BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Mei 15, 2011

Guru Terbaikku!

Semalam, ibu_suri beria-ia menyuruh aku menghantar sms kepada bekas gurunya. Cikgu Bala, seorang India kemudiannya berkahwin dengan gadis Cina, banyak membantu ibu_suri di dalam pelajaran sewaktu masih bersekolahnya dulu di SM Zainal Abidin, Pulau Pinang. 

Balas sms dari cikgu Bala -  "Terima kasih banyak2. Rohaidah pun guru juga. SELAMAT HARI GURU KEMBALI!"

Kalaulah guru tadika juga boleh diiktiraf dan layak untuk menyambut Hari Guru makanya ibu_suri tidak terkecuali. Mungkin itu maksud cikgu Bala. Di masa masih mengajar dulu, ibu_suri akan menerima banyak hadiah-hadiah dari anak muridnya. Sudah tentu bukan nilai hadiah yang dikagumi tetapi nilai penghargaan dari hati nurani murid itu sendiri.

Bagi aku yang tidak pernah malah tak sanggup bertitle guru ini, pengalaman adalah pendidik terbaik. Pengalaman yang aku lalui terlalu banyak mengajar aku erti hidup dan menghargai kehidupan.

Namun kalau ditanya tentang siapakah guruku yang diingat hingga sekarang;

kredit untuk mynewshub
1. SR Sri Kepayang - Cikgu Marfuzah - guru displin yang selalu memegang rotan.
2. SM Anderson - Cikgu Harbans Singh yang selalu menarik hidung kalau nakal.
3. SM Raja Chulan - Cikgu Maznah Ismail - guru pengawas perpustakaan

Apa-apapun, mak aku di kampung yang cuma lulusan sekolah zaman Jepun adalah ikon terbaikku!

25 ulasan:

Adinda Amy Sensei berkata...

guru...tak terbalas jasanya..



apa khabar IM?

ummu berkata...

salam IM
selamat hari guru untuk ibu_suri juga
saya ada jumpa cikgu tadika saya yang punyai blog
happy sangat sebab cikgu saya dah buka tadika sendiri.
wah IM masih contact guru2 IM ya?

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Guru penyuluh jalan..

IMANSHAH berkata...

Salam

Hari guru dihargai, bila habis hari guru, semua hilang

norh berkata...

guru dan pengalaman sama penting membentuk kita..

diana berkata...

ibu jugak adalah seorang guru..
dia lah guru pertama dalam hidup kita..
dia ajar kita cara nak pakai baju..
ajar kita cara makan..
ajar kita bismillah dan sebagainya..
rasanya sebelum kita ucapkan hari guru pada guru2 sekolah kita baik kita ucapkan selamat hari guru pada ibu kita..kn?:)

MulutPayau berkata...

IM...mng suka sngat kalau dpat jmpa ckgu2 yg prnah mndidik kita ... jasa dan bakti mereka sntiasa dikenang....

Selamat Hari Guru utk semua guru...

ahmad humairi berkata...

Terima kasih atas pengalaman....
terima kasih cikgu.

ibuintan berkata...

selamt hari guru buat ibu-suri.. kirim salam padanya

memang pengalaman guru terbaik untuk kehidupan

NzA berkata...

pengalaman merupakan guru yg trbaik..mengajar kita erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan....

S..U..D..@..I..S berkata...

ohh..lupa pulak ya..mak kita adalah guru pertama dan yang terbaik..tp aku......

a.samad jaafar berkata...

seghope le ngan teman yeop.. mok teman le guru yg terbaik..ate, die nuntut ilmu sampei ke pengabih hayat die..

namun , guru2 sekolah tetaplah unggul jasa deme tu yak...

salam kenei yeop..teman nengok mike pandei nulih base loghat peghok piyo..hihihi..

Insan Marhaen berkata...

Amy,
IM baik-baik saja.

ummu,
Bukan IM tapi ibu_suri. Guru-guru IM entah di mana.

Abd Razak,
Guru Penyuluh jalan. Ilmu penyuluh kehidupan.

ImanSha,
Ha..ha.. Itulah kenyataan.

Norh,
Guru lebih dahulu membimbing kita. Pengalaman kemudiannya menjadi tauladan.

Insan Marhaen berkata...

Diana,
Betul sesangat tu. Untung ibu.. Hari Ibu dan Hari Guru berdekatan.

MP,
IM pula segan nak jumpa guru-guru lama IM sebab IM cuma kerja kilang je..

Humairi,
Terima kasih tidak sama dengan pengorbanan yang telah mereka curahkan.

ibuintan,
Senyum panjang ibu_suri bila dapat ucapan SHG dari cikgu Bala.

NzA,
tapi ada juga insan yang tak pernah belajar melalui pengalaman. Masih suka menyalahkan orang lain.

Sud@is,
Huu... Kenapa dengan Aku?

a.samad jaafar,
Memang teman oghang Perak. Dulu le. Ate, teman tengok nama mike dah macam nama penulis. Tu yang teman pun tertarik..

Benjy berkata...

Dasyat2 header dah transform ... cantik dan clear ... i like it sebab cepat loading ...

Sememangnya ibu ada guru yang terbaik ... guru disekolah banyak membantu murid2 jadi pandai, jadi disiplin, jadi setia (mengajar nyanyi lagu setia), jadi cikgu mengantikan mereka dikemudian hari ...

Tq cikgu.. selamat hari guru semalaysia ...

P/S: guru disiplin paling senang diingat dari guru kelas ... hehehe

izman berkata...

ye tu bang, jasa cikgu tetap dikenang dan dihargai walaupun dulu kita pernah anggap mereka terlalu garang.

Aida Ali berkata...

Seorang guru juga dilahirkan oleh guru mereka.

ghost writer berkata...

dan betapa ramainya blogger yang berstatus guru di sini yang turut sama merasa penghargaan tuh..

Insan Marhaen berkata...

Izman,
Guru yang garanglah selalu dikenang.

Aida Ali,
Betul juga tu ya. Seorang ibu di lahirkan oleh ibunya. Seorang pemimpin dilahirkan oleh ibu juga.

ghost writer,
Blog IM memang link dengan ramai blog guru.

kakpah berkata...

cuba bayangkan kita tanpa guru. entah apa jadinya..
jasa guru dikenang selamanya.

Kakzakie berkata...

Betul IM, ibu kita guru pertama kita sebelum bertemu guru-guru disekolah...

zul permatang badak berkata...

Tidak rapat dengan cikgu.....tapi patah demi patah yg diluahkan masih terbayang.........jika diputar masa..
indahnya....saat itu...

Insan Marhaen berkata...

kakpah,
jasa guru dikenang. jasa ibu terbayang-bayang.

kakzakie,
jasa mereka sukar dibalas dengan material.

zul,
mesti nakal masa di sekolah dulu nih!

hani@debumelukut berkata...

baguslah macam tu..tak lupa jasa guru.

Citarasa Rinduan berkata...

setuju sangat2 dgn entry ini..
ibu kita adalah guru yang terbaik........

PS: IM, semoga ibu suri sihat2 ya