Dapat tahu, blogger Warna Nostalgia (WN) kini berada di Hospital Pantai, Bayan baru, Pulau Pinang kerana demam bercampur bengkak di tangan. Aku ingin ucap takziah buat beliau dan berdoa muga beliau terus tabah menjalani kehidupan yang semakin petang.
Warna Nostalgia |
WN adalah antara beberapa sahabatku yang akrab. Kami dan blogger Jendela Hati sama-sama menyertai Jamaah Islah Malaysia, menubuh kumpulan nasyid Muhajjir dimana WN adalah pemain bonggo dan juga menyertai Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Beliau juga aktif sebagai AJK surau di flat kediamannya.
WN juga seperti aku. Pernah melalui saat getir dan perih dalam menjaga isteri mulanya dahulu yang mengalami apa yang diistilah sebagai buatan orang yang dengki. Selepas isteri mulanya meninggal dunia, hidupnya kini terurus dengan kehadiran isteri baru.
Istimewanya WN ialah beliau dikurniakan oleh Allah kelebihan untuk melihat makhlok yang di luar dari alam nyata yang kita manusia tidak boleh melihatnya.
Apa-apa pun, kita sebagai penggiat dunia blog, marilah sesama berdoa muga beliau akan terus sihat dan dapat kembali meneruskan amal ibadah disamping terus berblogging. Sekalipun kita tidak dapat menziarahinya di hospital, memadai dengan menziarahinya di sini.
WN, Agi idup Agi ngelaban!
19 ulasan:
semoga blogger WN...semakin kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.......
PS: mulia hati IM.......
Semoga Sdr Arif Budiman segera sembuh dan dapat keluar dari hospital untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Salam IM,
Kakak turut ingin menitip kata moga En. Arif Budiman segera sembuh dan tabah dengan ujian dari Allah...
salam IM
semoga sahabat anda beroleh kekuatan menghadapi ujian ALLAH....pasti ada hikmah yg tak terjangkau dek akal kita
Semoga WN segera sembuh dan dapat meneruskan kehidupan secara normal.
semangat persahabatan yang harmoni..
semoga dia cepat sembuh.
semoga WN diberi ketabahan dalam menjalani ujian
السلم عليكم ورحمة الله
Moga Allah kurniakan kembali kesihatannya...
semoga WN cepat sembuh dan jalani kehidupan seperti biasa..
cepat sembuh wahai sobat dengan izin Allah
Fakta tak tepat.
4 hari lepas WN dok seronok round Rantau Panjang, shopping hahaha.
tak kenal WN namun doa ku panjatkan moga segera sembuh...
bearcat,
tu la..ntah sapa bagi maklumat salah. ketawa besar IM bila jumpa WN tadi petang. ada maklumat lagi sempoi... dah seminggu WN demam!
maklumat dah IM perbetulkan..
Takziah buat WN...
Semoga cepat sembuh..
Salam semua
Pertama WN ingin merakam jutaan terima kepada semua yang mendoakan saya. sebenarnya sejak berada di Kelantan WN mengalami demam pada waktu malam sehinggakan seluruh sendi sakit dan lengan bengkak. Semua ini disebabkan bermain badminton walaupun sakit. Akhirnya bila tiba di Penang tak dapat tahan lagi sakitnya dan terus masuk wad. Kini masih lagi di dalam wad. terima kasih sekali lagi kepada semua. kita adalah sudara seislam
salam..
lega akhirnya...
rupanya en ariff budiman dah dalam kombinasi yang stabil..
mudah2 cepat sembuh yer..
IM>.....ibu suri apa khabar?
salam,
moga sdr AB cepat sembuh
sama2 kita brdoa utk kesejahteraan WN...Insyallah.
terus semangat
sukses selalu
salam hangat dari blue
apa kabarnya
Catat Ulasan