BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, November 10, 2009

Soalan Cepu Mas

Bukan sekali tapi udah acapkali ibu_suri bertanyakan soalan cepu mas ini. Soalan yang bukan sahaja sukar malah berat dan tak tahu nak menjawapnya bagaimana.

" Kalau I mati nanti, U akan kahwin lain ke? "

Bukan soalan menduga akal tapi ini soalan menduga keikhlasan dan kejujuran. Menduga kesetiaan dan kasih sayang. Silap memberi jawapan, tidak terduga akan balasannya.

" InsyaAllah kalau buat masa ini abang udah tak mahu fikir pasal kawin lain. Cukuplah abang ada satu ini. Kalau U mati, abang nak fikir perbetul jalan hidup abang sendiri. Tak mau fikir pasal kahwin dah. Serik. Letih. "

" Nanti U akan kesunyian... "

" Ah, ok. Abang tak ada masalah hidup sorang. Dah biasa urus diri sendiri sejak dari kecil dulu. " Sekadar menyejukkan hatinya, begitu yang kuharap.

" Itu, apa yang abang fikir dan hasratkan buat masa inilah. Tapi kalau Tuhan takdirkan lain, itu abang tak mahu janji lah... " Berlapik juga cakap aku ni. Takut pula nanti termakan dek sumpah. Teringat pula aku akan filem-filem horror yang pernah aku tonton. Walaupun itu mungkin cuma fiksyen tapi erkss... takut le juga kalau jadi betul-betul. Anak sungai lagikan berubah. Aku bukannya malaikat.

Tidak lama, dia minta berbaring di atas riba aku. Dia minta aku picit-picitkan kakinya.

" U demam ke? " Bila aku dapat rasakan badannya sedikit hangat.

" Tu lah... Rasa badan ni sakit-sakit... " Dan airmatanya sertamerta terjun dari kelopak. Itu dah biasa bagiku. Di celah-celah garangnya tatkala marahnya datang di luar kawalan, dia mudah merambukan airmata apabila kesyahduan menyelubungi jiwanya.

" U tak boleh cuti lagi ke? "

Aku terdiam. Mana bisa aku ambil cuti sedangkan semalam aku sudah pun ambil MC. Siang nanti ada IQA audit di ofis aku. Sepatutnya aku kena siap sedia di sana.

Uuhhhh.....

" Nanti sat. Abang fikir. Makan Panadol dulu ya. Lepas tu U pergi tidur dalam bilik. "

" Tak mau. U picit-picit dulu badan I ni... "

Aku pun tidak mau banyak soal. Terkenang aku bilamana pergi kerja siang nanti, tinggal dia kesaorangan di rumah. Masalah ni...

Aku teringat si anu, si ani dan mungkin si ana dapat menjenguk ibu_suri sementara aku bekerja. Betahkah aku ambil cuti separuh hari, hari ini?

Sebenarnya aku dapat rasakan prestasi kerja aku agak mencorot kebelakangan ini lantaran kerap cuti semata uruskan hal-hal berkaitan ibu_suri.

Tuhan, hadirlah di sisiku!

11 ulasan:

hj atan berkata...

Tu la jiwa seorang perempuan..tanya soalan detail..sampai dia orang dah takada pun dia nak kontrol..

di syurga esok wanita solehah boleh tinggal dgn suami dia..

tapi bagaimana pulak hang yang pi dulu..cuba tanya dia balik..he..he

Insan Marhaen berkata...

Aku nanti oleh tinggal dengan bidadari..he..he..

ARIFF BUDIMAN berkata...

Hj Atan. Lawak betoi. Saya pun nak tanya juga bagaimana kalau Abu yang pergi dulu. Susah Abu nak jawab ni. Tak pa Abu semoga Allah bersama orang yang sabar. Kita tak tahu apa perancangan Allah untuk kita.

kakcikseroja berkata...

IM..

Tuhan sentiasa hadir di sisi kita.. cuma kita yang leka tanpa terasa kehadirannya. :)

insan marhaen berkata...

Aku harap tidak begitu sebab kalau aku tiada, tak tau siapa yang boleh jaga dia.

insan marhaen berkata...

kcs,

betul la tu. allah dekat dengan kita lebih dekat dari urat merih!

MaMa MoDeN berkata...

Salam Insan Marhaen,
dalam kebuntuan fikiran seorang isteri yg tak bdaya sperti ibu_suri mestilah soalan tu tak dapat dilarikan dr kotak fikirannya.

Isteri yg sihat boleh melayan suami sepenuhnya zahir & batin pun akan bfikiran macamtu, tambahan lah ibu_suri.

semoga IM boleh mjaga ibu_suri sepenuh jiwa raga hingga akhir hayat, janganlah hendaknya dlm keadaan ini akan hadir org ke3. tau hakikat IM bukan malaikat, hanya seorang lelaki yg punya hati, perasaan & nafsu tapi kesian kat ibu_suri kalau IM beralih kasih...

Insan Marhaen berkata...

insyaAllah, tidak. itu yang selalu aku doakan.

zai berkata...

Berkahwin lagi atau tidak, itu diluar kuasa kita...kita mungkin boleh merancang tapi Allah Maha Mengetahui kerana jodoh adalah antara perkara yg menjadi rahsia Allah..Tanyalah mana-mana isteri sekalipun pasti tak rela dimadukan tapi kalau dah ditakdirkan hidup bermadu haruslah redha kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hamba2nya..

MaMa MoDeN berkata...

salam zai,Insan Marhaen...
saya selalu kata kat suami kalau terfikir nak kahwin lagi, kahwinlah masa saya tengah sihat & berupaya. Dan kahwinlah kerana kebaikan yg ada pd saya bukan kahwin lain kerana keburukan saya.

Masa senang sihat kta bersama dalam suka mahupun duka, mengapa bila pasangan kita sakit kita mahu melukakan hati & perasannya yg dah sedia sakit..

Tanpa Nama berkata...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.