BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Mac 26, 2011

Aku Percaya

Kesihatan aku masih lagi berlegar-legar dalam badan. Sekejap kebah, sekejap lemah. Walaupun ramai orang kata ibu_suri dah nampak ok, namun keperluan dia setiap hari tak boleh tidak mesti dipenuhi. Ini membuatkan aku tidak ada masa untuk merihatkan diri kecuali bila lepas 12 malam.

Rumah usah dikata. Tak berkemas sebulan lebih. Malu rasanya kalau ada tetamu yang datang. Luar rumah juga berselerak. Hendaknya hujan asyik mencurah turun sahaja dah hampir seminggu lebih.

Aku masih beruntung juga kerana punyai Along dan Angah yang walaupun tidak membantu secara terus tapi menyokong aku dari belakang. Akhmal tidak tahu tinggal di mana. Cuma, bila aku tiada dia datang jenguk ibu_suri. Itupun aku tahu, kerana mahu ambil duit belanja saku.

kida
Bila aku renung semula, ini semua adalah kifarah dari dosa-dosaku masa lalu, agaknya. Kecuaian aku dalam menjaga amal ibadah, kecuaian aku dalam memikul amanah dan kecuaian aku dalam menjalankan tanggungjawap sebagai anak, kawan, saudara dan ketua keluarga.

Apapun, aku masih bersyukur kerana masih diberi waktu untuk memperbaiki mana yang rosak dan menambah mana yang kurang dalam bekalanku menuju hari yang satu. Aku percaya, Allah masih memandang ke wajahku ketika aku berdoa padaNya dan masih mendengar keluhanku ketika aku memohon padaNya!

Mak... InsyaAllah, aku akan selalu jenguk kamu di kampung selagi aku terdaya. Usah bimbangkan Kida di PULAPOL. Muga dia dijauhi dari penyakit yang membawa maut itu!

17 ulasan:

Unknown berkata...

Assalam IM..
usah merintih...mungkin nasib kita agak serupa..berbagai2 dugaan tak henti melanda..dri dulu hingga sekarang..semuanya kerana Allah sayang pada kita lalu diberi dugaan itu supaya kita sentiasa mendekatkan diri padaNYA..
namun IM kena ingat jaga kesihatan juga,andai IM juga tak sihat bagaimana mahu menjaga ibusuri..alhamdulillah IM diberi kesedaran sebelum betul2 terlewat..masih ada waktu untuk memperbaikinya insyallah...jangan berhenti berdoa.

Granny Hani berkata...

betul kata nyanyisunyi tu..
jagalah kesihatan diri demi orang lain..
jgn jadi lilin yg membakar diri untuk menerangi org lain tapi jadi lah lampu energy saver...bijak dan menjimatkan...
semoga kita teregolong dlm golongan org2 yg redha dan tabah.

Ariff Budiman berkata...

Beruntungnya jika Allah memberi kita akan kesedaran itu terlebih awal. lagi satu IM lagu kasih sayang ni cukup best kepada saya. Banyak nostalgia dengan lagu ini.

norh berkata...

semoga IM kembali sihat ya..
DIA uji IM sebab DIA sayangkan IM..

ibuintan berkata...

beratnya bebanan IM..

ujian Nya dalam berbagai bentuk dan cara, moga IM tabah

sud@is berkata...

luahkan disini IM kalau luahan itu boleh meringan mereleasekan tekanan
jangan disimpan nnt membengkak dan pecah....
wpun kwn2 pd zahirnya x dpt menolong
tp sokongan moral xpernah luak

hentian berkata...

insyaAllah, IM akan tetap bertahan. IM tahu semua manusia akan menghadapi dugaan. Itu lumrah kehidupan...

Kamsiah yusoff berkata...

salam
sayu juga membaca luahan IM ni...namun yg lbh sayu..kesedaran dan keinsafan yg diberi sebelum terlambat...bkn semua org mendapat taufik dan hidayahNYA...

NzA berkata...

Alhamdulillah, bila kita muhasabah diri baru kita trsedar dr tidur..setiap ujian yg Allah dtgkan supaya kita makin dekat dgnnya...

IM cuba amalkan brdoa seawal pagi sebelum subuh menjelang...Insyallah masa itu doa2 kita diperkenankan Allah swt.dimulai dgn:
berselawat 21X
al-fatihah 1X
al-ikhlas 3X

tehr berkata...

aku juga percaya
allah masih sayangkan aku

...dan aku masih ingat segala kesalahan aku padaNYA

Insan Perihatin berkata...

Dugaan kerja Allah. Amanah kerja kita. Amanah sebagai khalifah untuk mengurus bumi. Bumi ini termasuk diri sendiri, anak isteri, keluarga, kerjaya, masyarakat dan negara. Belum kira binatang, tumbuhan dan sebagainya. Tetapi mengapa kita cuma urus diri dan keluarga sahaja. Mana tanggung-jawab masyarakat kita.

Dulu kita sibuk benda yang sama maka sekarang juga benda yang sama. Maka sudah tentu Allah akan sibukkan kita untuk benda sama yang kita suka uruskan. Bila kita sebegini kita minta Allah ubah nasib yang kita sendiri pilih dahulu.

Berubahlah angkat tempurung itu kerana langit dunia lebih luas. Pengetahuan dan penyelesaian tidak mencukupi jika hanya keluhan sahaja. Lakukan apa yang patut dilakukan bunkan bertanya bila akan aku lakukannya.

Sertailah gerakan jamaah Islam yang sangat-sangat memerlukan tenaga kita. Tungku yang satu atau dua tidak akan mampu mengimbangi periuk masakan kita. Perjuangan tidak cukup hanya di dalam rumah sendiri sahaja.

ghost berkata...

semua itu adalah takdir Tuhan untuk menguji hamba2nya yang taat dan selalu bersyukur dengan-NYA..

hentian berkata...

ya.. kerana ini adalah takdir Tuhan, IM tetap tabah dan sabar melaluinya..

MulutPayau berkata...

Kita semua tetap di uji...namun dari sudut yg berbeza...Semoga IM tetap tabah dan sabar mnghadapi ujian dariNYA...

Unknown berkata...

betul tu, IM..kena selalu YAKIN dan PERCAYA yg Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yg sabar dan tawadhu' dalam kehidupan sementara ini..Teruskn prjuangan, moga Allah mmberi kesembuhan terbaek buat IM..Moga kata2 semnagat mrk yg mmberi kunjungn pada blog IM trus menyemarakkan kemampuan IM secara berterusan..~

hentian berkata...

Insan Prihatin,

tk atas teguran yang begitu positif buat IM. IM sedar dan selalu memikirkan itu semua. Doakan IM agar mampu kembali ke persada masyarakat.

Memang itu pun cita-cita IM...

Insan Perihatin berkata...

Doa, doa juga IM, cita-cita tetap cita-cita. Sebenar semua kita mampu ke persada masyarakat. Buatlah yang terbaik mengikut kadaran yang termampu dan bukan melepaskannya semua. Tujuh hari seminggu berikan sehari sudah cukup baik. Dua puluh empat jam sehari beri satu atau dua jam sudah cukup baik. Mulakan pada minggu depan. Jangan tunggu-tunggu lagi.