Aku balik kampung semalam. Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh, Perak – tempat aku membesar dengan polis sentri, kondang-kondi, galah panjang, aci nyorok, masak-masak, baling selipar, pangkah gasing, batu seremban, tepuk gambar, biji getah, dam apit, dam aji, guli susu, ikan spilai, ikan guppy dan getah bulat.
Juga tempat aku jual botol untuk belanja sekolah, toreh getah, mendulang bijih, cari pucuk paku, pucuk ubi, timba air dari telaga, mandi sungai Kak Sitah, naik rakit batang pisang ketika bajir, rakit buluh, lemas kerana tak tahu berenang, berkelah dan mandi sungai di bulan Safar, berarak maulud dan bermarhaban.
Tak ketinggalan juga tempat aku mencari setem di tong sapah hospital, curi kacang tanah di kebun Cina tepi landasan keretapi, baling botol kaca di tiang talipon, baling gerabak penumpang keretapi dengan ketul tanah, panjat gunung Mat Sirat, pecah pot getah di kebun Kak Naha dan paling aku tak boleh lupa curi duit syiling dari poket seluar kerja abah.
Aku sempat lihat kereta Hillman, Moris Minor, Mini Cooper dan Volkswagen menjalar di jalanraya, menonotn wayang pacak dengan drama muhibbah Atap Genting Atap Rumbia, turut edar air minuman untuk kempen pilihararaya UMNO, ikut rombongan belia 4B melawat Kampong Ulu Chemor, beli tikam dengan belanja duit sekolah, beli air
lamonate dengan beberapa keeping syiling 1 sen, menyambut kedatangan Tun Abdul Razak di lapangan terbang dengan memakai seragam sekolah sambil mengibar bendera Malaysia, menonton perlawanan tinju Muhammad Ali
vs Joe Bugner di dewan sekolah, menghantar karya ke Radio Ipoh, majallah Bujal dan Utusan Pelajar serta menghabiskan duit raya di kedai
game dekat panggung
Cathay dan tonton filem
Kati Patang dengan mak saudara.
Aku masih tak lupa akan jam abah jenama Titus dan Titoni. Tak pernah
miss menonton cerita hitam putih walaupun tv di rumah jiran seperti Mannix, Voyage To The Bottom Of The Sea, Land Of The Giant, Lost Of the Island, Star Strek, High Chapparal, Flint Stone, CHIPs, Potret Pekerti, The Man From UNCLE dan Planet Of The Apes.
Namun semalam di kampung, aku lebih banyak tidur dari melayani ibu_suri. Entah kenapa badan aku rasa tak selesa dan mengantuk. Hinggakan aku perasan ibu_suri marah bila beberapa kali mak aku mengajak;
 |
Hidup ini samada YA atau
TIDAK sahaja. |
“Makan le. Nasi banyak lagi.”
Dan lagi;
“IM, makan le sebelum balik ni. Lauk banyak lagi tu”
Aku jamah juga makanan walaupun tak terasa lapar. Aku duduk di sisi ibu_suri dan umpan marahnya dengan menyuap nasi tapi ibu_suri masih berkata;
“Tak mau!” …. serius.
Aku tahu, dia marah. Aku cepat-cepat mandi dan kemas beg. Janji aku untuk kerumah adik beradik dan saudara untuk mengedar kad kenduri kahwin Angah perlu disegerakan.
Dalam kereta, ibu_suri lebih banyak diam. Aku perasan sehari-dua ini aku sedikit lalai dalam memberinya makan ubat mengikut jadual. Dan beberapa kali kemahuannya aku bantah. Semacam ada kejemuan dan rasa tidak bebas di dalam diri.
Entahlah, kekadang aku ini pun satu juga. Mana boleh ada perkataan malas dalam kamus hidup. Hidup mesti sentiasa komited dan sabar! Uuuuuuu…..