BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Oktober 09, 2010

What Is Your Program Today?

Aku tetiba dapat sms dari no +601945368XX lebih kurang berbunyi;

" Papa, what is your program today?"

Terpana aku sekejap. Mana pernah anak-anak aku bertanya soalan sebegini? Aku pun membalas sms tersebut;

"???"

Kemudian si +601945368XX membalas;

"Why. Salahkah anak bertanya kepada papa sendiri?"

Aku pun menjadi semakin ??????????

Aku ambil keputusan tak mahu ambil peduli. Buat sakit jiwa je. Aku padam semua sms itu bimbang nanti terbaca oleh Akhmal yang kekadang meminjam talipon aku bila dia kepapaan kredit.

Tak lama lepas itu si +601945368XX menghantar sms;

"Sori. Salah no. Ingatkan papa saya tadi."

Perghhhh.... Aku pun manusia biasa yang bukan malaikat,  tetiba grrr....@#$%^&^$#^&**&^$##@((*))

"Hik... Kalaulah isteri saya terbaca, tak ke perang besar kami nanti. Boleh porak peranda rumah tangga saya."

Uffss...... Aku segera teringat kes cerai berai yang berlaku sekarang ini. Bukan mustahil salah satunya berpunca dari situasi seperti ini.

Justeru, aku dan kamu...... hati-hati bila hantar sms!

15 ulasan:

FaAtip berkata...

heheh....bahaya tu....nasib baik bukan ibu suri yang buka mesej tu!

kak wan berkata...

Salam IM,
Fenomena biasa tu..saya banyak dapat cam tu..selalu buat tak tau dan terus delete..lebih - lebih lagi no tphone kita tak kenal dan org tu tak sebut nama kita.

Ariff Budiman berkata...

Kalaulah ibu suri baca tentu keluar ayat ni, " Abah hang cakap teghuih teghang. Tu anak sapa ". He he

hentian berkata...

bak kata P Ramlee;

I perang besar you see....

Tanpa Nama berkata...

Salam IM,

Ujian sentiasa ada. Semoga tabah dan sabar.

Guru berkata...

memang bahaya kan...
kekadang tersilap menekan tu yang jadi gitu tu

sud@is berkata...

kadang2 benda2 x diduga bw petaka...
minta dijauhkan..bertindak biar rasional..betol x

JIM Seberang Perai Tengah berkata...

muga allah lindungi anda dari mehnah yang besar.

JIM Seberang Perai Tengah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hentian berkata...

kesilapan kita yang kecil tapi mengundang bahaya besar pada orang lain

arsaili berkata...

salam..moga dilindungi Allah....

BLOGGERS JIM PENANG berkata...

muga allah rahmati kehidupan anda hendaknya..

izman berkata...

kena hati2 dpt sms camtu, kalau sms lagi daring...... lagi naya kalau wife baca.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm IM.
:) Dunia canggih berwajah baru yg boleh buat macam2 jadi haru & biru!
Kak G pun selalu juga terima macam2 sms dari #s yg tak kenal dengan mesej yang tak masuk akal ... terus delete jer ler.

Kamsiah yusoff berkata...

ooo..kes silap no...pernah jugak terima sms..tp yg biasa2 ja,dari org yg biasa2 ja..dan saya buat biasa2 ja hihihi...biasanya kalau tak kenal..sekali ja bls...malas..!