BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, Januari 14, 2010

Bidan Terjun

Terpaksa aku dibidan terjunkan untuk menyambut para tetamu yang datang ke majlis perkahwinan anak saudaraku, Eli.

" La.... Abah hang mana? "

" Abah depa hantaq pi hospital. Tadi abah jatuh kat dapoq. "

Terpempan sekejap.

" Ok..ok.. sat, pak cik bersiap. " lalu menekan butang tutup talipon.

Aku memang diajar tidak banyak soal kalau ada yang minta pertolongan. Apatah lagi dari adik-beradik.

Membuka almari baju, aku bagai tenggelam punca hendak memilih yang mana. Aku memang tidak punya baju yang banyak. 7 - 8 helai sudah mencukupi bagiku. Aku dilahirkan dari keluarga yang susah. Tidak banyak ragam.

" Senang bubuh duit dalam baju ni sebab banyak poket ", bisik hati kecilku sambil menyarung baju Melayu yang kutempah 6 tahun dahulu. Baju Melayu yang paling aku sayang. Warna maron.

Sebaik tiba di rumah pengantin, orang ramai mula datang. Aku belajar memaniskan muka dan menyapa penuh ramah pada saudara mara dan rakan taulan tuan rumah. Aku sebenarnya seorang yang pendiam tapi hari ini aku perlu keluar dari kotak kebiasaan itu. Sedari jam 12 tengahari hinggalah jam 6 petang aku mundar-mandir di situ. Soalan yang paling popular diajukan kepada aku ialah;

" Mana tuan rumah? "

Dan aku pun sampai naik kering tekak mendakap mesra belakang nmereka lalu menceritakan hal yang berlaku. Ah, kalau bolehlah, mau rasanya aku bagi risalah sahaja. Biar mereka baca sebab kenapa aku pula yang sambut mereka. Atau pasangkan pita rakaman supaya mereka dengar sendiri.

Mungkin ada hikmah juga di sebalik insiden ini. Aku sedikit sebanyak belajar menyambut dan meraikan para hadirin. InsyaAllah, kalau tiada aralnya, aku pula yang akan menjadi tuan rumah walimatulurus anak keduaku.

Aduh... punya ralit menyambut tetamu; entah berapa gelas air sirap aku minum. Entah berapa banyak pewarna yang terpaksa ditapis oleh ginjalku. Namun entah kenapa tidak terasa lapar hinggalah bilamana Maghrib menjelma.

Khabarnya, birasku itu mengalami 5 keretakan pada tulang rusuk akibat jatuh tadi. Harap-harap semua ini tidak berlaku pada diriku yang masih diperlukan oleh ibu_suri. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana sidiaku itu nanti kalau aku sakit apatah lagi jika tiada di dunia ini...

5 ulasan:

maiyah berkata...

jgn ckp camtu.. sidia ttp setia;)

Che' Pit berkata...

semoga birasnya cepat sembuh..

hmm teringat jadi emcee bidan terjun semasa gathering 10/01 aritu.. hantam sajalah labu, ngeh ngeh ngeh..

al-lavendari berkata...

"Sebaik tiba di rumah pengantin, orang ramai mula datang. Aku belajar memaniskan muka dan .."

awatnya kena balajar pulak ? cepat2lah khatam sebelum menyambut menantu nanti ! hehe

Syahazli berkata...

Tabiataku kalau ke kenduri jarang nak tegur tanya banyak-banyak tuan rumah, sebab aku faham tuan rumah mesti penat, penat bersalam, penat bercakap......takat senyum-senyum cukup. Kesiaaannn tuan rumah.

syahbandar87 berkata...

sy juga fikir tuan seorang yg pendiam..hmm..lawak jgk bila baca n3 ni..mmg penat jika terpaksa bercerita benda yg sama beberapa kali.tambah2 jika kita jenis pendiam.hehe..