Aku ke KL untuk melihat apa sebenarnya yang tercatat dalam rekod CTOS hinggakan aku tak layak membuat pinjaman. Rupanya salah satu ialah laptop yang aku beli entah zaman bila masih belum selesai kesnya. Aku masih terhutang sekian RM.
"Tapi you tak bagitau pun yang saya perlu bayar sebanyak itu. Surat apa pun tak ada?"
"You ada tukar no talipon ka? 012 bla..bla.. bla.. ini you masih guna?"
"I dah tukar Celcom."
"Ha... itu pasal la... I pun not sure sebab kes awak ni dulu orang lain yang handle!"
Huuu... malas aku nak sembang panjang. Senang aje bunyinya. Bila gagal hubungi pelanggannya, dia letak nama kita dalam CTOS. Dia tahu, lambat laun, pelanggan tersebut pasti akan hubungi semula mereka seperti keadaan aku sekarang ini.
Nyampangnya emosi ibu_suri ok selama aku ke KL ini. Walaupun tekak aku pedih, badan seram sejuk dan jiwa sedikit lemah namun aku gagahi juga memandu dalam hujan lebat sepanjang jalan pergi dan balik KL.
18 ulasan:
patutnya, hubungilah guna alamat surat menyurat kan.. sampai kena CTOS pulak..
huh... memang tak patut, kalau puluh ribu ke takpe jugak..
memang sengal syarikat tu
Pengalaman IM patut kita jadikan teladan agar lebih peka dengan pinjaman sebegini. Terima kasih di atas pengkongsian ini.
Semoga Allah swt meringankan bebanan hutang kita.
setahu saya CTOS untuk jumlah terhutang 10k ke atas je..hmm..bab-bab financial status ni memang kritikal sekarang...bank punya check sampai ke lubang cacing...haih...
ada yang lebih menyedihkan, penjamin pun boleh sangkut di CTOS.
sedih bila dengar cerita mereka yang terlibat...
abih...camana?hrp2 dah settle la eh...nk clear nama pun susah tu...
macam lah dowang cuma ada satu pilihan saja dalam menghubungi seseorang.sedangkan semuanya sudah tersedia dalam file dowang..
untuk bersihkan nama dari CTOS tu, kena settle la baki hutang kat kedai berkenaan. baki campur denda lewat bayar dan bla..bla.. boleh beli satu lagi laptop baru!
Ujian yang tak pernah sudah....
Eh! kanke ada ejen yang boleh luluskan pinjaman...blacklistke, Ctos ke, bawah 60% ke....Aku selalu dapat flyer san sms cenggitu, tapi maleh aku layan.
semoga urusan dipermudahkan.....
nape x minta pandangan Biro Aduan Awam... sbb klu x silap diorg nie pun bukan suka2 bleh black list nama org...
SALAM
IM...lepas satu...satu dugaan datang..hanya yg berjiwa kental mcm awak ja mapu handle semua keadaan ni...
semog aibu suri semakin baik kesihatannya
Akak dah lama tak singgah rumah IM. Semoga Ibusuri beransur segar.
memang ada yang boleh bagi pinjam walaupun diblaclist.... ah long!
khidmat selepas jualan masih menyedihkan di negara kita ni
sudahnya pengguna juga yang kerugian
sabar.. pasti ada hikmahnya.. :)..
CTOS..aduh...seram ku mendengar nama itu...
BON VOYAGE!BERLAYAR JAUH DENGAN SAMPAN IKAN KELI
Catat Ulasan