BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, Januari 12, 2010

Jika Aku Seekor Lipas

Entah kenapa. Bila baca artikel yang dikirim oleh kawanku melalui melgrup jebat_spt, ingatan aku mengimbau kisah masa sekolah menengah sekitar 70an dulu.

Aku selalu langgan Utusan Pelajar dan ruangan yang pertama sekali aku buka ialah Taman Sains. Pembimbingnya ialah Pak Matlob. Ada seorang penulis bernama Shahidan Mohd Noh (kini giat menulis novel kanak-kanak) telah menulis kisah lipas ini dalam bentuk persenofikasi (mengorangkan makhlok selain manusia).

Penulisannya yang begitu puitis dan membuai perasaan membuatkan timbul rasa kasihan terhadap nasib sang lipas. Dia terpaksa mencari makan di gobok-gobok buruk, tinggal di celah-celah almari yang gelap dan sering menjadi mangsa semburan racun serangga.

Ibu_suri kalau ternampak lipas dia akan buru sampai dapat. Kemudian dia akan memukul dengan pemukul lalat sambil @#$^&*&^*())*^$@#@.

Aku cuba bayangkan jika akulah lipas tu dan di katuk pula bertubi-tubi dengan pemukul atau paling parah disembur dengan racun, betapa siksanya aku. Sedangkan aku cuma ingin mencari sesuap rezeki.
Salahkah aku sedangkan itulah ketentuan Allah mengurniakan rezeki yang sebegitu terhadap aku?
Cubalah bayangkan kalau tiba-tiba ada seorang bota yang datang menyerbu sekumpulan manusia dengan marah sambil menyembur racun ( seperti para pendemo disembur air gas dari water canon ). Manusia pun bertempiaran lari sambil terbatuk-batuk dan memekup muka. Akhirnya tidak lama kemudian mati bergelimpangan kerana sesak nafas atau keracunan. Tidakkah itu tindakan yang kejam?
Dicatatkan bahawa lipas boleh hidup tanpa kepala selama 10 hari dan bernafas melalui kulit kepala hingga ke kulit kakinya. Tidakkah ini sesuatu yang hebat yang Allah kurniakan?

6 ulasan:

iBu...gUru berkata...

cite lama...240 bulan yg lalu semasa baru posting kurang guru science @ math kna ngajar science, soalan:-

pn.S "separuh drp lipas direndam didlm air.knapa lipas itu tidak mati?"

pelajar 4S2 " orang bodoh ja buat keja tu "

Pelajar lain ketawa, puan s tersenyum

Maiyah berkata...

hehe.. ituhari sy dok sembur lipas yg dok wat slalu terperanjat :D

rerama salju berkata...

alaaa...saya pun sama dgn ibusuri...akan kejar lipas sampai dapat....geram!bau dia busuk...(berdosakah saya?)

al-lavendari berkata...

jauh sungguh layangan fikiran awak .. tapi apa nak buat lepas ni bila tengok lipas ? saya jadi bersalah pulak nak sembur dia !

Guru berkata...

assalammualaikum

saya ingat penulis tersebut..
memang , bila membaca cerita beliau , terbayang yang kita ini seekor lipas..
tapi, lipas ni pembawa penyakit...tikus juga..namun, kehadiran mereka ada fungsinya dalam hidup kita..

Che' Pit berkata...

bila jumpa lipas dlm rumah, CP akan lari
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ke dapur, amik ridsect.. sembur lipas.. sungguh jahat lipas itu..