BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Jumaat, Mac 18, 2011

Terlupa Dia

Perut aku masih rasa senak. Pinggang juga rasa lenguh tak terkata. Aku tak pernah alami sakit sebegini sebelum ini. Aku cuma pernah dengar orang lain yang mengadu. Hari ini baru aku tahu rasanya bagaimana.

3 hari sudah aku ambil halfday leave. Semalam m/c. Isnin pula akan bercuti untuk ke KL. Pendekata, minggu ni aku banyak cuti dari bekerja. Mujur aku amalkan sikap kerja hari ini aku cuba habiskan hari ini. Dalam situasi keluargaku yang sebegini  aku perlu  siap siaga. Kereta mesti tip top. Petrol mesti jangan di tahap E. Cuti mesti simpan sedikit. Kad tol selalu ada kredit. Bankard juga mesti ada sedikit baki. Cash money mesti ada di 2 lokasi-lokasi selalu guna dan lokasi kecemasan. Bila lokasi kecemasan diguna, kena pergi bank untuk diganti semula. Kalau di bank juga tahap jingga, otak kena ditrigger untuk mencari sumber lain.

Alangkah bagusnya kalau begini aku rancang untuk masa hadapan. Masa yang mana aku sudah tidak ada talian hayat lain selain doa anak yang soleh, amal baik dan sedekah jariah semasa di dunia. Sayangnya aku cuma teringat Dia ketika aku sedang sakit. Bila aku sihat dan ketawa semula, aku terlupa akan hadirnya Dia!

22 ulasan:

ghost berkata...

kesakitan membuatkan kita menghargai masa sihat kita...

IMANSHAH berkata...

saya juga baru smpai ke kl ni..bercuti

Unknown berkata...

Insya-Allah, kita sama2 praktik kan tika susah pun kita ingat pada Dia, tika senang juga kita ingat selalu akan Dia..

ibundo berkata...

Lumrahnya begitu. Susah teringat. Bila senang terlupa. Tipisnya iman kita ni..

lagu di blog ni mengingatkan pada masa lalu....

Tanpa Nama berkata...

Kita merancang unt kehidupan di dunia.. tapi lalai merancang untuk kehidupan di sana nanti... itu peringatan dari sorang ustaz..

Kakzakie Purvit berkata...

Inilah kita manusia IM. Bila susah ingatan padaNya mandalam, kalau tidak akan alpa seketika. Tipisnya iman.....

Moga kita sentiasa ingat padaNya....

norh berkata...

mengharapkan rahmatNya untuk sentiasa dikasihiNya..

ibuintan berkata...

harapnya kita sentiasa ingat kepadaNya, saat susah n senang

ahmad humairi berkata...

terlupa dan tersedar,
lepas tu lupa balik,
sedar balik plak...begitulah iman yang turun naik...belum cukup mantop.

tehr berkata...

begitulah selalunya
kita terlupa Dia ketika senang

aLieF si Muncung ManiS berkata...

alief pun teringin nak ada perancangan yg teratur terutama dalam bab duit dan study..huhu

Unknown berkata...

selamat malam IM..
alhamdullilah..
ayu baru balik dari bercitu dikampung..

semoga IM dan keluarga sihat2 belaka,...


PS: alhamdullillah..blog IM dah bebas malware...

hentian berkata...

tk atas komen-komen. esok IM akan ke Ipoh; singgah jengok mak. kemudian ahad akan ke KL; boleh tengok adik dan alaong.

Isnin akan bersama adik ke CTOS.

Harap tak ada masalah besar yang menanti...

al-lavendari berkata...

bukan awak seorang sahaja yang begitu .. ramai juga (termasuk saya).
bila dalam kesusahan berdoa minta tolong denganNya sampai menangis-nangis lagi !

Adinda Amy Sensei berkata...

IM tak sihat ke??
apa pun....doa saya moga IM akan lekas sembuh dan kembali aktif seperti selaluuu ek

sud@is berkata...

Begitulah lumrah hidup IM
tapi syukur masih belum terlambat

Ali ridha berkata...

bila kita dah lama tak rasa sakit...kita lupa pada Pencipta...

Guru berkata...

bukan IM saja yang begitu, saya pun sama juga bila sakit baru teringatnya

Unknown berkata...

IM--
semoga apa yang dirancang hari ini, ahad -isnin dan esok2..sentiasa dirahmati olehNYA

Sham berkata...

okla tu IM,ada orang tu dah sakit pun tak ingat2 Dia lagi...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara kan...

Tanpa Nama berkata...

semoga cepat sihat IM!

LadyBird berkata...

smg sntiasa tbh..