BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, Mac 01, 2011

Sembahyang Dalam Kereta

2 hari di ujung minggu baru ni banyak masa dihabiskan membawa ibu_suri jalan-jalan. Hari Sabtu ke Selatan dan hari Ahad ke Utara. Saje jer.. jalan tanpa tujuan. Boring..boring.. itu jerit ibu_suri sepanjang hari yang silih berganti hinggalah ke ujung minggu.

Menjadi masalah juga bila hendak singgah di masjid yang tidak ada kemudahan untuk orang yang uzur macam ibu_suri. Tiada kerusi yang boleh digunakan untuk sembahyang duduk. Malah lebih sedih, ada masjid yang tempat solat wanitanya di tingkat 2. Yang tandasnya jauh dari ruang solat, tiada paip air malah kotor dengan pam yang rosak.

" I sembahyang kat rumah aje lah.." Akhirnya ibu_suri rasa kecewa.

"Takpa, you sembahyang dalam kereta saja. You masih ada air sembahyang kan?" Hem, seperti selalu ibu_suri boleh pertahankan wudhuknya dalam tempoh yang agak lama berbanding aku yang cepat batal kerana selalu saja keluar 'angin'.

"Macam mana?"

Aku membelokkan kereta supaya betul-betul menghadap kiblat dengan berpandukan arah ruang solat. Aku ambil sarung tangan ibu_suri yang memang aku ambil siap-siap dari rumah.

"Boleh ke sembahyang begini sahaja? Tak payah telekong?"

"Tak payah. Asalkan tutup aurat. Baju dan tudung ni dah lebih dari ok."

Wajah aku direnungnya minta kepastian. Dan aku memang pasti. Itulah untungnya pengalaman aku bermuqayyam dan bermusafir bersama-sama teman jamaah. Kesemua ini aku dapat pelajari di sana. Yang penting, sembahyang tiada istilah qadha-qadhaan...

Mujurnya, kereta aku bersih kerana aku memang selalu menjaganya agar dalam keadaan tip top! Pada aku, kereta adalah keperluan ke 3 selepas rumah dan komputer.

Lagipun, hanya kami berdua sahaja yang menggunakannya. Anak-anak cuma sesekali...

18 ulasan:

tehr berkata...

salam
inilah masalahnya, ruang solat wanita kadangnya di tingkat atas
pelik juga mereka ni buat plan masjid

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah, dalam keadaan dirinya yang tidak begitu sihat, ibu_suri tetap menjaga solatnya.

Unknown berkata...

terdetik di hati...
alangkah hikmatnya dalam keadaan sihat jika ayu terlepas solat..

IM........teruskan bersabar..sungguh mulia anda dan ibu suri...

syukran........

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah begitulah caranya nak jaga solat, di mana-mana pun boleh..

Kakzakie Purvit berkata...

Assalamualaikum IM,

Betul solat tidak boleh diqadakkan. Waima dalam keadaan terlentang sakit selagi akal waras wajib ditunaikan. Syukur IM amat prihatin dlm soal ini.

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

tahniah IM.
Moga menjadi contoh teladan buat saya.

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
IM dah memberi panduan berguna untuk mereka yang mempunyai alasan sebab2 kesihatan yang boleh dicontohi...

hentian berkata...

muga IM dan kita terus dapat 'mendirikan' sembahyang dengan sebaiknya kerana itu adalah tiang agama.

runtuh solat, runtuhlah agama.

IM menulis untuk diri IM sebenarnya yang selalu sangat alpa dalam 'mendirikan' sembahyang...

tun_telani berkata...

Alhamdulillah...

teringat zaman2 berjaulah suatu ketika dahulu (masa kt uni).. mmg sepatutnya pakaian diluar sepatutnya menutup aurat sama mcm ketika sembahyang..
*ingatkan diri sendiri jua yg kdg2 terikut2 dgn fesyen semasa.

ibundo berkata...

alhamdulillah.

ong ong kedek kedek berkata...

Islam tu mudah kan :) syukur

hrusli61 berkata...

JH pernah solat dalam kereta di atas Jembatan PP. Masa itu jam teruk dan waktu Maghrib hampir lupus.

hentian berkata...

dalam memilih ruksah semasa melaksanakan ibadah perlu didasari dengan ilmu dan kefahaman.

apa-apa pun keikhlasan lebih di dahulukan.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
Alhamdulillah...kerana sesetengah org...demam sikit ja dah tak solat...jalan jauh ja..dah tak solat sedangkan masjid berderet kat tepi jalan..

khai berkata...

Salam IM, dulu kat UK solat dlm keta tu biasa sbb mmg xda tempat yg selesa atau sesuai nk solat cam kat mesia. kat mesia ni pula, walau kemudahan ada tetapi nmpknya masih ramai yg tidak 'menghayati' solat. moga Allah memelihara kita agar tidak tergolong dlm org2 yg lalai. amin..

KELI OH KELI berkata...

perkongsian pengalaman yang menarik..betul IM..islam itu mudah sekali..tidak sesekali membebankan kita..

iKaN kELi HaSiL dARiPaDA BaHaN KiTar SemULa"

NzA berkata...

Islam mmg mudah n xmenyusahkan sesiapa...di mana2 pn kita boleh beribadat pdNya......

aLieF si Muncung ManiS berkata...

alief pun sama..susah nak tahan wuduk lama2..sebb selalu kentut..hahha..