BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, Oktober 05, 2010

Bila Difikirkan

Entah kenapa sejak tadi pagi hati aku dihurung resah.

Bila di fikirkan resah aku ada di tempat kerja. Khabarnya bos aku sekarang ini sudah tidak mahu lagi mengambil tanggungjawap menjaga bahagian kalibrasi. Maknanya aku akan bertukar bos. Bos yang baru belum pasti mahir dan baik seperti bos aku sekarang.

Sesekali fikir resah aku ada di rumah. Akmal sudah 3 hari tidak pergi kerja. Bermakna dia mempunyai banyak masa kosong. Masa kosong ini aku bimbang akan dipenuhi dengan berpeleseran bersama kawan-kawannya. Bila terlalu banyak berpeleseran bimbang akan banyak juga aktiviti yang tidak sihat dilakukan.

Dan rasanya aku juga bimbangkan hari esok. Aku ambil cuti kerana ada sesuatu yang perlu aku perbuat. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini. Aku ini seorang yang susah mengatakan tidak kepada harapan orang lain. Walaupun kekadang hendak menunaikannya itu bercanggah dengan naluri aku sendiri.

Dan aku juga bimbang tentang diriku sendiri. Bimbang pada hari-hari yang semakin tinggi. Pada daun-daun kering yang semakin banyak gugurnya. Bimbang pada perjalanan hidup ini yang semakin dekat dengan destinasi.

Apapun, aku ingin ucap syukur dan  tahniah buat adik lelaki bongsu aku yang dikurniakan anak kedua dan lelaki tadi pagi di Poliklinik Tan & Tan, Kebun Sireh, Bukit Mertajam,. Anak pertamanya meninggal dunia semasa dilahirkan.

Sebenarnya, aku menulis kali ini mengikut gerak hati. Tidak ada topik spesifik sebenarnya. Entahlah!

meja tempat aku menjalankan kerja-kerja kalibrasi. 
Pen hitam itu adalah pen kesayangan. 
kalau hilang aku akan beli semula pen jenis yang sama - ZEBRA 2+1

17 ulasan:

ibuintan berkata...

salam IM,
macam-macam yang difikirkan memang mengundang resah apalagi memikirkan kesannya yang negetif..

beruntung bekerja dibawah bos yang baik dan bertimbangrasa namun saya tidak seberuntung itu, saya sentiasa mengharapkan mendapat bos yang baru..

kak wan berkata...

Salam IM,
Kalau difikirkan masa mendatang hati akan jadi tak keruan, nak - nak kalau benda yg difikirkan tu tiada kepastian.
Fokus pada perancangan, InsyaAllah ketabahan jua yg Allah berikan..
Selamat mendapat boss baru...

Marina Monroe berkata...

Cantik layout baru!
Jgn resah, banyak2 bawak Selawat Nabi INshaAllah sejuk hati..
Allah yang menentukan segala, jadi apa perlu risau?
IM adalah seoang yang tabah!

zai berkata...

Salam IM...jangan kusutkan hati dengan memikirkan banyak perkara didalam kepala..TENANGKAN HATI dengan membaca AL QURAN atau YASIN mudah2an..resah dan risau itu akan berkurangan..memikirkan hal dunia ni mmg takkan pernah habisnya..saya pun kadang2 begitu juga tapi cepat juga rasa2nya kembali tenang dengan cara salah satunya...TIDUR UTK MELUPAKAN STRESS

kakcik berkata...

Ingatlah padaNya sentiasa...semoga IM dikurniakanNya dengan ketenangan dan terus kuat dalam menghadapi apa jua dugaan.

Insan Marhaen berkata...

IM agak kalau bertukar bos, IM akan dapat bos berbangsa Cina yang IM juga agak akan melihat pada 'kulit'...

Syahazli berkata...

IM...suratan atau kebetulan, pen Zebra 2+1. Saya juga mempunyai pen favourite jenama yang sama. Zebra 2+1, dengan 2 mata pen gel+ 1 pensil....heheheh

Syahazli berkata...

IM...suratan atau kebetulan, pen Zebra 2+1. Saya juga mempunyai pen favourite jenama yang sama. Zebra 2+1, dengan 2 mata pen gel+ 1 pensil....heheheh

Mila@Rimbun berkata...

jgn putus berdoa moga Allah kurniakan yg terbaik untuk kita dan moga Allah permudahkan kehidupan kita seharian

ahmad humairi berkata...

salam,

...itu tandanya nak berjaya!!!!

Insan Marhaen berkata...

insyaAllah, IM takkan berputus asa. mau tidak mau IM kena teruskan hidup yang tinggal sikit lagi ni..

Razip berkata...

Ya, kadang2 memang ada hari2 kita merasa resah. Kadang2 ia petanda. Biasanya ia berlalu saje. Moga2 begitulah, saudars ku.

Kamsiah berkata...

salam
biasalah tu,emosi kita bkn statik tiap2 hari...time hepi...byk idea nak dicurahkabn...time moody,jgn la ada yg cuba2 melawak...

rerama salju berkata...

Salam IM,

Jgn terlalu risau ya?semoga IM baik2 saja...

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.
Asyik berfikir negatif tanpa sudah itu hanya membuat hati bertambah gundah yang tiada perhentian.
Melayan perasaan itu diistilahkan seperti mendengar bisikan syaitan.
Banyak2 berastaghfirullah.
Isikan setiap ruang dengan Zikrullah.
Selain berusaha mencegah, sentiasa memanjat doa memohon yang terbaik dari Allah.
Insya Allah IM - semua akan lebih baik, yakinlah.

siti murni berkata...

salam IM..

jangan difikirkan sangat risau & bimbang tu..everything will be fine..insyaallah..

Insan Marhaen berkata...

tkasih kerana beri komen positif. IM letih malam ni. hati seperti di siat-siat...