BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Mac 27, 2011

Tekanan

Bagaimana agaknya sikap kalian bila berada dalam tekanan yang memuncak?

IM hadiri satu majlis perkahwinan semalam. Bukan orang lain, saudara ibu_suri. Kira saudara IM jugalah. Majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Tu pun, kira ratus orang juga yang datang. 

Penang memang musim hujan yang tak menentu. Semalam, hujan sedari pagi hingga petang. Urusan menyiapkan khemah kenduri jadi serba basah. Lauk pauk yang di amanahkan kepada orang lain untuk memasak masih belum sampai. Majlis tahlil yang bermula jam 11.30 sudah berakhir. Bila dijemput mereka ke meja untuk jamuan, cuma yang ada lauk pauk. Nasi?

Ketika itu aku sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Aku terus ambil inisiatif mengelola hidangan meja. Mujur ada nasi rupanya. Masih panas. Hmmm.... Aku mengaut nasi dan isi ke dalam pinggan demi pinggan. Bila nasi di situ habis aku memberitahu tuan rumah.... nasi dah habis!

Tuan rumah masuk ke dapur dan bertanya isterinya... Mana XXXX tak sampai lagi ni. Dok  'on the way' dari tadi?

"Tak tahulah bang....Hujan macam ni lambat sikit kut. Sabaq la..."

"Aku dah agak dah.... aku dah agak dah...." suaranya tinggi sambil menepuk dahi dan terus tumbang!

Kelam labut aku dan beberapa orang menguruskan dia.

"Abang memang macam tu. Bukan boleh tertekan sikit...!"

Masa majlis perkahwinan anaknya lelakinya tahun lalu juga begitu. Dia tumbang lansung terhantuk ke mesin basuh. Terpaksa digegaskan ke hospital kerana mulut berbuih. Aku ambil alih tugasan sebagai tuan rumah untuk menyambut tetamu yang datang.

15 ulasan:

ibuintan berkata...

assalamualaikum IM,

kesiannya... tak patutnya jadi macam tu, tentu kucar kacir majlis tu bila makanan lambat sampai

ibundo berkata...

salam.
kenduri kendara apatah lagi kenduri kahwin adalah antara masa masa tuan rumah rasa sangat tertekan. Apatah lagi kalau hidangan tak sampai-sampai sedangkan tetamu sudah menunggu.
Kesiannya.
IM nanti masa kenduri kena relek.

Unknown berkata...

Salam IM
bila dah dua kali jadi mcmtu lain kali pastikan tuan rumah duduk diam2..minta saudara terdekat yg uruskan...

norh berkata...

bab kenduri ni, memang kena bersedia utk benda yg tak diduga..banyak2 berdoa agar dipermudahkan...

Sham berkata...

penyakit sawan ke...?tak boleh main2 camtu woo...

Benjy berkata...

Saya mentafsirkan tekanan dengan nilai 100% ... ada orang boleh tahan tekanan 10% je ... ada pula 50%,... yang otai sikit mungkin 80% ..., kalau dah standard CEO dan PM, rasanya 99.99% kot ... manusia berbeza ... daya ketahanan pun berbeza ... yang penting bagaimana diri kita sendiri menerima dan mengurus tekanan tersebut mengikut cara sendiri agar ia meminimumkan risiko tersebut ... (mohon kaunseling pakar )

Adinda Amy Sensei berkata...

isshhh kesiannye kat dia...ni memang tak bole stress laa ni

tehr berkata...

sakit apa sebenarnya ni
darah tinggi ke?

moga2 beliau dah kembali sihat sekarang

Unknown berkata...

selamat malam IM..
rindu nak singgah sini..
alhamdullilah..FIL ayu dah semakin sembuh.........

PS: rasanya memang dia tak sesuai uruskan majlis...kena serah pada sahabat atau sanak saudara.kesiannya nasib dia..

Benjy berkata...

Serius nak kata ... tekanan memang tinggi kalau satu majlis kahwin cerca merba kerana masyarakat kita meletakkan majlis perkahwinan pada status yang cukup tinggi ... orang akan mengata tak elok pada kita kalau majlis kahwin tunggang langang lebih2 lagi bab-bab makan ... (aku rasa CEO dan PM pun akan menurun tahap ketahanan menahan tekanan sehingga 70% rasanya)

NzA berkata...

kesiannya...org camni xboleh stress....

hrusli61 berkata...

Ini satu pengalaman yang patut dijadikan tauladan agar kita jaga kesihatan dengan baik. Membuat perancangan dan persiapan agar dapat dikurangkan masalah yang mungkin timbul.

Urusan perkhawinan ini kena ada beberapa pembantu untuk urusan-urusan yang ditetapkan.

Jzk IM sudi berkongsi pengalaman ini.

Kakcik Seroja berkata...

Tidak ramai yang boleh bertenang bila menghadapi keadaan luar jangka yang melibatkan bukan hanya kita...

ghost berkata...

pergh...tekanan yang membawa kepada strok pon ade bukan...

sangat bahaya..risau ia lebih teruk dari pengsan.

ong ong kedek kedek berkata...

salam IM, saye kalo tertekan komfem migrain datang...