Aku sepatutnya berterima kasih pada blogger Jendela Hati kelmarin. Dia jemput aku mengisi slot tazkirah pada grup usrah remaja yang dipimpinnya setiap hari Selasa. Minggu lepas lagi sebenarnya dia minta tapi aku tertagak-tagak.
Lebih kurang ada 6 orang remaja yang rata-ratanya lepasan SPM. Sejuk hatiku melihat mereka yang begitu rajin datang. Ada yang sejauh Sungai Petani semata-mata untuk menimba ilmu. Mengisi tanggungjawap sebagai pelatih duat di masa akan datang.
Buat pertama kali aku sendiri tak tahu nak bagi tazkirah apa. Sesekali ada sedikit rasa rendah diri sebab aku sendiripun sebenarnya perlu banyak ditakzkirahkan. Namun selaku khalifah, tentulah amanah yang dipikul perlu dilaksana sebaiknya.
Aku bagi 3 isi tazkirah.
1. Kita di dunia ini umpama sekuntum bunga Ros. Tumbuh sedari kudup kemudiannya kembang mekar dan akhirnya akan layu. Bila sudah layu kita tak akan dapat kembali lagi menjadi bunga semula. Sebaliknya akan jatuh ke bumi menjadi tanah. Maka selagimana kita hidup dan kembang mekar perlulah kita isi kehidupan ini dengan pekerjaan yang baik dan memberi guna kepada orang lain.
Kita dilahirkan sebagai Khalifah |
2. Kita hendaklah selalu mendidik diri kita supaya menjadi manusia yang memberi guna kepada orang lain. Didikan dari masa masih muda ini perlu kerana akhirnya kelak didikan ini akan menjadi satu tabiat pabila kita telah dewasa.
3. Kita jangan jadi seperti jari telunjuk yang kerjanya hanya menunjuk atau menyalahkan orang lain. Jadilah seperti ibu jari yang selalu memberi isyarat bagus. Jadilah seperti lebah yang sentiasa mencari madu. Jangan jadi seperti lalat yang selalu hinggap di kekotoran.
Tak pastilah samada anak-anak usrah JH ini dapat menerima dan memahami isi tazkirah yang aku sampaikan kerana aku sendiri berasa agak gemuruh dan ntah apa-apa semasa memberi point-point tersebut. Kekadang semasa berucap aku kehilangan track yang sebelum itu aku sudah lakarkan dalam kepala. Namun aku sempatkan tinggalkan mereka dengan kata-kata hikmat oleh Khalil Gibran begini:
'Si Optrimis hanya melihat kembang Ros tanpa memperdulikan durinya sedangkan si Pesimis hanya melihat duri tanpa melihat kembang Ros.'
Apa-apa pun aku rasa seronok dan tiba-tiba rindu pada suasana usrah yang aku sendiri sudah lama ketinggalan.
Aku harap satu hari nanti aku dapat kembali bersama sahabat-sahabatku; berusrah, berqiamullail dan bermuqayyam bersama!
Aku tetiba terkenang pada anak-anakku yang satu ketika dulu begitu rajin mengikuti aku ke program-program agama dan kemasyarakatan namun kini masing-masing pergi mengikut haluan sendiri dan ada yang aku sendiri tidak tahu di mana hari ini!
8 ulasan:
salam IM..begitu menarik dan bagus perumpamaan yg diberi...saya tumpang seronok bila ada remaja yg bersungguh2 mencari ilmu...membina ketahanan diri..disebalik begitu ramai remaja yg tertewas dgn pancaroba dunia..
Tahniah IM
Hebat dan mendalam isi penyampaian , lepasan SPM sudah boleh faham..
Tentang2 anak tu, hanya x putus doa dan tawakkal padaNYA
Insyaaalah suatu hari dorang faham erti kasih sayang ibubapa
Assalamualaikum IM,
Kita memang kena selalu diingatkan supaya kita tidak lupa dan lalai.
Baguslan dapat membimbing remaja2 tu menyusuri jalan yang betul dalam menempuh hidup mereka.
'Si Optrimis hanya melihat kembang Ros tanpa memperdulikan durinya sedangkan si Pesimis hanya melihat duri tanpa melihat kembang Ros.'
sangat mengesankan kata-kata khalil gibran nih
ASSALAMUALAIKUM...
IM..
ayu bernasib baik mengenali IM...dapat syer bersama ilmiah..
besar pahala dan ganjaran utk IM disana..
sabar dan bertawakal yer,,insyallah satu hari mereka pasti pulang
kamsiah,
membina ketahanan diri perlu bermula dari bawah. dari awal usia dan dari asas tarbiah.
sud@is,
harapnya, bila dewasa mereka mengerti pengorbanan ibubapa seperti kita baru mengerti pengorbanan ibubapa kita hari ini.
kunang-kunang,
IM memang suka berkongsi pengalaman dan ingat mengingati orang lain walaupun IM sendiri ntah apa-apa.
ghost writer,
ada banyak lagi mutiara kata Khalil Gibran ni. IM dah lupa.
Citarasa Rinduan,
ya.. selain usaha, sabar ajelah yang dapat IM lakukan.
** tkasih atas komen +ve dari kalian semua..
Lady suka ayat ni :
'Si Optrimis hanya melihat kembang Ros tanpa memperdulikan durinya sedangkan si Pesimis hanya melihat duri tanpa melihat kembang Ros.'
p/s : marhain, lady sebenarnyadah lama x aktif dlm blog.. lady br je aktif balik ni.. tp bila lady masuk blog marhain.. rs lain.. berubah.. kenapa yer? marhain ade mslh ke? lady dh tgl x berblogwalking dh berbulan2.. sebab tu x sedar perubahan ni.. maaf yer kalau lady x sepatutnye bertanya.. :(
ladybird,
IM dari dulu sampai kini ginilah. tak berubah apa pun. cuma masaalah tu yang datang silih berganti.
jangan lupa aktif balik blogging, ya..blogging lebih informatif dan mesra...
Catat Ulasan