Melalui perbincangan di laman borak FaceBook keluargaku, akhirnya kami sepakat untuk mengadakan gotong royong membersih rumah mak di kampung Sabtu lalu. Seronok juga kerana dapat bersama adik-adik dan anak saudara yang rata-ratanya sudah besar.
Aku bukan larat sangat membuat kerja. Lebih kepada membahagikan kerja dan memantau sahaja. Mulut lebih rajin berbanding tangan. Itupun dah letih benar rasanya. Terasa tenaga tak seperti dulu. Mencangkul sedikit sahaja dah sakit pinggang.
Bergaul dengan anak saudara yang remaja ini memerlukan keterbukaan. Kita tidak boleh terlalu bersikap seperti Jeneral sebaliknya mahu lebih kepada kawan yang menghormati. Apabila kita mesra dan menghormati mereka, mereka juga akan terasa senang bergaul dengan kita disamping tidak lupa beradab dengan kita.
|
Mamat - adik lelaki bongsu |
|
membersih parkir yang dilitupi pokok menjalar |
|
Mesin rumput pusaka abah |
|
Api yang marak lalu menyambar rumpun pokok pisang |
|
Anak saudara yang rajin berFB |
Tapi sebelum mula kerja aku sempat bagi taklimat tentang tujuan dan pengagihan kerja. Apa-apa pun, gambar kenangan perlu. Seingat aku ini kali pertama aku bergambar dengan mereka.
|
Yang membezakan kami cuma usia dan saiz pinggang |
Spring cleaning kali ke 2 akan diadakan pada Jumaat; raya Cina ke 2. Pada keesokan harinya, aku akan menjadi orang hadapan untuk menyambut dan mengetuai majlis menerima peminangan dari pihak lelaki. Kekok sikit rasanya. Dan sampai hari ini aku tak henti-henti berfikir dan merangka apa yang perlu aku pakai, cakap dan aturkan di hari itu nanti.
15 ulasan:
Bila dah bersih sedap dipandang kan!
Pokok menjalar tu ... nampak lawa pulak kalau dibiar menjalar secara berhemah..
SALAM,
BAGUS TU ADA GOTONG ROYONG KELUARGA ! LEPAS TU MESTI ADA MAKAN2 ! MASA MAKAN2 TU, BOLEHLAH AJAK KAMI SEMUA !
Salam IM,
Wah... best kan kalau jumpa sesekali dirumah pusaka. Kana teruskan tu IM. Bukan kerana ada org nak meminang je baru buat ini semua.Huhuhu....
suka lihat situasi kg yg nampak nyaman....
abd razak,
betul tu. tapi tukang buat semak lagi ramai pada tukang bagi bersih.
tanpa nama,
kat kg ni dah tak larat nak tengok pokok menjalar.
luahfikiran,
makan-makan tu gotong royong pihak perempuan.
kakzakie,
tu yang diperbincangkan masa gotong royong lalu. sejak abah dah takada, rumah semak. kami cadang nak gotong royong famili setiap 6 bulan sambil buat kenduri keluarga.
Wahhh... bagus tu IM.
kat lorong rumah ni 2 bulan sekali aje buat.
Tu pun bila semak-samun dah tinggi menjulang..
salam IM
bagus...selain mengeluarkan peluh...boleh mengeratkan silaturahim kan...yg pompuan sibuk masak kat dapur...makan ramai2...seronok..
selain dpt berkumpul ahli keluarga tukar cerita, rumah pun bersih
ada gunanya juga fb kan..
leh buat penyatuan dan mesyuarah untuk gotong royong.
apa yang penting..?kerja...sama!
azrina,
kerja macam ni kena ada kesepakatan golongan tua dan muda. baru menjadi.
kamsiah,
orang perempuan selain memasak juga melangir rumah. nak sambut adik ipar baru katakan...
sud@is,
ya.. mesej utama gotongroyong ialah kebersamaan antara adik/adik ipar dan anak saudara.
biskut,
ya.. sebenar material di alam siber ini akan memberi manafaat jika betulguna.
patut jarang nampak kelibat... sibuk pikir rupanya... siapkan pantun IM
kalau ramai2 buat mmg seronok...
tang saiz pinggang tu yang tak lalu
ibuintan,
dah lama tak berpantun..
mario,
memang seronok kalau semuanya sepakat..
imanshah,
nak buat camna. jadikanlah ini satu tauladan buat imanshah!
Jangan lupa koleksi pantun untuk terima pinangan tu nanti..
Catat Ulasan