BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Januari 22, 2011

Tak Lama Kerja Sini

Masa berlalu begitu pantas. Dan sudah 28 tahun aku bekerja di kilang yang sama; tidak pernah bertukar tempat kerja. Begitu setianya aku.

Kursus di Jepun sekitar 80an
Aku masih teringat perbualan operator satu hari;

"Hmmhh.. IM tu tak lama la kerja sini. Orang lembut macam ni mana boleh tahan dengan tekanan."

Tau-tau operator itu yang berhenti dulu dari aku.

Aku telah melalui banyak pengalaman pekerjaan. Dipindahkan dari bahagian pembuatan memori chip ke pembuatan transistor. Dari menjaga test machine, kemudian menjaga pembentuk kaki transistor atau die hinggalah kini ke bahagian kalibrasi yang tidak pernah terfikir olehku akan ke sini.

Juga pernah melalui zaman kemelesetan ekonomi sekitar 90an hingga ke tahap hampir 50 peratus penggunaan lampu dikurangkan.

kursus di Jepun sekitar 90an
Justru, aku selalu berpesan kepada Angah dan Akhmal; jagalah kerja dengan baik. Datang lewat, m/c dan emergency leave adalah antara perkara yang halal tapi company tak berapa suka.

Kini aku hampir ke penghujung karierku. Aku selalu berseloroh dengan kawan-kawan bahawa terasa lambat sangat nak bersara.

Dalam hatiku, jika boleh aku ingin menghamborkan bakti kebidang kebajikan pula. Namun, terfikir pula . Bila tidak lagi berkerja,  siapa pula yang akan membiayai kehidupanku dan ibu_suri? Anak?

23 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah mengurniakan kita anak2 yang boleh diharap membantu kita menyusuri hari tua...

Unknown berkata...

suka baca entry IM..
penuh penghayatan dalam kehidupan IM..semoga ibu suri sentiasa sihat....

Mario berkata...

lamanya bro kije...tahniah le bole bertahan...mesti sbb selesa dan happy kije situ kan...

insyaallah...lps bersara nanti ada rezeki lain...

IMANSHAH berkata...

gamba muda2 ye..hensem. tahniah kerana telah merasai pahit getir kerjaya

Admin berkata...

hehe..
suke tgk zaman muda2 nye gmbo:)

hentian berkata...

kakcik,
depa boleh hidup sendiri tanpa bergantung pada kita dah kira ok.

CR,
IM berpandangan menulis tentang diri dari dari hati lebih memberi kesan.

Mario,
mana ada kerja yang hepi selalu. tu pun dah berapa kali ingat nak berhenti tapi keluarga punya pasal, sabo aje ler..

ImanShah,
masa muda memang hensem macam shah juga. nanti bila shah tua, kurang lebih macam IM juga.

ahsfantasy24,
boleh tengok aje ler.. tapi takkan dapat kembali..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Sekejap aje masa berlalu..


nanti masa saya pulak untuk fikir begitu bila perlu menjaga anak-anak sendiri tanpa perlu hantar ke pusat jagaan.

Aida Ali berkata...

Pengalaman adalah guru yang paling mustajab membentuk keperibadian kita. Tahniah atas kesetiaan

CikguAreefNaim berkata...

salam,

bagusla tu IM... pengalaman sy org yg bekerja di sektor industri perkilangan ni jarang yg bekeja lama di satu2 tpt (sbb gaji, tawaran yg lbh baik, dsb)

baru ni sy berjumpa seorang shbt yg dh 10 kali lompat kilang (cam lompat parti lak, hehehe)...

wah, 28 tu sm ngan umur sy, hehehe...

in sya allah, rezeki allah tu ada di mana shj... klu kita berbuat baik kpd org, in sya allah org akan berbuat baik kpd kita...

Mak Su berkata...

IM, cuba google parttime job, freelance job, ada terlampau byk sgt keja2 kat malaysia ni utk kita terokai. saya dah letak jwtn di tempat kerja skrg, kerana tak tahan dibuli dan difitnah oleh pendengki. mana tahu, ada sesuatu yang baik utk saya menanti di luar, saya dgn serika sekarang nak masuk 12 tahun dah.

sud@is berkata...

haa..bestnya dapat kursus di jepun...mesti pandai berbahasa jepun ...nih
satu kelebihan IM

aku terlepas peluang ke jepun semasa kat ofis lama dulu.......

Kamsiah yusoff berkata...

salam IM
anak dara saya dok tunggu result SPM pun keje sementara kat prai hehe..cari pengalaman kat kilang elektronik...tah berapa lama dia boleh tahan,tak tau la...
ahhh..baru dia tau susahnya si ayah cari duit...

ibuintan berkata...

assalamualaikum IM,

saya pula tahun ni masuk tahun ke 23 bekerja, insyaallah panjang umur ada lagi 9 tahun

hentian berkata...

azrina,
masa memang cepat. lebih-lebih kalau kita terlalai.

aida,
memang pengalaman banyak mengajar IM menjadi manusia seperti sekarang.

areef,
kalau cam tu masih luas pengalaman yang perlu dicari.

mak su,
mungkin satu hari nanti saya google. nak jadi jutawan dengan hanya goyang kaki..

sud@is,
jangan perli IM haa... IM cuma tahu ucap koniciwa dan arigato gonzaimas..

kamsiah,
anak-anak IM la ni dah pandai garu kepala bila tengah bulan..

ghost berkata...

mungkin perlu bagi peluang anak untuk berbakti...

tapi kalau masih mampu mengerahkan kudrat apa salahnya kalau diteruskan dalam pekerjaan lain..kebajikan jadikan sebagai satu amalan sampingan.

Maiyah berkata...

an yg positif dan pasti positif itu yg mnjadi ;)

Murni Alfathunnisa berkata...

Salam IM..

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. bukan ke 9/10 punca rezeki tu datang dari perniagaan..sambil buat kerja kebajikan, boleh la berniaga..jika minat lah..:)
insyaallah...ada rezeki IM, ibu suri & anak2..

ong ong kedek kedek berkata...

Rezeki berkat, yang sikit rasa banyak :)

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Tahniah IM. Keikhlasan bekerja kerana ingiunkan rezeki yang Allah janjikan, insyaAllah akan membuahkan kepuasan dan keberkatan.

Halal yang sedikit lebih baik dari tidak halal walaupun banyak...

TQ

Kakzakie Purvit berkata...

Salam IM,

Setiap insan hidup telah dikurniakan Allah akal yg tidak ada tolok bandingnya. Percayalah akan ada lorong pilihan bila tiba masanya nanti.

Bujang 2 org tu masa tu dah berdikari. Moga mereka masa tu dapat jodoh yg baik saling mengingati org tua sebagimana IM dan ibu_suri.

ab@h_Izz berkata...

kat mana tu IM..sony ker..
pernah juga melalui bekerja di sektor perkilangan ni...rindu la pulak, walaupun baru setahun jagung meninggalkannya..takleh lawan IM..

Sham berkata...

Syabas IM...bukan mudah nak harungi 28 tahun tu...saya merasa dah 3 tahun je di kilang.tak tahan bang...kena 'perah' hari2...

sekadar satu coretan berkata...

tak sedarkan begitu cepat mase berlalu...
IM jangan risau bile dh bersara ...ade la rezeki yg allah bg nnt...