BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, Februari 03, 2011

Manalah Aku Tahu

Aku masih ingat lagi semasa mak aku melahirkan adik aku yang ke 4 - Napi. Masa itu mak masih di Hospital Bersalin, Ipoh. Jadi, tugas aku menjaga adik-adik lebih besar kerana 100% aku bertanggungjawap terhadap mereka. Opah aku hanya datang melawat bila dia lapang.

Aku pun masak untuk makan tengahari. Seperti biasa, sayur aku cari di belakang rumah. Belukar di belakang rumah aku memang kaya dengan tumbuhan sayur yang meliar. Ikan pula aku beli dari Cina yang aku gelar Pendek. Dia akan datang menjaja bila tengahari.

Dah siap memasak dan bagi makan adik, aku pun pergi tengok mak di hospital. Aku bawa bekal lauk, sayur dan nasi untuk mak.

Aku sebenarnya tak tahu sehinggalah bila mak aku dah sihat dan sedara mara datang ke rumah. Mak aku pun bercerita dan aku terdengar dari atas rumah;

"Bertuahlah si IM tu. Kamu tahu ... dia bawak sayur pucuk ubi untuk aku di hospital tu. Mana la boleh orang dalam pantang makan pucuk ubi."

Bila dah kahwin begini barulah aku faham kenapa mak aku kata begitu.

dah berkeluarga pun Napi ini, sekarang!

15 ulasan:

Lens@bah_Izz berkata...

angin kut IM makan tu..nnt makan,angin satu badan dibuatnya.

p/s: aku pun manalah tahu...yg semua sayur tu ada yg tak baik utk kesihatan.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Kalau makan juga apa jadi erk!

NzA berkata...

bertuah anak mak...ttp yg pastinya seorg abg yg brtanggung jwb...

masa brsalin anak pertama pn sy tibai makan tembikai lepas brsalin..nurse siap tegur.."adik makan ke tembikai tu?????..ye kak..jwb sy dgn confident...hi...

iBu...gUru berkata...

salam IM............. itulah hikmahnya berkahwin, terus dpt jawapan.

S..U..D..@..I..S berkata...

sebenarnya mak IM tu bangga dengan tangungjawab yg anaknya pikul...

IMANSHAH berkata...

anak mak yang sangat bertanggungjawab. Masa kat Ipoh dok belah mana?

al-lavendari berkata...

saya juga tak boleh makan pucuk ubi .. pasti akan keanginan.

sikit2 tu tak apalah !

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Apepun IM memang anak yang baik &
bertanggungjawab...Mesti mak IM bangga.. :)

ibuintan berkata...

Walaupun tak boleh makan, tetapi mak tak cakap pun sendiri dengan IM kan, begitu mak menjaga hati anaknya yang bertanggungjawab..

Insan Marhaen berkata...

@bah_izz,
bukan setakat sayur. apapun makanan bukan sesuai untuk semua orang dalam semua keadaan.

semalam, kawan IM bagitau dia tak boleh minum kopi kerana boleh dapat migrain. muda lagi umurnya tu. sekitar 20an..

abd razak,
angin kata depa. tapi IM tak tahu la macamana rupa sakit angin tu sebeb so far IM tak pernah rasa.

nza,
masa IM pergi berubat ibu kat kodiang, ada pesakit tu tangan dia sakit. bomoh tu marah dia kerana makan tembikai masa dia 'bulan mengambang'

ibu_guru,
sebab itu nabi galkkan ummat dia berkahwin.

sud@is,
mak IM kata dia bangga dengan semua anak-anaknya. kita pun patut berbangga dengan semua anak-anak kita.

Insan Marhaen berkata...

imanshah,
depan stadium perak kan ada satu-satunya kampung rezab melayu. situ la IM dibesarkan!

al lavendari,
buat masa ini IM tak pantang apa-apa.

shinju,
IM juga bangga dengan mak dan abah IM serta adik-adik.

ibuintan,
tapi kekadang mak IM tegur direct juga.

izman berkata...

ye la bang, orang kata berangin dan sejuk kalau makan pucuk tu. tapi kita yg lelaki dan pada masa belum kawin manalah tau kan?

Citarasa Rinduan berkata...

IM>.
walau ayu tak ada sakit atau alahan.
sampai skrg tak berani nak makan/minum sejuk...

takut berangin jer..lagi2 pucuk ubi dan tembikai

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

rasanya pantang larang lps bersalin ni kena dibukukan, dan diberikan kpd suami...

yelah, lbh2 lagi skrg ni mnlah org nak tahu sgt ttp pantang larang ni kan...

ghost writer berkata...

kenapa ek..sedap tuh pucuk daun ubi masak lemak..

bujang2 macam aku nih mana lar tahu sebab aper ibu2 yang bersalin tak leh makan...satu pelajaran nih.