di talipon aku disetkan ke 4.45 pagi esok untuk bangun sahur, aku pun terus ….

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…..

13 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Salam IM..

apa yang IM lakukan itu adalah kebiasaan yang dilakukan oleh ibu2 yang bekerja. Begitulah penat yang kami rasa. Alhamdulillah, IM berjaya melakukannya di saat ramai suami2 lain yang bersenang lenang dan hanya tahu memberi arahan. IM adalah antara insan yang terpilih untuk mendapat 'markah lebih' dariNya. InsyaAllah. :)

ibuintan berkata...

setuju kakcik seratus persen...
alah bisa tegal biasa

hentian berkata...

heh..heh.. ini puji ke perli IM nih!

kak ja berkata...

sama setuju dgn kakcik..

IM seorang ayah dan suami yg hebat!!

P/S: Apa dah jadi dgn FB account IM? Ke saya yg kena delete?

hentian berkata...

lama tak jenguk FB. IM lebih gemar blogging...

hrusli61 berkata...

Semoga berganda ganjaran Allah SWT kurniakan untuk IM. Jangan lupa doa sebelum berbuka puasa. Saat itu doa sungguh mustajam.

Semoga ibu_suri lekas sembuh sepenuhnya. Ameen

Acik Erna berkata...

Tahniah buat IM...kerana berjaya menjalankan tugas..walau sibuk..macammana pun..nasib juga ada angah buat membantu ayahnya..

zakir932 berkata...

assalamualaikum...

apa progress ibu suri right now...

bukan mudah lelaki menjaga isteri kerana lelaki tercipta hanya untuk di belai manja... meowww

hentian berkata...

alhamdulillah, buat sehari dua ini dia mula makan lebih dari biasa.

doakan muga sembuhnya itu menyenangkan hati IM, ya...

ibuintan berkata...

datang semula IM,
tak perlilah, IM memang anugerah terbaek buat ibu-suri..

Idalara berkata...

rasanya bukan mudah nak menjadi seperti IM..bertuah ibu-suri ada suami seperti iM..dalam 1 ribu mungkin hanya ada 1..biasa kita dgr isteri menjaga suami saja...

rerama salju berkata...

Semoga terus tabah menghadapi dugaan ini,dan Ibu Suri akan segera pulih seperti biasa.AMIN

hentian berkata...

tkasih atas kata-kata peransang. sememangnya IM harap akan dapat menjaga ibu_suri sehingga akhir hayat.

ini juga satu kerja amal yang diharap akan mendapat ganjaran allah. tidak semestinya kita ambil peduli orang lain sedangkan di rumah sendiri kita abaikan.

yang terbaik ialah kedua-duanya sekali.