BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Mac 07, 2010

Up To You!

" Dalam perjalanan ziarah anak di STB, aku singgah di RnR Gunung Semanggol untuk sembahyang Zuhur.

" I boleh solat err.... Ja...mak.... ke? " soal ibu_suri tersekat-sekat kesan dari mild stroke yang dihadapi.

" Jamak Qasar? "

" Haah... ya.. " sambil mengangguk sedikit keanak-anakan.

Aku lebih suka memilih solat Zuhur yang biasa akan tetapi untuk kondisi ibu_suri aku yakin solat Jamak Qasar lebih baik dari nanti dia tidak bersembahyang lansung samada kerana ketidakselesaan bermusafir ataupun pertukaran mood. Jarak antara Penang dan Taiping membolehkan kedua-dua jenis solat ini.

" I nak pi toilet dulu ke atau nak solat dulu? "

" Up to you! "

" You tolong bawakan beg solat I ye... "

" Ok. No problem... " Jawapan balas yang selalu aku ujarkan.

Kekadang perlu bijak menggunakan ruksah dalam hal-hal ibadah ini. Allah yang menciptakan kita. Dia tahu dimana kelemahan dan kelebihan kita. Lalu dia menciptakan jalan yang mudah dan sukar untuk kita pilih.

  • anak kecil di surau RnR Gunung Semanggol

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Cantik surau tu..

Unknown berkata...

eloklah mengambil pemberian kemudahan yg diberikanNya utk mereka yg bermusafir..

rerama salju berkata...

saya suka solat jamak,tapi mak dgn ayah saya tak suka...mereka lebih suka berhenti untuk solat.....

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
lama tak tinggal pesan disini wlu slalu ziarah...

kadang2 tersenyum baca post IM ttg ibu_suri.. dia agak manja & keanak2anakan yer..

IM, tolong doakan mama & anak2 mama dapatb tabah seperti IM jika dilanda dugaan hidup yg mdatang

teruskan semangat merawat, menyayangi ibu_suri sepenuh hati...