BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, Januari 28, 2010

Kerantung Hatiku

Seperti biasa hujung minggu aku perlu memikirkan sesuatu. Sesuatu itu ialah..... kemana nak aku bawa ibu_suri jalan-jalan? Hummmhhh...

Masuk ke dalam kereta lalu menekan pedal minyak tanpa ada tujuan tertentu di tempurung kepala.

" Kita nak pi mana? " aku cuba mencungkil idea.

" Jalan ajelah... " Nada suara ibu_suri agak keras. Aku tahu, itu adalah isyarat emosinya kurang baik. Marah kerana aku selalu bertanya kemana hendak pergi bila setiap kali memasuki kereta.

" Kanan atau kiri? " Soalku lagi tatkala sampai di simpang T keluar Taman yang tidak jauh dari Pusat ADUN Penanti. Agak kurang selesa bila memandu tanpa destinasi yang jelas.

" Kanan.. " tegas bunyinya.

Aku yang dah biasa dengan iklim yang tegang seperti ini memandu dengan hati terbuka. Kiri, kanan, kiri, kanan.... Akhirnya aku tiba di sini.

Boleh teka di mana?

ibu_suri sedang posing. " Jangan bubuh dalam internet tau.... " pesannya. He..he..

Lepas makan laksa, makan ABC pulak. " Wow... tingginya ABC ni. Macam KOMTAR la... "

Emosi ibu_suri bertukar ceria bila dalam perjalanan balik. Berkali-kali dia mengingatkan aku supaya singgah solat.


Tertarik dengan beduk ini. Ia mengingatkan aku pada kerantung di masjid kampung aku dahulu. Setiap kali masuk waktu aku akan katuk kerantung itu dengan nada tertentu. Bunyi kerantung itu adalah bunyi kerinduan aku pada keindahan zaman anak-anak dahulu. Zaman yang kini sudah jauh meninggalkan aku.

Entah ada entah tidak kerantung tu lagi. Seperti entah ada atau tidak namaku di sanubari saudara maraku di sana...

Nilai seninya tinggi. Nilai memorinya juga tinggi. Jasanya luas. Tapi bila sampai satu ketika, ianya akan ditinggalkan di satu sudut yang sepi. Tidak berguna dan digunakan lagi.

Bunyi kerantung itu dahulu sama seperti bunyi kerantung hatiku, kini.

7 ulasan:

syahbandar87 berkata...

eh ada sedikit sama dngn tabiat ayah sy..hehe..slalu bila naek kereta ayah akan tanya nk kemana..kanan ke kiri ke..hehe..smpikan ibu sy naek marah,yg awk dh berpuluh tahun bawak keta x kn la x tau jalan kt sini..nada marah tapi bukan marah yg serius.mungkin sindiran..namun semuanya macam biasa kembali..hehe

mamai berkata...

kedah kat mana tu yer

hrusli61 berkata...

Aku kini di Hentian Sg Buluh jam 5.31 pagi. Sebenarnya engkau yang sepatutnya menentukan arah destinasi. Bertindaklah sebagai Nahoda yang kemudinya kau yang arah.

Aku sempati telah 3 tahun berlalu kau masih macam dulu. Sukar menentukan arahmu.

Namun aku masih percaya kau telah membuat yang terbaik. Aku insyaAllah akan tetap mendoakanmu. Entahlah bila doaku dan sahabat-sahabat lain dikabulkan Tuhan.

Mudah-mudahan kau akan istiqamah berkarya untuk dirimu dan mereka yang sedia sudi bersama.

Che' Pit berkata...

hmm menarik ABC tu.. suka makan ABC kat foodcourt the mines.. dekat dgn rumah

Syahazli berkata...

Pantai merdeka......kan???.

Insan Marhaen berkata...

ya.. ya.. Pantai Merdeka....

rerama salju berkata...

ooo macam tu rupa kerantung ye?hmm TQ for sharing..Ibu suri pun nampak happy tu....:)