Aku ajak CT datang ke rumah. Memang pun, dia dah lama tak ziarah ibu_suri. Semasa dia masih kecil, kami pernah memeliharanya. Menyekolahkannya. Malah ketika dia lahir, tangan ibu_suri adalah antara yang menyambut kehadirannya ke dunia ini.
"Ayah faham keadaan kamu. Latarbelakang kamu dulu tidaklah seberuntung Angah dan Along. Malah tidak juga seberuntung Akhmal. Sebab itu, ayah nak beritahu kamu, ayah peduli kamu sepertimana anak-anak ayah yang lain. Jika kamu ada masalah dan ingin berkongsi, datanglah bercerita dengan ayah. Kalaupun ayah tak boleh tolong, ayah boleh tumpang dengar dan beri nasihat. Kalau tak boleh dengan ayah, dengan ibu. Dengan Angah. Dengan Along."
CT, walaupun tidaklah seperti gadis yang aku harapkan untuk sopan dalam berpakaian namun aku kagum dengan ketahanannya membawa diri bersaorangan. Dan kagum dengan sikap kendirinya dalam meneruskan kehidupan walaupun emak dan abahnya bermasaalah. Kalau gadis lain rasanya udah lama terjebak!
21 ulasan:
Aku pun masih ingat CT. Memang waktu kecilnya beliau beruntung dapat menumpang kasih dengan keluarga IM.
Namun IM boleh membantu beliau lagi dengan sering memberi nasihat dan kata-kata peransang seperti yang sedang IM buat.
Mudah-mudahan CT akan dikurniakan Allah hidayah dan bertemu dengan jodoh yang baik.
salam IM...
Walaupun tak tau hujung pangkal cerita,tak tau sapa Siti..cuma dari cerita IM yg ringkas tu..Siti adalah 'salah sorg keluarga' dalam keluarga IM..
Salam...
Anak angkat IM ker?
Susah gak nak hidup berdikari kalau xde pembimbing..Nasib baik ada IM sekeluarga..Semoga CT dirahmati ALLAH selalu.Kalau saya jadi dia,xtau la ape nasibnya...
salam IM,
hati IM penuh kasih sayang
salam...terharu dgn sikat IM yg sgt penyayang..
kirim slm pd ibu_suri
hrusli61,
IM tercari-cari foto CT pergi ke rumah di Tapah masa kecil dulu tapi tak jumpa.
kamsiah,
IM memang anggap dia sebahagian dari keluarga IM. Bilik yang angah duduk sekarang ini adalah bilik CT masa dia tinggal bersama IM dulu.
shinju,
CT sebenarnya adalah anak kepada abang ibu_suri. Tapi disebabkan abang ibu_suri terjebak dengan ketagihan, ibu_suri pelihara dia.
ibuintan,
entahlah.. yang pastikan IM cuba untuk memelihara pertanggungjawaban itu..
Alhamdulillah,
pandai2 mmbawa diri,
azam dan kecekalan tu trlalu
indah bila dimiliki..
im memang seorg yg baik n penyayang
sebab dia beruntung punya 'ayah' seperti abang IM...
perhatian yang diberi boleh mendidik seseorang...
Salam IM..
setuju dengan BISKUT...
beruntung SITI dapat keluarga angkat yang penyayang....:)
Apa yang kita beri itulah yang kita dapat IM....syukran
semoga CT berjaya dan bahagia dan terpelihara.
salam..
kesian siti...ttp alhamdulillah cz siti pndai bw diri n haluan.
salam kenal IM
kagum...hanya insan berjiwa besar mampu menjaga anak orang seperti anak sendiri...
citarasa rinduan,
maaf, salam tak dapat dikirimkan. tak larat IM nak jawap soalan cepu mas dari ibu_uri nanti.
ahsfantasy24,
malam tadi hantar dia ke Penang Sentral,jumpa maknya di Kajang. Akhmal temankan dia..
SHSY,
entahlah.. IM pun tak tahu..
biskut,
IM juga beruntung punyai abah yang ambil berat pasal anak-anaknya, dulu..
siti murni,
he..he.. tak susah jadi keluarga angkat yang prihatin. malah bahagia, kan!
sud@is,
itulah juga harapan IM
nza,
lama tak dengar bicaramu. IM dah pautkan link ke bloglist IM.
sham,
tidakkah bahagia itu indah bila anak jagaan kita menjadi manusia yang bernama manusia?
Salam IM
Murni sungguh memelihara SITI sedari kecil
salam
maybe berkat IM jaga dia coz tu dia ade ketahanan diri dan tidak terjebak ngan benda bukan2.
Salam kenal. Suka baca blog tuan. Best..
semoga hidupnya diberkati,amin :)
salam IM,
sama-sama kita doakan CT sentiasa dilindungi Allah dan ditetapkan imannya...
imanshah,
tkasih kerana kebetulan itu allah berikan pada IM.
nik,
mungkin dia juga mempelajarinya dari apa yang dia lihat telah terjadi pada mak dan abahnya.
aida ali,
tkasih kerana suka baca. IM juga suka baca blog AA.
republik n9,
ameen...
bapak,
ya.. sesama kita doakan.
Catat Ulasan