BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Mei 11, 2011

Esok, 12 May!

12 May adalah hari esok. Selama ini aku tak pernah kisah pun. Tak pernah terkesan pun. Malah ianya berlalu tahun demi tahun tanpa aku sedari dan selami falsafahnya.

Namun tidak hari ini. Malah sejak beberapa hari lalu bila ibu_suri kerap mengingatkan aku tentang ia, aku terkesan sendiri. Berbaur dengan memori hidup yang lalu bersama kemungkinan yang terjadi di masa hadapanku.

Aku ingin pergi ke satu tempat yang aku sering tujui jika ingin bersendirian. Aku ingin merenung kembali apa yang telah berlalu. Aku ingin memikirkan akan apa yang perlu aku perbuat untuk masa hadapan.

Foto Hiasan
Walaupun sudah terasa letih benar bergelut dengan segala macam permasaalahan hidup selama separuh abad berlalu ini namun aku masih perlu untuk terus berjalan. Perlu terus tabah memikul amanah. Sesungguhnya tidak ada tanda koma di dalam hidup ini kecuali noktah.

Esok 12 May. Hari dimana aku dilahirkan di satu daerah bernama Ulu Slim, Slim River. Kemudiannya aku diberikan nama sempena nama sahabat nabi oleh datuk aku sendiri. Kemudiannya aku dibawa balik ke Ipoh. Kini aku mengungsi di Pulau Pinang hinggalah ke akhir hayatku, mungkin. Berdiri dan memacu kehidupanku sendiri.

Masa yang diizin Tuhan tinggal sedikit sahaja lagi. Aku tidak boleh berpaling atau berkeluh kesah lagi. Mesti terus berjalan demi mencapai destinasi kerana peluang hidup di dunia ini hanya sekali!

20 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Selamat kembali ke tanggal 12 Mei.

Undur ke depan,
Maju ke belakang.

Selamat Hari Ulangtahun,
Selamat maju jaya.

hrusli61 berkata...

Selamat Ulang Tahun yang ke 15 tahun. Oops ke 51 tahun gamaknye.

Tentu banyak asam, garam, kunyit dll yang ditelan Yop weeh.

NzA berkata...

Selamat ulang th kelahiran..semoga hidup IM dirahmati Allah sepjg masa....

kakpah berkata...

selamat menyambut hariulang tahun kelahiran.

Aida Ali berkata...

Happy birthday to you 4X....

Tanpa Nama berkata...

Happy birthday to you....mdh2an.. kehidupan IM sekeluarga dipermudahkan dan sentiasa dalam perlindunganNya..

roslaini saad berkata...

Selamat lanjut usia...heheh...semoga terus bahagia..dan mengecapi nikmat hidup...

ghost writer berkata...

ouh besday abang IM rupanya...

terawal ucapkannya,takut terlupa:selamat hari ULTAH untuk abang IM...God bless u.

diana berkata...

selamat ulang tahun..
jangan lupa ucap terima kasih pada ibu..tarikh yang sama itu lah dia bertarung nyawa melahirkan encik IM..

MulutPayau berkata...

selamat mnymbut ulang tahun kelahiran...semoga terus tabah dan cekal mnghadapi apa jua dugaan..

petai jeruk berkata...

....Selamat ulang tahun kelahiran...

....Anda lahir di daerah kelahiran

saya juga...Moga hari mendatang akan

terus ada cahaya kebahagian buat

anda..

ibuintan berkata...

selamat ulangtahun kelahiran IM

semoga terus diberi kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada agama, bangsa, negara serta keluarga disamping dilimpahi rezeki

S..U..D..@..I..S berkata...

heppy birthday Im...moga janji2 yang terbaik untuk IM.. amin

bearcat berkata...

Happy Birthday IM! Semoga IM dirahmati Allah setiap masa.

Kakzakie berkata...

Inilah hari IM dilahirkan tanpa sedar usia telah meningkat tahun demi tahun. Moga bertambah kuat dan beroleh kebahgiaan utk dunia & akhirat hendaknya.

HAPPY BIRTHDAY!!

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM.

Selamat menyambut hari ulang tahun ke 51. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan kesabaran.

Semoga tabah dalam menjalani hidup yang telah ditakdirkan oleh Allah dengan penuh rasa redha.

pB berkata...

Semoga hidup 'ayah' sentiasa diberkati Allah

iBu...gUru berkata...

assalamualaikum............. salam ulang tahun kelahiran. moga dilimpahi kebahgiaan dunia dan akhirat.........

siti murni berkata...

as-salam IM..
selamat ulangtahun kelahiran ya...moga IM dipanjangkan usia..beroleh rahmat dan sejahtera dari Nya...amin.

Insan Marhaen berkata...

terima kasih atas ucapan semua. maaf, IM tak balas komen. sibuk ubahsuai 'rumah' lama nih!

masa yang ada cuma sedikit, berebut pula dengan penunaian kewajipan mengurus ibu_suri di samping mengurus keperluan anak-anak.

harap sangat bila semua ini telah selesai, IM dapat tumpukan kepada aktiviti kegemaran IM - berbakti kepada masyarakat bersama NGO!