BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Januari 09, 2010

Catatan Hujung Minggu

2010 sebenarnya aku tanam azam untuk kurangkan berat badan sebanyak 3 kg. Ini adalah rentetan dari kejayaan azam seorang pendengar radio Sinar FM yang ditemubual oleh penyiar Kay E, Abang Jem dan Kril. Pendengar itu berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5 kg pada 2009 dengan mengamalkan pemakanan yang baik dan senaman.

Mendengar celoteh 3 penyiar ini saban pagi adalah kebiasaan aku semasa memandu ke tempat kerja.

Empangan Mengkuang adalah lokasi paling dekat, paling nyaman dan paling jimat kos bagi aku. Samada pagi atau petang, aku akan ke sini untuk berjogging di trek kiri tepi tasik atau berjalan cepat memanjat bukit jika malas untuk berlari. Sebelum itu aku akan singgah membeli Harakah keluaran hari Jumaat di gerai di hadapan Balai Polis Kubang Semang, bersebelahan perhentian bas pekan Penanti.
Tapi tidak pula pagi ini. Aku ke belakang rumah mencuci longkang bersama ibu_suri. Beberapa hari tidak hujan menyebabkan longkang berbau busuk. Ada jiran yang mengubahsuai rumah dengan memintas sistem kumbahan air dari saliran dalam tanah sebelum ini ke longkang luar rumah. Akibatnya bau busuk berkeliaran di ruang udara dan yang menjadi mangsa keadaan adalah aku yang tinggal di corner house ini.

" Ini pun boleh kira riadah juga ni. Lagi untung sebab 2 dalam 1. Berpeluh dapat, Selenggaraan rumah pun dapat. "

Selalunya bila selesai riadah di Empangan Mengkuang, aku singgah di Masjid Jamek, Mengkuang untuk solat Dhuha dan membaca akhbar Harakah. Ketenangan masjid ini membuatkan aku rasa damai. Kekadang aku baring meluruskan tulang belakang selama setengah jam di kaki lima masjid ini.



Selepas sarapan di gerai depan bengkel bas Mat Motor di kepala simpang pasar malam Penanti, aku akan ke Caltex Seberang Jaya untuk cuci kereta. Aku memang suka cuci kereta di sini kerana dalam masa yang sama aku boleh pam tayar kereta dan periksa tahap minyak enjin dan air dalam radiator; tambah nilai kad Toch N Go dan juga membuat sedikit pengeluaran wang di ATM Maybank.



Aku pernah berbual dengan salah seorang pekerja di sini yang rata-ratanya dari Bangladesh dan Indonesia. Namanya Abdul Kalam. Tinggal di Dhakka. Bila ditanya samada seronok bekerja di sini dia menjuih mulut. Katanya gaji sikit sekitar RM600 sedangkan tempoh kerja adalah 12 jam.

Ehem... entahlah. Rezeki ini Allah yang berikan. Seperti dia, aku juga adalah perantau di negara sendiri. Aku merantau dari tanah kelahiranku Perak ke sini semenjak 28 tahun yang lalu.

Selalunya aku singgah beli lauk pauk untuk makan bersama ibu_suri sebelum terus balik ke rumah. Nasiblah... untung sabut, aku kena bebel kerana lambat balik. Untung batu, ibu_suri sambut aku dengan senyumnya yang keanak-anakan sambil bertanya;

" You beli water apa dekat I? Dahaganyaaaaa..... "

Aku selalu ingat pesan mak dan mak mertuaku sebelum ini;

" Jagalah dia baik-baik. Banyakkan sabar... "

Hummm.....


Diatas kiri adalah foto bukit jirat Cina yang kuambil dari arah simpang pasar malam Penanti. Terpikat dengan wajah bulan yang bercahaya menyinari malam yang hampir hitam.

Melihat bukit ini aku teringat gurauan sepupuku Abang Tan;

" Banyak bilik sewa kat sini ya! Bilik kosong pun banyak lagi ni... "

Sebelah kiri pula ialah foto sebuah kedai gunting rambut Anuar Ibrahim yang aku ambil di Jalan Permatang Pauh.

Sekadar untuk renungan...

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam sahabatku IM. Selalu juga saya ke utara, tetapi tak perasan ada Kedai Gunting Anwar Ibrahim. Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan ke sana. Rindu nak jalan-jalan ke utara lagi.

al-lavendari berkata...

semoga berjaya mencapai azam mu untuk mengurangkan berat badan. saya dah putus asa ! hehe

rerama salju berkata...

Salam IM,

Saya pun suka dengar Sinar FM pagi2 masa nak pergi kerja and saya juga dalam proses nak turunkan berat badan
la ni tengah kontrol makan,2 minggu pertama ni nampaknya dah ada penyusutan...hehehe

BUJANG SUSAH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.