BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Februari 12, 2011

Balasan Dari Tuhan?

Dia menderumkan motornya. Meluncur dari dalam rumah menerobos keluar pintu terus ke luar rumah.  Kasar. Menderum lagi memecah sepi malam. Marah betul Dia. Entah pada aku atau pada Angah. Puncanya, beg kawan Dia yang tersimpan di bilik, Angah ambil dan simpan.

"Mana ayah tahu Dia bawa kawan tidur dalam bilik?" soal Angah.

"Ayah bela Dia dari tapak kaki 2 jari. Sekilas ikan di air ayah boleh agak jantan atau betina."

Tak lama aku terima sms dari Dia. Merajuk. Katanya   tak usah peduli lagi pasal Dia. Biar Dia bawa diri.

"Sapa tu?" tanya ibu_suri.

"Ah.. tak ada apa. Dia pesan tinggalkan duit belanja untuk Dia pi kerja esok." aku beri daleh lain. Aku tak mahu ibu_suri tahu. nanti jadi lebih kusut.

ilustrasi namanya sendiri di kemeja T
Aku tak dapat pincing mata semalamam kerana resah yang menggila. Bimbang tentang semuanya.

Itu cerita malam semalam. Tapi petang tadi;

"Angah, Dia ada balik ke rumah?"

"Ya. Dia jatuh motor, ayah!"

"Macam mana boleh jatuh?"

"Katanya, Dia mengelak anjing yang tiba-tiba melintas. La ni Dia pi hospital ambil ubat dan surat cuti sakit. Tak pi kerja hari ini."

Aku merenung panjang. Memerhati apa yang ada di sebalik peristiwa yang telah berlaku. Susahnya membesar anak. Agaknya, beginilah susahnya mak dan abah aku membesarkan aku dahulu...

21 ulasan:

ghost writer berkata...

syukur saja dia masih selamat...

aku juga mungkin begitu dulu kalau saja aku masih ingat akan kisahku lagi..

Kakzakie berkata...

Terpana sejenak kakak meneliti N3 IM kali ini. Sekali lagi diuji. Bukan balasan yg Allah berikan pada anak, tapi bingungnya mencari jalan menjinakkan anak.

Insya-Allah akan ada kesedaran dari apa yg menimpa dirinya. Ibu_Suri tahu tak abang jatuh motor? Kesian dia....

kakcik berkata...

Akhmal lagi ya? Semoga dia sedar segala kesilapannya...

S..U..D..@..I..S berkata...

sedikit ujian
harap dia sedar kesilapannya...

abu muaz berkata...

memang sukar membesarkan anak-anak remaja zaman sekarang.

aLieF si Muncung ManiS berkata...

nasib baek dia selamat..alhamdulillah...

ENTRY BARU ALIEF-->suka hati korang la nak kutuk blog alief.alief tak kisah pun...alief nak repot kat ben ashaari dab bangku kosong..siap la korang..."

NzA berkata...

ada rahmat disebalik kejadian...semoga DIA sedar kesilapan yg dilakukan...

itulh ujian buat yg brgelar ibubapa.....

nyanyisunyi berkata...

Memang sgt sukar membesarkan anak2 dan menjadikan mereka insan..apa lagi bila sy seorg yg mmbesarkannya..doa yg berterusan insyallah.

Adinda Amy Sensei berkata...

assalamualaikum IM...

lama tak jejak IM..sihat?
emm..syukur saja dia selamat..
moga dia akan tahu betapa ibu ayah sangat menyayanginya..

Sham berkata...

cabaran woo membesarkan anak-anak nie...anak saya ni tak taulah besar sok camana...

Insan Marhaen berkata...

ghost writer,
kita memang punyai kisah pahit yang tersendiri.

kakzakie,
dah letih IM nih!

kAKCIK,
HARApnya gitulah. sikit aje lagi ni..

sud@is,
entah bila dia akan sedar, tak pasti...

abu muaz,
IM pun tak sangka akan dpt yang begini.

Insan Marhaen berkata...

alief,
hari ini dia selamat.

nza,
nasib baik ujian anak lelaki.

nyanyisunyi,
IM nasib baik ada angah yang banyak membantu.

amy,
IM sihat. biasalah sihat orang lama...

sham,
pesan mak IM, didik anak dah remaja ni perlu banyak main tarik tali.

hrusli61 berkata...

Terus dan terus berdoa.

Doa ibu boleh memusnahkan anak yang derhaka.

Doa ayah boleh merubah anak yang tersasa.

Msks jsngsn putuskan diri dengan doa.

Itu ikhtiar terakhir yang kita ada.

Pertama cegah dengan tangan. Kedua cegah dengan lisan dan ketiganya cegah dengan hati. Sesungguhnya dengan hati itu adalah selemah-lemah iman.

Tanpa Nama berkata...

Mmg susah. Ada kala terfikir, kita di usia mereka dulu? Dan bagaimana kita hari ini. Kita pasti tidak mahu mereka melakukan kesilapan, terutama kesilapan2 yang pernah kita lakukan dahulu kerana sayangnya kita kepada mereka. Cuma sesetengahnya mereka perlu belajar sendiri ... jatuh dan bangun.

Mak berkata...

sy phm perasaan insan marhaen, membesarkan anak di zmn skrg mmg sgt sukar, sy selalu bersedih hati juga disebabkan hal anak2 dengan ujian2 yng harus ditempuhi, tp apa nak buat, sekali kaki melangkah memilih utk bekahwin dn mengembangkan zuriat, kena teruskan t/jwb

Areef Ibn Naim berkata...

assalamu 'alaikum IM,

berat mata yg memandang, berat lg bahu yg memikul...

moga IM tabah menghadapi dugaan ini...

kita doakan yg baik2 saja buat die yer...

~~su manje~~~ berkata...

tanggungjawap harus di laksanakan...
tugas menasihat dan membimbing ke jalan yang benar telah di tunaikan...

Sentiasa mendokan kebaikan untuk anak-anak...
Kerna Redha Allah ADALAH ATAS KEREDHAAN KEDUA ORG TUANYA..

su yang kerdil~~~

siti murni berkata...

As'kum IM,

Mudah-mudahan dijadikan iktibar, supaya di masa akan datang tak jadi lagi kes merajuk begitu. Apa2pun alhamdulillah..sikit saja cedera nya kan..

Insan Marhaen berkata...

hrusli61,
selagi ada nafas, insyaAllah.. IM tetap teruskan perjalanan!

tanpa nama,
IM dulu hidup berdikari.

mak,
setiap yang bernama ibubapa pasti mengalami ujian yang sama.

areef,
tk atas doa.

sue,
kerana power sebagai ayah itulah yang menyebabkan IM jaga mulut supaya tidak terlepas kata.

siti,
tulisan IM sepatutnya untuk pengajaran pada yang membaca juga.

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Sabar byk2 yer IM..
Baca citer2 IM ni beri byk sgt pengajaran dan tauladan utk saya ikut...Tima kasih byk2..

مسافر_اسلام berkata...

Assalammualikom wtb ya akki IM. Khaifahaluka? Allhamdullah segalanya semua selamat. Mentarbiah anak2 ini memang suatu perjuangan semacam pejuang berperang.

Tarbiah diri, tarbiah anak-anak, nasihat, muhasabah dan banyakan solat-solat sunat serta jangan lupa berdoa. InsyaAllah.

Allah akan menduga dan meguji hamba-hambaNya yang cekap dan tetap akan ajaran islam serta janji-janjiNya.

JazakaAllah