BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, November 12, 2009

Anakku, Disleksia

Akhmal, anak ke3 ku yang kini berada di STB, Taiping sebenarnya mengidap Disleksia. Aku ingin ceritakan di sini untuk pengetahuan kalian. Terutama bagi guru atau ibu bapa yang masih punya anak kecil supaya dapat mengesan anak atau anak murid kalian.

Khabar terbaru, pengidap sindrom ini semakin bertambah di Malaysia. Menteri Pelajaran 10 tahun lalu Datuk Hishamudin pernah bercakap tentang sindrom Disleksia ini di TV tetapi nampak macam tidak ada tindakan susulan.

Semasa anakku berumur 5 tahun seperti biasa aku menghantar Akhmal mengaji Quran sepertimana Along dan Angah. Tapi entah kenapa udah berbulan mengaji, alif ba ta pun tak boleh lepas. Setakat hafal saja. Akhirnya guru mengaji putus asa mengajar dan menyuruh aku mengajarnya sendiri.

Bila masuk ke alam persekolahan, tahun kedua, dia dimasukkan ke kelas belakang. Faham ajelah sistem persekolahan di Malaysia ni. Kelas belakang bermakna kelas yang tercorot. Kelas yang dipenuhi dengan murid yang bodoh. Sekaligus bila bodoh, mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik akhirnya mengacau murid lain dan dicap sebagai nakal. Begitulah bertahun-tahun, kelas ini adalah kelas yang tidak mendapat perhatian guru-guru yang hanya memburu kelas-kelas A.

Takdir Tuhan, di tahun ke5, aku dapat tahu Akhmal dikenakan tindakan disiplin yang sedikit pelik oleh guru. Entah kenapa aku tergerak hati untuk merujuk ke Pejabat Pendidikan Daerah, Permatang Pasir. Berbincang dengan pegawai di situ akhirnya dia bertanya kepada aku;

" Tulisan anak encik beginikah? "

Aku memerhati dengan penuh tanda tanya; apa maksud encik ini?

" Ya.. tulisan dia memang lintang pukang. Huruf terbalik. herot kiri kanan. Saya sendiri kekadang susah baca. Usahkan saya, dia sendiripun bila saya suruh bacakan, dia tak dapat nak bacakan semula. "

" Saya fikir anak encik menghidap Disleksia. "

" Apa tu encik? "

" Ia satu sindrom LD ( Learning Disability ). Dalam kategori LD ini termasuk Down Syndrome, Authsm, Hyper Aktif, Lembam dan banyak lagi. "

Aku melangkah keluar dari Pejabat Pendidikan itu dengan pandangan kosong. Terasa seperti sedang berhadapan dengan satu tanggungjawap yang belum pernah tergambar apatah lagi memikulnya sebelum ini.

" Apa yang encik tu cakap tadi bang? " tanya ibu_suri.

"Aaa.... nanti abang ceritakan. Abang pun bukan tahu sangat benda ni. Tak pernah dengar pun!"
Ditakdirkan Tuhan juga tak lama selepas itu, aku tertonton satu program talk berbahasa Tamil di TV2 tentang Disleksia. Aku segera mengambil alamat salah satu Pusat Didikan Disleksia NGO yang beralamat di Taman Titiwangsa.

Dengan bantuan adikku yang tinggal di Shah Alam, aku membawa Akhmal untuk membuat ujian pengesahan. Dan berdasarkan testimonia, memang sahih, Akhmal pengidap Disleksia.

Perlahan-lahan aku mula mencari-cari dan memahami apa itu Disleksia. Aku kini memasuki dunia baru. Dunia anak kategori OKU. Dunia yang amat asing dan tak pernah terfikir olehku sebelum ini.
Aku menukar Akhmal dari kelas normal di SK Seri Impian ke SK Seberang Jaya, kelas Pendidikan Khas.

Panjang kalau nak kuceritakan. Pahit manis menjaga Akhmalku ini. Entahlah! Lain kali kalau ada ilham aku sambung lagi! Terasa penat mata dan letih!

... keputusan testimoni





... resit testimoni
















Antara bintang-bintang Disleksia:
Leonardo Da Vinci - Pelukis potret Mona Lisa
Thomas Alva Edison
Albert Enstein
John F Kennedy
Whoopi Goldberg


1. Perincian Disleksia. Klik SINI
2. Salah satu blogger Disleksia rakyat Indonesia. Klik SINI

9 ulasan:

spy berkata...

ini bermakna anak awak tu bakal menjadi seorang yg terkenal..

so awak kena tanya mcm tokoh-tokoh yg ternama tu mengorak langkah..ambil teladan mereka.

nasihat sya tambah satu lagi..tanam iman dlm dirinya baru la mantop..terkenal dan beriman

semoga berjaya

ain fathihah berkata...

salam. anak yg ada masalah mcm ni ada potensi utk jadi insan cemerlang dan berjaya dalam hidup jika kena caranya..

jgn putus asa, encik IM

Insan Marhaen berkata...

tk atas ransangan. cuma kekadang suasana keliling yang negatif lebih kuat pengaruhnya. ini yang membimbangkan...

kak ja berkata...

Be strong.. Anak yg bermasaalah mcm ni perlukan parents yg tabah dan kuat utk memberinya sokongan..

Saya sdh agak lama kenal sindrom ni.. Bkn sbb ada ahli keluarga yg bermasaalah yg sama tp sbb pernah tonton satu movie yg berkisar ttg pengidap sindrom ni.. Dan selps tu ambil inisiatif utk tahu dgn lbh lanjut.

Insan Marhaen berkata...

Tk KakJa. Memang kena strong. kalau tak strong, dah lama terjun dari jambatan pulau pinang, he..he..

zai berkata...

Pandang anak2 kita atas kekurangan mereka dari sudut yg positif dan berusahalah membimbingnya spt kanak2 yg lain dengan penuh sabar dan berhemah..insyaAllah Allah tu Maha Kaya..tiada mustahil utk Allah membuatkannya berjaya menjadi seorang insan yg berguna satu hari nanti.

Khairiah Jelani berkata...

Salam IM,
Salam perkenalan. Sy percaya awak adalah insan terpilih menerima dugaan ini. Apapun,jgn berputus asa membimbing anak sendiri. Usaha awk mdapatkan maklumat tntg disleksia sgt sy hargai. Masih belum terlambat, kemahiran dan ransangan boleh dilakukan pd anak awak. Mudah2an Allah beri awk kebaikan dan rezeki yg berkat.Amin.

Tanpa Nama berkata...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.

zulfikar abu bakar berkata...

hi...boleh cuba stemtech..dah terbukti pada anak kawan saya..