BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Jumaat, Februari 04, 2011

Ketika sedang makan bersama ibu_suri di kedai depan tokong Cina pekan Kepala batas, talipon aku berdering oleh sms dari F.

"Tak ada ceramah politik ke kat Seberang? Aku nak pulihkan kebolehpercayaan pada PR ni. Rasa macam dah nak luntur."

Aku pun tak pasti. Raya Cina gini ada ke ceramah? Atau YB semua pun nak ambil peluang untuk berihat?

Selepas bertanya pada beberapa kawan termasuk blogger HabunaTrading, aku membalas sms  F;

"Setahu aku tak ada. Hang pi la dengar kuliah Dr Danial kat Tapian Gelanggang Batu Uban Ahad ni jam 3 petang. Boleh la gilap hati yang serabut tu."

Begitu hebatnya pengaruh media hingga boleh menggoyahkan pendirian seorang yang tegar dengan sesuatu badan politik atau fahaman macam F. Tak heranlah kalau kerajaan kita ini  hari ini beria-ia benar hendak menggubal akta media siber dengan alasan untuk mengawal salah penggunaan media siber oleh pelayarnya.

Namun  dalam ketika yang lain aku tak rasa pelik pula sebab jika pergantungan kita kepada dunia itu melebihi pergantungan kita pada Rab, maka bukan setakat terjahan media. Kalau dilonggokkan RM atau perempuan di depan mata, buang serban atas kepala pun boleh terlupa.


Semasa membancuh KH Kopi untuk sarapan pagi tadi, aku tiba-tiba teringat lagu Apek dan Marjina. Manusia ini kalau rapuh pendirian macam Apek tu, sanggup dikelabui mata dengan wang emas dan di tonton merata-rata. Di suruh lompat pun, lompatlah walaupun sebenarnya perjalanan itu tak kemana!

7 ulasan:

ghost berkata...

satu gambaran tentang sikap dari sebuah sketsa filem lama...selalu tengok tapi hanya yang benar2 melihat mampu amik iktibar.

cukup lar media seperti tv dan paper dicontrol jangan sampai pentas blogger beraksi jugak harus disekat..
kalau sekalipun takut hilang kepercayaan atau takut hilang kuasa/pengaruh sehingga semuanya harus dijarah..its cross the line..

NzA berkata...

itulh org yg xde pendirian......umpama lalang ditiup angin....

Unknown berkata...

ayu suka layan filem ali baba bujang lapok...

psst> tak reti nak ulas bab politik//kita lompat ala2 apek? tak boleh..harus kuat pendirian.....

ibuintan berkata...

ada yang menjual iman dan maruah demi harta dunia, inikan pula fahaman politik..

tu sebab banyak yang main lompat si katak lompat

Mak Su berkata...

moga kebaikan akan terus bersinar

hentian berkata...

ghost writer,
sealulah menganalisa diri sendiri melalui fenomena yang kita lihat setiap hari.

nza,
takada pendirian ini umpama berdiri di atas pagar.

cirasa rinduan,
p ramlee memang hebat dalam mencipta watak dan filem bujang lapok.

ibuintan,
harap kita tidak sebahagian dari mereka.

mak su,
memang amat diharapkan kebenaran itu menyerlah.

CikguAreefNaim berkata...

salam IM,

itulah bila manusia bertuhankan wang ringgit dan nafsu...

ada je duitnya?

tp utk kemaslahatan, ada je alasannya?

bonus? dlm mimpi, hehehe...