BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Ogos 04, 2010

Antara Hambar Dan Manis

Sudah 3 minggu aku menghantar ibu_suri ke rumah kakaknya sementara aku bekerja. Bimbang dengan keadaan fizikal ibu_suri yang lemah; perlu ada sesaorang melihat-lihat dia. Tadi sepanjang jalan balik, ibu_suri asyik tidur. Khabarnya, rakan JIM ibu_suri; Miza dan seorang lagi ada datang ziarah. Aku amat hormati mereka kerana amat prihatin dengan kondisi ibu_suri.


Malam ini agak banyak ibu_suri makan berbanding sebelumnya. Aku sendiri agak musykil. Bukan sahaja nasi goreng malah mi goreng yang aku beli di Pasar Tani tadi pun dia sapu.

Selalunya dia cuma makan beberapa sudu. Paling banyak pun suku pinggan. Itupun setelah jenuh aku pujuk dan bodek. Pulak tu, sambil makan mi, ibu_suri menguntum senyum. Sudah lama aku tidak melihat senyuman ibu_suri. Tapi senyum yang ini kelihatannya agak lain. Antara ikhlas dan sindir. Antara hambar dan manis. Tidak dapat aku tafsirkan.

Aku dah mula ingat yang bukan-bukan. Sejak keceriaan ibu_suri menjunam, ibu_suri lansung tidak mahu keluar makan malam seperti selalu.

Dan seperti selalu itu jugalah, aku makan mi segera, biskut kering cecah teh tarik Ali Cafe atau pesan anak belikan burger.

Arakian malam ini nampak gayanya makan mi segera lagilah aku... Boleh botak dibuatnya kalau gini selalu!

6 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,


ke kedai cari nasi lah IM.

berselera ibu_suri sekarang. Alhamdulillah.

Kakcik Seroja berkata...

Walaupun IM hanya makan mee segera, disebaliknya mungkin IM juga rasa lega tengok ibu_suri berselera semula. :)

ahmad humairi berkata...

bila curiga,
mohon petunjuk dariNya,
moga curiga mengukir bahagia,
moga bahagia selamanya.

hentian berkata...

Nak keluar ke kedai pun tak boleh. ibu_suri tak mahu ditinggalkan.

lega ke kalau tetiba je berselera? Uuu... otak ni fikir lain je lah...

Namun, iyalah... petunjuk dariNya juga dipohonkan.muga hilang kabus nampak sinar...

ibuintan berkata...

IM...balik keje dan masa ambil ibu-suri singgahlah kedai beli nasi, jangan asyik makan makanan segera..
perlu jaga kesihatan juga, dalam situasi ini kesihatan IM amat perlu dijaga

hentian berkata...

kekadang singgah beli. selalunya ibu_suri akan bentak-bentak tak mahu singgah. mau terus balik. ngantuk, katanya.