Menghantar Akhmal untuk kursus memandu. Selesai sarapan di kedai makan simpang pasar malam Penanti, aku bercadang nak balik ke rumah ikut jalan jauh. Biasalah, kalau bawa ibu_suri, memang gitu. Dari jauh aku perhatikan Akhmal sudahpun menaiki van untuk ke Kedai Memandu Melati.
Aku ikut pekan Penanti. Kerling ke kedai bus stop kot-kot Harakah baru dah sampai tapi masih belum. Aku ke arah lebuhraya BKE dengan tujuan akan ambil susur keluar Penanti dan balik ke rumah. Sambil menunngu lampu merah aku terpandang sebuah kereta Kelisa warna maron dari arah bertentang meluru laju. Dan takdir Tuhan berlaku bila dalam masa yang sama sebuah motosikal dari arah kanan ( Kulim ) sambil menjerit menghentam Kelisa. Spontan aku yang sedang melihat fenomena itu - Allahuakbar!
Melambong ke udara kedua mereka dan terbaring ke tanah. Semuanya berlaku sekelip mata. Segera aku keluar dan mendapatkan mereka. Aku pun panik juga sebab tidak pernah berdepan dengan situasi ini sendirian. Aku ternampak sebuah motor baru sampai dan minta dia menolong aku sambil aku menalipon 999 bila melihatkan darah mula mengalir ke jalanraya. Entah bila pula tau-tau orang ramai terutama India berada di kelilingku. Mangsa lelaki yang juga India asyik dok.. ayooo..^%$$#@! ( bahasa Tamil ).
Aku sempat diberitahu oleh sesaorang;
"Perempuan tu kata dia lalu sebab lampu hijau."
"Tak. Dia lampu merah sebab saya sendiri berhenti kerana lampu merah," sambil menunjuk ke arah kereta aku yang masih di situ.
Semasa memandu balik aku terfikir kenapa di situ kerap berlaku kemalangan. Jika dari arah Seberang Jaya ke Kubang Semang atau sebaliknya kena tempuhi 2 lampu isyarat yang dekat jaraknya tetapi tidak sama warna lampu. Jika lampu pertama hijau, lampu kedua selalunya merah. Maka di sinilah aku kira sangkaan perempuan itu meleset bila dia bergerak dari lampu pertama itu hijau dan terus laju tanpa menyangka lampu kedua itu bertukar merah. Tidak pernahkah JPJ atau pihak BKE mengkaji perkara ini?
Wah... macam CSI pula!
18 ulasan:
saya setuju mungkin berpunca dari lampu2 itu yang berdekatan .. tapi kalau pemandu tempatan tidak boleh dimaafkan juga.
salam IM
accident betul2 depan mata ni...
itulah, mungkin salah satu sebab macam im cakap tulah, tapi rasanya sikap kita sendiri yg patut diubah..selalunya apa yg kita akan lakukan kalau dari hijau nak kekuning, kebanyakan akan pederaslah....
Salam IM...
Kalau saya kat tempat kejadian mmg pitam la..Saya takut tengok..huhuh..
tapi semuanya terpulang dengan pemandu atau penunggang itu sendiri bukan...kalau lebih alert dan bersikap sabar takkan terjadi..
manusia terburu-buru seperti mengejar sesuatu..kematian ker yang mau dikejar?
kakpah selalu tengok, bila lampu isyarat belum sempat bertukar hijau, ada kenderaan terutamanya motor sudah memecut ke depan. Mungkin mereka sudah menjangka bahawa lampu akan bertukar pada hijau. Tapi kalau tersalah jangka?
Apa-apa pun, pemandu mesti sentiasa berhati2.
al-Lavendari,
yang selalu memandu di situ patutnya sudah maklum..
ab@h_izz,
betul tu. malah kekadang..jujur cakap..IM pun sama terutama bila dah terlamabt..hu..hu..
cik shinju,
kalau dah awak pula pitam, sapa nak selamatkan spa..
biskut,
kita memang terdedah pada kematian srtipa masa
kak pah,
yang besar selalunya perlu melihat yang kecil. kereta kena hati-hati dengan motorsikal..
penah beberapa kali tengok mangsa kemalangan life...adui memang pening wo tengok darah...golongan mabuk darah gak sy ni...tapi nak tengok...
Mari kita kaji sedikit di sudut pengguna. Dalam kelas di tempat kerja aku di RENESAS aku diminta memberi ceramah mengenai tajuk POKA MISS (bahsa Jepun) atau Human Error dalam BI.
Human Error atau kesilapan manuasia boleh dielakkan atayu dikurangkan diantaranya jika;
Semua kita patut dan ikut kepada peraturan atau undang-undang.
Melaporkan segala yang boleh dibaik pulih kepada yang berwajib.
IM telah ketahui di situ ada sesuatu yang tidak kena tetapi tiada membuat sebarang aduan kepada yang perlu diberitau.
Tiadalah apa-apa perubahan yang mungkin berlaku. Nanti tentu ada peristiwa yang berulang.
kunjungan erdana
aku pernah mengena tilang
salam hangat dari blue
masyaAllah...ngerinya...
rasanya mesti sesuatu kesilapan sistem trafik light kt situ....
Salam IM
kerap ke kemalangan berlaku di situ..kalau kerap bermakna something wrong dgn lampu tersebut...pihak tertentu kena bertanggungjwb dgn segera..
p/s kalau nmpk kemalangan depan mata cepat2 tutup mata..ngeri nk tguk..
IM,
area tu mmg slalu accident. Kawan yg dok meniaga kt situ, sebulan msti ada je accident..dah report pada pihak PBT tp xde pe lg..entah berapa ramai lg nk kena..
Lg satu, jalan nk tuju ke Stesen Bas Butterworth (hala ke feri)..berlapis2 trafic-lite..Omaq Otai(OO) pernah LIVE gak dpan mata cmner bas menuju laju sdgkan ada Kelisa nk cross dalam keadaan laju juga..Kelisa brek menyenget dan bas terpaksa 'makan' lorong sebelah..nasib baik xde kereta time 2..
Na'uzubillah~
Assalamualaikum...
Bila ajal datang ianya akan berlaku di mana-mana...
assalamualaikum,
berhati-hati di jalanraya dan di mana sahaja..
mmg fobia nak citer pasal accident ni....
pernah nampak accident depan mata.....seram dan ketaq lutut huhh!!!!
Salam IM,
Saya bila berhenti di traik light dan saya adalah orang yang paling depan, bila lampu dari merah bertukar hijau, saya tunggu dulu, saya tak teru pecut sebab saya takut ada kereta yang nak rebut trafik light. Bahaya.
Salam IM,
betul lah..lampu isyarat tu dekat sangat jaraknya..saya yang jarang lalu jalan tu..memang pernah confuse pun..kalau org yg dah biasa, mungkin tak jadi masalah lah...
Catat Ulasan