Aku seperti dapat merasakan bahawa rakan-rakan jamaahku menganggap aku kini sudah futur dari perjuangan. Sejak hari ibu_suri disahkan mengidap mild stroke sekaligus memberi kesan kepada struktur emosinya, aku semakin menjauh dari program usrah, katibah malah PATT. Semua jawatan aku dalam AJK induk jamaah aku lepaskan. Seluruh masa, perhatian dan nafasku terfokus hanya kepada dunia yang aku terpaksa terjuni walaupun aku sendiri tidak pandai merenanginya.
Aku benar-benar tidak mampu menggalas amanah itu semua. Keserabutan diari hidupku yang sebelum ini ceria dan penuh warna bertukar suram dan kelabu dalam sekelip mata. Terkapai-kapai aku hampir beberapa tahun dalam merenangi keributan hidup. Suara-suara sinis yang aku dengar terpaksa aku telan walaupun pahit. Disamping tidak juga aku nafikan rakan-rakan yang begitu ambil berat, yang sanggup memberi sumbangan, datang ziarah, beri pandangan malah mengorbankan wang saku mereka sendiri untuk membawa ibu_suri berjumpa pakar MRI. Banyak nama-nama mereka itu kalau hendak disebutkan. Sentuhan ukhuwwah mereka begitu hangat dan menyenangkan.
Namun, berapa lamalah sangat hujan boleh turun. Sampai masanya akan panas juga. Berapa lamalah sangat siang akan menyuluh bumi. Tiba masanya gelap juga ia. Tidak menyalahkan rakan. Apatah lagi Tuhan.
Walaupun kini aku terasa kesaorangan, kenangan manis bersama jamaah masih tetap dalam ingatan. Sesekali bila ku imbau terasa sayu dan tersisih. Entah bilalah aku akan dapat bersama mereka kembali. Bersama untuk membina semula masyarakat hari ini yang semakin tempang.
Juga sesekali aku teringat pada gelanggang tempat aku pernah belajar tari dan buah. Gelanggang tempat aku pernah menjatuh dan dijatuhkan lawan. Gelanggang yang pernah aku bermandi seni. Berpencak peri. Selipang dan talipinggang itu sebenarnya masih kemas tersimpan si almari dan di hati!
25 ulasan:
Semoga tetap tabah dan thabat..
Allah hanya menguji hambanya yg mampu menahan ujian itu.. insyaAllah ada hikmahnya..
ps: mmg bahu yg menggalas lg berat dr yg memikul. hanya doa yg mampu sy berikan..
Ana tak tahu nak berkata macam pakcik dan makcik lain yang lebih berpengalaman, tapi ana cuma nak cakap pada pakcik:
Allah knows best! Insya Allah peluang melaksanakan Islam masih ada selagi hayat dikandung badan.
Berjuang untuk keluarga juga satu perjuangan yang diberkati.
.
.
Perjuangan bersama jemaah merupakan satu komitmen yang besar.
Perjuangan untuk ibu suri dan anak-anak juga merupakan satu komitmen yang tidak kurang besarnya dan DIA maha mengetahui.
.
.
Pasti kerinduan itu tetap ada. Bukankah kerinduan itu begitu sabjektif dan berada dimana-mana?
Dan pasti juga, mereka masih mengingati.. cuma mata yang memandang tidak sama dengan mata yang memikul.
salam.
sumbangan insan marhaen skrg sgt besar, biarpun anda sunyi dari jemaah, ttp jemaah akan tahu sumbangan anda... anda menjadi contoh teladan kepada sekelian kaum adam dan ketua2 rumahtangga... caiyuk caiyuk insan marhaen!!
harapnya begitulah.
jika dulu aku banyak membantu jamaah dalam membantu masyarakat. hari ini aku pula dibantu; kalau pun tidak dengan material tetapi dengan doa mereka..
jangan bersedih jangan menyesali apa-apa .. apa yang baik kepada pandangan kita tak semestinya baik pada pandanganNya. hidup didunia ini berbanding di sana mungkin tak sampai sekelip mata .. lalu tiada apa yang harus di kesalkan kalau kita tak dapat turut bersama mereka, mungkin itu lebih baik bagi anda mengikut peracanganNya.
Insyallah, Allah sntiasa bersama orang2 yg sabar...
Kuatkan semangat lalui ujian drNya...
IM, sekarang pun IM sedang berjuang, cuma dalam konteks yang berbeza. Moga dipermudahkan Allah segalanya :-)
semoga semuanya akan kembali pulih sediakala..bukan saja untuk ibu suri tapi pada apa saja yang membuatkan abang IM terkenang kembali.
sesekali terkenang kisah semalam yang mencuit perasaan....
assalam.. ye le IM, risau ketempangan masyarakat skrg :(
Doa tulus mengiringi IM selalu. Semoga Allah menganugerahimu dan keluargamu ketabahan dan kesabaran.
السلم عليكم ورحمة الله
Sabar ubatnya..
Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
[Ibnu Athaillah Askandary]
kenangan itu indah dan kenangan juga kadang2 mengusik jiwa
jgn sllu flashback IM
semoga IM diberi perlindungan dan kerahmatan
IM, mksu jwb di sini jugaklah ;p
mengenai blook, puisi dari saya tak ada, tetapi ada bloggers lain yang letak puisi dia di situ, so leh rehatkan minda gaks ngan baca puisi dorang :D
sy sdg tunggu kompilasi antologi puisi yang saya sertai untuk difinalisekan dan moga diterbitkan tahun ini :)
tapi kan
tanggung jawab terhadap keluarga juga perlu diutamakan
berjuang di mana2 sama sahaja
asal sahaja untukNYA
semoga kekal tabah
Setiap patah perkataan dalam post kali ini begitu tersentuh dan amat mengerti di mana jatuhnya maksud yang berselirat di hati IM...
Setiap patah perkataan dalam post kali ini begitu tersentuh dan amat mengerti di mana jatuhnya maksud yang berselirat di hati IM...
Assalamualaikum IM,
Akak doakan IM tabah dengan ujian Allah kepada IM. Setiap kesusahan akan datang hari senangnya. Seperti mana kata Imam Shafiee "Allah telah menolong mu semalam, dan dia pasti akan menolong mu di masa akan datang".
Semoga Allah permudahkan segala yang IM lakukan.
assalamualaikum,
Segagah manapun kita, apabila bertemu dengan 'nasib yang tidak baik', ia akan tewas juga.
sabar dan redho...itu ubat yang utama.
tkasih atas komen +ve dari kalian semua. kekadang terfikir kenapa IM dihujani permasaalahan sebegini.
akan tetapi teringat semalam IM mengeluh pada Angah;
"agaknya ayah kurang solat, kurang sedekah dan kurang ziarah..."
agaknya lah...
Sesungguhnya hanya Allah jua yg tahu atas apa yg kita tidak tahu mengapa ujian ini diberikan kepada kita. Syukur IM punya mental dan jiwa yg kuat. Walau imbalan tidak diperolehi sekarang, diakhirnya tetap ada balasan.
Sabarlah IM.....
Setiap insan mempunyai kekurangan dan kekuatan tersendiri. Jangan membuat andaian hanya menurut perasaan dan memerhatian zahir sahaja. Aktif berjamaah bukan semua orang berkemampuan.
Bersyukurlah masih ada satu dua kerat yang masih dibebankan dengan tanggung-jawab ini. IM bukan tidak langsung menyumbang, ada juga bentuk sumbangan IM dalam segi penulisan, buah fikiran dan kesudian mendengar kepada beberapa persoalan peribadi mahupun jamaah.
Jambatan ukhuwah jamaah masih dibentangankan kukuh merentangi laluan hidup IM. Cuma sudi-sudilah menghampirinya dan jika sudah bersedia laluinya bersama dengan sahabat-sahabat lain.
Pasti di hujungnya banyak pergurbanan diperlui. Pasti.
pengorbanan IM terhadap keluarga tak terhitung nilainya.... Allah memberi kita ujian kerana tahu kita mampu mengalas ujian tersebut
apa gunanya kita ligat dalam bermasyarakat kalau sekiranya keluarga kita sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian... rakan2 IM tidak melupakan IM cuma mereka juga ada komitmen lain
Insyaallah we are still in our rabitah doa... give more intention and action in your real life responsbality and still on your doa for us to do the best in our ukhuwwah....
Catat Ulasan