BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Mac 05, 2011

Oh Laptopku!

Tak tahu nak cerita bagaimana. Laptop yang aku sayangi boleh hilang dalam sekelip mata. Laptop yang aku beli dari duit yang aku kumpul sejak umur 22 hingga hari ini boleh lesap tanpa sebarang ucap pamit.

Aku tak sempat guna sepenuhnya laptop itu. Simpan dan hanya menggunakannya bila bawa ibu_suri berjalan jauh. Simpan dengan hasrat untuk menggunaknnya bila sudah pencen nanti. Bilamana masa itu tinggal aku seorang sahaja mengisi sisa-sisa hidup yang ada dengan kerja-kerja amal. Itu cita-citaku. Cita-cita yang tersorok jauh ke dalam dada.

"Hati ayah bengkak. Ayah cukup kecewa." luahku kepada Angah.

Tapi mereka atau dia tak rasa apa-apa. Mereka atau dia  tak tahu apa-apa. Mereka atau dia masih muda. Masih belum jerih membahu beban dunia.

Apa yang dapat aku kata. Hanya menarik nafas panjang dan dalam serta redha.

"Susah menjadi lelaki tak pandai marah macam ayah." getus ku lagi.

Angah hanya memandang dinding di hadapan yang bisu dan kaku. Kasihan Angah, selalunya menjadi tempat aku meluahkan rasa kesalku. Kalau tidak pada dia, pada siapa lagi!


foto hiasan dari farid scorpio

18 ulasan:

sud@is berkata...

isshhh kacau cam ni...macam mana boleh jadi cam tu IM
ada pencuri masuk rumah ka?

Unknown berkata...

selamat petang IM

salam takziah utk IM...nampak gayanya memang agak misteri..

sabar yer IM..

Kamsiah yusoff berkata...

IM..camne leh hilang...lappy tu berada dlm rumah ke,dlm kereta ke...?

Cikgu Tie berkata...

kesiannya...
Ada sesiapa yang pinjam dan tak sempat bagi tau kot...
Jangan-jangan hantu kepala hitam ambil!

Kakcik Seroja berkata...

Apa yang dapat kakcik katakan selain dari ucapan simpati... :(

tun_telani berkata...

IM, camner blh hilang?

hentian berkata...

sudais,
rumah penuh grill. camna pulak pencuri boleh masuk..

CR,
IM sabar. along dan angah nampaknya tak sabar..

kamsiah,
lappy tu dalam almari.

cikgu tie,
ada ke hantu kepala putih.. buat suspen la pulak!

kak cik,
yalah.. ucap simpati itu dah lebih dari baik.. tk!

ibuintan berkata...

rasa kecewa yg tak terucap tentunya

kesian IM, macam mana boleh hilang tu.... dugaan lagi

roslaini saad berkata...

anak-anak biasanya tak tahu apa nilai barang yang kita beli..hilang barang kita tak ada makna bagi mereka...
laptop saya walau tak hilang..tapi dah mula meragam...ini dah laptop kedua...dah sediakan PC untuk mereka,,tapi masih nak belasah laptop saya...habis camana nak elok kawan ni....sabbor je laa...
tapi laptop IM camana boleh hilang..??

IMANSHAH berkata...

saya juga mengalami kemurungan..laptop rosak...adus

Guru berkata...

ishh pelik juga ya, hilang dari dlm rumah yang bergrill .

takziah atas musibah, moga Allah menggantikan yang lebih baik

hentian berkata...

ibuintan,
IM tahu hilang itu bagaimana. biarlah..

rs,
laptop IM yang hilang ini adalah yang ke2. laptop pertama rosak keyboardnya sebelum hutang langsai..

imanshah,
laptop rosak macam handphone rosak, susahnya..

a kl citizen,
cara hilangnya tu tak pelik. tapi pencuri itu tega untuk mencurinya tu yang buat IM keluh panjang...

aLieF si Muncung ManiS berkata...

tak ape..sabar je..pasti ada hikmah di sebalik semua ni...

al-lavendari berkata...

memang amat mengecewa dan menyakitkan hati bagi seorang blogger yang kehilangan lappy ..

ibarat kaki pancing kehilangan joran !

hentian berkata...

alief,
hikmahnya mungkin tuhan nak sedarkan IM atas kesilapan IM yang lalu.

al-lavendari,
ibarat kereta kehilangan stereng....huh!

Sham berkata...

alamak camana boleh ilang plak IM...steadylah IM masih boleh cool...

hrusli61 berkata...

JH pun pernah kehilangan laptop suatu ketika dahulu.

Sabar dan redha itu penawar mujarab dan mesti terus berkarya.

Cik SHiNJU berkata...

As salam IM..

Maafkan lah dia dan doakan dia mendapat hidayahNYA...

Ade doa untuk orang yang kehilangan barang..IM pun tau kan..