' Jangan jadi seperti lalat. Bilamana hinggap di belakang Tuan Puteri hanya kekotoran jua yang dicari. Jadilah seperti lebah yang hinggap di sampah. Yang dicarinya tetaplah madu. '
Tapi, di sepanjang yang aku lihat dan perhati bukan mudah kita hendak menghadamkan falsafah ini ke dalam hidup dan muamalah seharian kita. Sebaliknya kita tetap akan bersikap seperti lalat yang mencari kudis dan tidak pula menjadi lebah yang mencari madu.
Kekadang mulut kita berkata kita bersikap terbuka dan menerima kritikan dari orang lain akan tetapi bila kita dikritik, melenting-lenting pula adanya.
Bercakap hebat seolah-olahnya kita tahu serba serbi. Lebih buruk ialah dalam masa yang sama kita merendah-rendahkan pula kelemahan orang lain. Sebenarnya orang lain itu memerlukan dokongan kita; bukannya lecehan.
Bak kata Husin lempoyang;
" Dunia...dunia... Berniaga orang lebih baik dari berniaga unta. "
Sesekali fikir, banyak betulnya kata-kata si Husin tu!
WOW.....!
4 ulasan:
Salam IM..
Sebenarnya banyak yang boleh kita 'renung2kan' dari filem2 Allahyarham P Ramlee.
WOW!
Ya... ada yang kata P Ramlee dapat melihat masa depan seperti kisah Sarkas dan kerajaan pasola.
Untuk mengeluarkan bunyi hendaklah ditepuk kedua belah tangan.
Untuk melahirkan kehangatan hendaklah digosok kedua belah tangan.
Untuk dicetuskan ukhuwah hendaklah disambut dengan kedua belah tangan.
Malanglah bagi mereka yang ada kedua belah tangan itu tetapi hanya mampu menggunakan yang sebelah sahaja.
Assalamualaikum...
Sorong paku tarik paku,
Tarik paku dlm dulang,
Cari aku dlm aku,
Cari aku dlm terang...
hihihihihihi.........
Catat Ulasan