BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, Januari 03, 2011

Sorotan Buat Ibu_suri

Kalau kalian perasan, aku sejak akhir-akhir ini kurang menulis tentang ibu_suri. Memang aku akui, ibu_suri  kini kurang memberi tekanan emosi terhadap aku . Justeru rutin kehidupan aku agak selesa. Ada yang bagus namun ada juga yang kurang bagus bila keadaan jadi begini.

Singkap semula hujung 2008, ibu_suri di serang minor stroke semasa berada di BM Specialist Hospital.  Waktu itu dunia aku benar-benar rasa gelap. Rutin hidup aku yang aktif dalam NGO berputar ke belakang. Sikap ibu_suri yang agresif dan cepat marah membuat rumah aku sedikit hiruk pikuk. Akhmal pula ketika itu mula menjadi sedikit 'nakal' hingga membuatkan aku semakin terbeban dengan  luahan 2 gunung berapi yang memuntah asap tebal hingga gelap pemandangan masa hadapan. Dia bergaduh dengan bapanya sendiri apatah lagi dengan mak dan adik-adik adikku.

Doktor istilah ibu_suri ketika itu berada di tahap mood dis-order. Serangan blood clote pada urat saraf di bahagian otak memberi impak kepada jiwa ibu_suri hingga terpaksa dirawat di unit Psikiatrik.

Tak sedar aku, selama 2 tahun aku mengharungi situasi itu. Kemudiannya, sekembali dari menziarahi pengkebumian jenazah bapa saudaranya di Kg Poh, Bidor tahun lalu, ibu_suri bertukar menjadi begitu pasif. Tidak mahu keluar berjumpa sesiapa hatta kematian saudara mara dan rakan terdekat. Hariannya asyik dipenuhi dengan tidur. Tak lalu makan hingga ke tahap berdirinya tidak stabil dan kaki menggigil. Masa inilah saudaramaranya memaksa aku pergi berubat secara tradisonal hinggakan ke Felda di Kupang pun aku sampai. Bermacam teori bomoh itu beritahu tentang punca penyakit ibu_suri. namun semuanya aku rasa sekadar menghabiskan duit aku yang memang pun kesempitan.

2 bulan lalu bila aku bawa ibu_suri seperti biasa ke rawatan susulan Psikiatrik, doktor Izani yang selalu merawat ibu_suri berkata ibu_suri kini berada di tahap mood dis-order.

"Doktor, saya harap jangan jadi macam dia dulu doktor. Letih jiwa raga saya. Sampai nak jumpa dengan Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim. Nak bergaduh dengan bapa sendiri. Dengan jiran-jiran semata-mata kerana isu kecil. Huuu.. Biaq dia pasif macam dulu, lagi baik rasanya.."

Tapi hari demi hari hingga hari ini, aku rasa ok pulak. Mungkin Tuhan  Yang Maha Mengetahui, aku bakal menguruskan majlis walimah Angah yang tentunya besar dan berat penumpuannya maka dia ringankan dahulu beban aku mengurus ibu_suri.

" En. IM, pesakit macam ibu_suri ini mempunyai kitarannya sendiri. Hari ini dia begini, esok mungkin dia akan begitu pula. Jadi, orang yang paling kena kuat ialah yang menjaga dia seperti IM . IM perlu abah., perlu sabar dan pasrah."

Duhai.... Harapnya biarlah keadaan ibu_suri kekal begini walaupun aku akan terus letih kerana terpaksa membawanya bersiar-siar setiap hari dan tidak mahu pulang ke rumah selagi jarum jam tidak bertemu sesama sendiri di tengah malam hari!

Letih badan satu perkara. Letih poket kerana bayar petrol  satu perkara lain pula. Lantaran itulah kenapa aku sanggup bersengkang poket semata untuk memastikan kereta Kancil ini dalam keadaan tip top . Ia umpama rumah aku yang ke 2.



beli di Perlis

Patung Katak Hijau adalah koleksi ibu_suri. Dari serendah harga hingga ke RM60 satu.

bawa ibu ke Trengganu

bawa ibu ke Kelantan

menginap di hotel walaupun hotel itu tidak jauh dari rumah mak IM


keadaan ibu_suri ketika di bawa berjumpa doktor sewaktu keadaanya pasif

14 ulasan:

IMANSHAH berkata...

salam IM

Inilah yg dikatakan, sehidup semati, susah senang tanggung bersama, sedangkan lidah lagi tergigit kan!!

kak wan berkata...

Salam IM..,
Lebih baik keadaan ibu _suri macam tu..sbb kalaula keadaan ibu_suri sebaliknya adakah IM akan sentiasa di sisinya setiap masa...tentu tidak kan..masing - masing dgn kesibukan sendiri.
So..bagi saya ini hikmah buat ibu_suri

iBu...gUru berkata...

Salam IM............. Alhamdulillah. Moga ibu suri bertambah sihat

sud@is berkata...

Salam IM
sesungguhnya ujian ALLAH kepada hambanya dtg dlm bentuk berbeda2
semoga kita tabah menghadapi segala2

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Ujian buat sdra...banyak bersabar dan serahkan semua kepada Allah Taala..

abu muaz berkata...

pelbagai dugaan dalam hidup tapi anda sangat tabah. tahniah IM

ong ong kedek kedek berkata...

Salam IM...

Hebat ujian buat IM, tapi IM tetap sabar menempuhnya... semoga IM terus diberi kekuatan :)

Kakcik Seroja berkata...

Semoga ibu_suri akan pulih juga nanti. Kakcik turut mendoakan. InsyaAllah.

hentian berkata...

imanshah,
bila tergigit tu, sakit...

kakwan,
tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

ibuguru,
IM sihat. ibu_suri mungkin kurang sikit.

sud@is,
muga Tuhan teruskan ketabahan IM

hentian berkata...

abd razak,
memang kena banyak sabar.

abu muazz,
mendapat sifat tabah ini, gurunya ialah ibubapa IM..

republik n9,
terima kasih atas doa.

kakcik,
macam ini pun ok. kembali seperti sediakala itu lebih baik..

Mario berkata...

semoga im terus tabah...errr...dan setia...

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Berat mata kami memandang,tapi hanya IM jer yang tau perasaannya mcamane..Kami hanya mampu berdoa semoga IM diberi ketabahan hati dan kesihatan yang baik utk terus menunaikan tanggungjawab kpd keluarga..Semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA...

Nik berkata...

semoga ibu suri sentiasa sihat.
Semoga semua baik2 saje :)

-Nur- berkata...

Semoga Allah membalas segala pengorbanan pak cik IM Dengan syurgaNya..:)

Allah tahu apa yang terbaik untuk HambaNya:)