BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, Februari 22, 2011

Di Manakah Silapku?

Semalam sahaja Akhmal meracau sebanyak 3 kali. Sekali bila pagi. Dia ketawa sambil membilang jari. Kemudian ketawa sambil menunjuk ke siling. Mundar mandir dan ketawa melihat aku. Di bilik ibu_suri masih tidur. Angah juga. Aku sendirian mengadap fenomena yang meresahkan ini. Aku pegang Akhmal. Aku baca 3 Qul dan Kursi. Tak lama kemudian dia diam. Aku ajak dia mandi. Saranan bomoh supaya Akhmal mandi limau dan minum air penawar perlu aku buat sebelum tengahari. Alhamdulillah, selesai dengan sempurna.

Petang Akhmal buat hal lagi. Kali ini dia menangis seperti ketakutan. Menarik baju aku. Aku panggil Angah yang rupanya tidak pernah melihat kelakuan aneh Akhmal sebelum ini. Sekali lagi aku pegang kepala Akhmal dan membaca 3 Qul serta Kursi. Aku suruh Angah ambil air penawar tadi dan aku sapukan ke muka Akhmal. Meronta-ronta dia. Tak lama lepas itu aku dengar keluhan dalam Akhmal. Dan dia diam. Dari sinar matanya aku tahu, dia dah kembali ok.

Aku terduduk di kerusi. Dada aku berdebar-debar. Aku rasa keadaan Akhmal ini lebih teruk dari sebelum dia berubat dengan bomoh itu. Aku tersalah pilih bomoih ke? Bersimpang siur rasa bersalah dan teka teki itu menerjah ulu hati. Benar-benar serabut aku. Macamana nanti kalau Aku dan Angah pergi kerja? Tinggal ibu_suri sahaja yang akan melihat-lihat dia. Sedangkan ibu_suri pun 2X5?

Tengah malam ketika aku antara mahu terlelap dengan jaga, ibu_suri tiba-tiba gerak aku. Bila celik mata aku terdengar suara Akhmal memanggil...Ayah..Ayah... sambil menangis.

"Akhmal takut Ayah....!!"

"Aku cuba tenteramkan diri."

"Takpa, Akhmal tidur sini dengan Ayah."

Aku bentang toto. Aku baring di bawah bersama Akhmal. Akmal mengenggam tangan aku. Kemas. Seperti anak kecil yang dalam ketakutan. Aku baca lagi ayat-ayat suci sambil hembuskan ke pundak Akhmal. Aku cuba untuk tidak pincingkan mata. Kalau boleh biarlah Akhmal tidur dahulu baru aku. Tapi entah bila masanya, aku terlelap.

Sesekali aku terjaga bila ibu_suri menyelimuti tubuhku. Aku tahu ibu_suri masih belum tidur. Itu satu lagi masaalah ibu_suri.

"Dia meracau tadi?"

"Tak!"

Aku sikit lega. Esok macamana? Nak cuti? Nak kerja? Cuti? Kerja? Cuti..... Dan terus terlena.

Sedar-sedar jam sudah 5.50 pagi. Aku ambil keputusan untuk bangun dan mandi....

Sambil mandi aku tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapalah Tuhan beri aku dugaan silih berganti seperti ini. Di mana silap aku sebagai hambaNya?

Dan dada aku terus berdebar-debar. Resah. Aku cuba mengingati kisah-kisah silam dan mencari kekhilafan!
 
Nasihat dari kalian dalam n3 aku sebelum ini amat bermakna dan berguna buat aku. Terima kasih. Aku perlukan semangat dan motivasi dari kalian sebenarnya. Aku terasa sendirian dalam mendepani kemelut yang tak pernah terfikir olehku sebelum ini...

22 ulasan:

hrusli61 berkata...

Tidak ada salah meneliti masa silam. Tetapi yang penting tindakan sekarang yang memerlukan tumpuan dan segala kekuatan yang ada. Samada dalaman sendiri mahupun sentuhan ukhuwah sahabat yang sudi.

Penkongsian dengan sahabat blogger adalah keikhlasan yang tinggi.

Mari sahabat-sahabat blogger kita selikan doa kudus harian kita buat IM dan keluatga moga dipermudah dan dipercepat kesembuhan, diangkat kembali ujian ini dan disejahterakan perjalanan hidup beliau. Allahu Akhbar Amiin.

ghost berkata...

memang terlalu berat ujian yang diberikan...lebih berat lagi Abang IM yang menanggungnya..

tapi sebagaimana mereka yang mendoakan agar kehidupan abang IM lebih tenang dan tenteram begitulah juga saya...mengharap akan semua kembali pulih seperti sedia kala.

Sesungguhnya Tuhan tidak meninggalkan kita yang sentiasa meminta pertolongan dari-NYA.

NzA berkata...

ujian yg Allah beri pd kita menunjukkan Allah sygkan kita....Allah sntiasa disisi kita...dgn ujian inilh menguatkan lg keimanan kita pdNya...Moga IM tabah n sabar lalui setiap ujian ini....
Sakit mcm ni sy pn alami dh brthn2(ttp sy bkn kena yg jenis meracau..)..puas brubat ttp Allah masih terus menguji...sy redha....

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah terus merahmati keluarga IM dan melindungi IM dari segala bencana yang mungkin tak kuat untuk IM memanggungnya.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Kalau ada masa bawalah dia pergi ke Ipoh jumpa Ustaz Khazim. Boleh hubungi melalui websitenya http://www.albarakah.org/

Tanpa Nama berkata...

Salam. Nasib kita hampir serupa. Tapi ujian saudara lebih ringan sikit daripada saya. Sejak nenek saya diserang stroke sehingga lumpuh sebelah badan dan tidak boleh bercakap,keluarga kami ditimpa macam-macam ujian. Semalam, anak saudara saya berumur 5 tahun mengadu sakit dalam kepala. Meracau macam akmal sampai nak bunuh adiknya yang baru berusia 7 bulan. Kami bawa dia scan kepala tapi doctor cakap xda apa-apa. Saranan saya, cari pengamal perubatan yang betul-betul menggunakan ayat Al-quran.

-Nur-

Ariff Budiman berkata...

Salam IM
Seperti apa yang kita cakap dalam talipon. Kamu lukis plan rumah bermula dari luar rumah sampai dalam rumah. Hantar email dekat saya. Insyaallah saya cari org yg blh scan dari jauh.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
awak takde silap apa2 IM..cuma DIA menguji awak,sesuai dgn kemampuan awak kerana DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA.

sekadar satu coretan berkata...

sabar ye IM..itu semua dugaan allah pada hambanye..cume kite kene tabah dan kuat...

keluarga sebelah hubby pun ade jugak tapi org kate "saka" entah la saye pun tahu nak terangkan lebih2...

sud@is berkata...

Syukur IM sekurang2nya dengan ujian ini menyebabkan kita terfikir dan dapat memperbetulkan mana yang silap..

jika tiada ujian mungkin terus2 terusan kita akan lalai..

ujian dan kesabaran khifarah dosa...untuk aku juga ingatan ini..

iBu...gUru berkata...

Salam IM
"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"

Sabar IM dalam menghadapi segala ujian..... insyaallah DIA maha mengetahui.

ibuintan berkata...

as salam Im,

pengalaman saya semasa pengubatan adik dan adik ipar berhubung dengan 'makhluk halus' ni, kita seharusnya berjumpa dengan pengamal perubatan yang seratus peratus bersandarkan ayat Al-Quran

keadaannya akan menjadi betambah teruk sekiranya berjumpa pengamal perubatan yang sedikit terpesong, maksudnya yang juga menggunakan khidmat makhluk halus dalam rawatannya

sabarlah IM, insyaallah Allah pasti akan mempermudahkan urusan pengubatan Akhmal tu

Cik SHiNJU berkata...

As salam...

IM dipilih menerima ujian ini sebab DIA tau IM kuat dan mampu harungi segala ujian tu...Semoga IM diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki olehNYA...

مسافر اسلام berkata...

Assalammualaikom wtb tuan IM, Khaifahaluka? Allhamdullah semoga kita senantiasa dilindungi dan dirahmati Allah.

Pesanan ana agar tuan mencari Ustaz yang megamalkan perubatan yang menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Tuan perlu tabah dan kuatkan semangat, bukan tuan seorang yang Allah uji dengan ujian sebegini. Malangnya ramai lagi yang kita tidak tahu, yang mana dugaan Allah terhadap mahlukNya lebih berat dan pedih.

Ingatla janji-janji Allah, dimana sesiapa diantara hamba Ku yang sabar dan tabah dalam menjalani setiap kodoq dan kadar dari Allah, ia pasti memenuhi jalan penyelesaina. Tuan kena bersandarkan 100% dan pengharapan kepada Allah sahaja.

Tuan IM, bagun malam. Tunaikan Solat tahjud, solat taubat, solat tasbih dan solat hajat. Doa diantara pertukaran waktu adalah doa-doa mustajab. Berpuasa sunnat dengan niat mencari keredaan Allah dan mengaharap padaNya.

Para Sahabat di zaman Nabi saw bila berlaku musibah dan dlam situasi kesusahan, beliau akan cepat-cepat ambil wuduk dan solat sunnat 2 rakaat. Minta hanya kepada Allah. Dari Ia kita datanag dan kepada Ia kita kembali. Yang memberi manfaat dan mudarat hanyala Allah.

JazakaAllah

hentian berkata...

terima kasih bebanyak atas nasihat, sokongan dan cadangan.

IM amat hargai dan berbesar hati menatapnya.

dugaan ini juga banyak memberi iktibar dan membuat IM memeriksa semula ibadah IM.

Unknown berkata...

IM--
selamat malam, dan salam muhibbah

bila ayu baca entry ini...ayu rasakan IM adalah salah seorang yang terpilih dari kami semua..setiap ujian drNya..bukan penyebab kesalahan lampau IM..

tapi. ini adalah dugaan drNya utk menguji IM sebagai khalifah..

teruskan dan bertawakallah..insyallah....ada sinar untukmu..

Adinda Amy Sensei berkata...

as salam IM...

terkedu membacae entry IM ni...moga IM terus tabah dan tabah menghadapi dugaan yang diberi ni...jangan mudah patah semangat IM....Allah sentiasa bersamamu....sabar...

مسافر اسلام berkata...

kami semua sentiasa mendoakan tuan. InsyaAllah

Syahazli berkata...

TAk tau macsam mana nak menolong, tapi terasa sangat kesusahan IM tu......semoga segala masalah IM akan berlalu dengan sebaik mungkin, moga diringankan segala dugaan itu.....

hentian berkata...

terima kasih. buat sehari dua ini Akhmal agak tenteram.

walaugimanapun, beberapa usaha sedang IM laksanakan.

IM sedar, IM tak boleh leka dan keluarga IM mesti IM perhatikan.

Linda Musa berkata...

tetiba terjumpa ur blog masa tgh cari info pasal gulai udang td...neway pls kuat IM...u r he leader in ur fam segalanya adalah ujian...kalau baca ur entry Im nie duduk kat seberang jaya punya area ka? utk buang2 benda nie, dulu saya penah teman kan kenalan berubat kat seberang jaya juga...kat area Carrefour tue...berubat dengan makcik yang amalkan perubatan islam.Alhamdulillah now dah ok.

Tanpa Nama berkata...

Salam....saya mengikuti blog en IM...besar sungguh dugaanNya...tapi say a teramat kagum dgn ketabahan en IM....Kekadang bila baca some for the entry tuh nangis jgk sorang2