BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, Januari 06, 2011

Alahai Anak!

Aku harap begini tidak terjadi kepada aku. Apatah lagi pada ibu_suri jika ditakdirkan aku pergi dahulu menyambut panggilan Ilahi!

Kawan yang selalu menumpang aku pergi dan balik kerja selalu bercerita kepadaku tentang masalah yang dihadapi mereka dalam menjaga mak mereka yang sudah tua lagi lumpuh. Sejak ketiadaan mate Indon mereka kerana terbunuh akibat cinta tidak dibalas (pernah tersiar di Harian Metro), mereka sering bertelagah sesama adik beradik dalam menentukan giliran siapa yang patut menjaga mak mereka. Masing-masing sibuk dengan kerja. Ada yang tak sibuk lantaran sudah pencen tidak pula mau ambil tahu. Usahkan mahu menjaga, bertanya khabar pun tidak.

Itu cerita seorang mak yang lumpuh, yang punya anak berbelas. Aku yang cuma punyai anak 3 orang ini dan kesemuanya lelaki, entah bagaimana ditakdirkan kelak!

16 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Anak2 kakcik juga semuanya lelaki - selalu juga terfikir bagaimanakah agaknya waktu tua kami suami isteri nanti. Cuma, yang penting kita tunjukkan contoh yang baik, semoga akan jadi ikutan anak2 nanti. InsyaAllah.

Unknown berkata...

SALAM,
LUAHAN SEBEGINI KERAP KITA DENGAR SEJAK AKHIR2 INI. APA SUDAH JADI? SEORANG IBU BOLEH MENJAGA SEBELAS ANAK TETAPI SEBELAS ANAK TAK BOLEH JAGA SEORANG IBU ! LF TURUT KHUATIR ! BERTAMBAH BERAT LAGI, APABILA HUBUNGAN ADIK-BERADIK TIDAK BAIK DAN RENGGANG ! MASYAALLAH, SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KEPADA KITA SEMUA !

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM..

Saya percaya anak2 IM x mcm tu
sbb cara didikan IM...Kalau akar pokok di tebing sungai tu kukuh,InsyaALLAH tebing xkan runtuh...

What goes around,comes around..
Kesian saya bayangkan nasib ibu kawan IM tu.Macamana dorang layan mak dorang,macam tu la anak2 akan layan dorang kelak.

ibundo berkata...

salam IM. Kita berdoa semuga hari2 tua kalau dipanjang umur, tidak menyusahkan anak2.

ainnoraini berkata...

salam IM...
mak saye pun takberapa sihat dan segala urusannye terpaksa dibantu...alhamdullilah urusan mak terjaga kami bergilir2 menjaga n membawa gi hospital...bile tibe giliran saye,anak2 saye pun kene la jugak ambil tugas menguruskan neneknye tu...

bile keadaan mcm ni saye terpiki jugak hari tua kite nnt..adakah anak2 sanggup menjaga kite...
apa2 pun kite kene beri contoh yg terbaik bile kite melayan ibubapa kite...

ab@h_Izz berkata...

salam IM..alhamdulillah makayah sekarang sihat lagi..insyaAllah nanti tak akan memmbiarkan perkara ni terjadi...sambil mengharapkan anak2 sendiri melakukan perkara yang sama...

p/s; nenek&atuk dulu pun makayah yang jaga sehingga mereka kembali...pernah tengok dan rasa apa yg makayah buat sebaiknya pada mereka...

ghost berkata...

ya aku jugak risau dengan kondisi ortuku IM..tambah2 lagi aku tidak punya ketentuan lokasi.meski masih bujang dan punya saudara yang sangat prihatin tetap risau jugak kalau2 mereka berubah satu masa nanti..sapa mau menjaga mereka....

Tanpa Nama berkata...

Salam IM,

Memandangkan keadaan sekeliling dan cerita-cerita yang kita dengar tentang anak-anak yang tidak sudi menjadi ibubapanya bila uzur begitu membimbangkan hati.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang mengenang budi dan menjaga kita bila diperlukan sebagaimana kita menjaga mereka selama ini. Aminnnnn

Tanpa Nama berkata...

Oh ya IM,

Bila free jemput ke blog saya ambik award

Kakzakie Purvit berkata...

Salam IM,

Sedih mengenang benda-benda macam nie. Sebenarnya Allah dah bagi peluang mereka mencari pahala mudah tetapi akibatnya menjadi dosa besar. Nanti bila ibunya pergi baru menyesal. Tak tengok drama-drama macam pengajaran ke?

Geram betul dgn kerenah anak yg tak mahu jaga og tua sendiri.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Jika kita lakukan tanggungjawab kita terbaik kepada anak-anak, mereka akan lakukan terbaik untuk kita.

Yang menjadi benda ni berlaku ialah atas kesalahan ibubapa itu sendiri kerana mengabaikan tangggungjawab mereka terhadap anak-anak. Maka Allah akan balas atas kelalaian ibubapa itu.

Murni Alfathunnisa berkata...

Salam IM..
saya pun sebenarnya berharap biarlah saya dan adik2 akan jadi anak yang tak melupakan ibu di hari tua nanti.
banyak yang dah saya tengok..bila parents dah mulai uzur, anak2 masing-masing menuding jari..siapa nak jaga emak, siapa nak tanggung kos merawat bapak..memang berlaku. terus terang..saya pun takut.

sud@is berkata...

selagi kita membaca, mendengar cerita menonton drama....kita akan bimbang bagimana nasib kita....

aku rasa kita buatlah yang terbaik untuk ibubapa kita, insyaallah anak2 akan buat terbaik untuk kita...hanya doa dan tawakkal...

hentian berkata...

maaf tak dapat respon komen kalian. IM tak ada ruang masa untuk santai di depan laptop!

ibuintan berkata...

semoga Allah permudahkan semua urusan IM,,

Admin berkata...

life is a circle..
bagi yg trbaik untuk ibu bapa kita,
insyaallah kita jga akn dberikan yg
trbaik dr ank2 kita..

insyaallah, sama2 doakan..