BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, Oktober 21, 2010

Syurga Itu Tinggi Maharnya

Aku sesekali mengaleh pandangan ke kiri. Tampak wajah ibu_suri  yang suram. Air mata mengalir dan tumpah ke pipi. Berkaca-kaca disinari neon jalan. Aku faham dan turut menarik nafas panjang. Pastinya ibu_suri teringat Akhmal. Masih...

Segera aku teringat pada kawan akrabku. Kawan yang satu waktu dulu selalu bersama hingga dikatakan oleh lain-lain kawan seolah-olah kami ini saudara kembar. Bernasyid bersama. Bersilat bersama. Kemping bersama. Ke Gunung Tahan bersama. Malahan, ke Jepun juga bersama.

Nah, sekarang ini kami juga menerima mehnah yang hampir sama. Bergelut dengan   dugaan membesarkan anak bongsu yang terpesong jauh dari perjalanan yang lurus.

Tentunya kalau diceritakan kepada kawan-kawan lain seperti tidak akan percaya mereka.

"Eh, kamu kan aktif membuat program kebajikan. Menolong orang susah, Memberi kaunseling kepada orang yang bermasaalah. Mana mungkin kamu pula menghadapi anak yang bermasaalah?"

Ya.. Jika mengikut teori akal begitulah. Akan tetapi  sunnatullah mengatakan; lagi kuat amalan baik kamu, lagi kuatlah dugaan yang akan kamu terima.

Mahu tidak mahu kami berdua perlu terima hakikat takdir yang telah tertulis di Loh mahfuz.  Walaupun sebelum ini, semasa anak kami masih kecil dan semasa kami masih muda, tidak pernah terlintas akan berdepan dengan dugaan sebegini hebat di usia menjelang petang.

Rupanya, benarlah.: Syurga itu tinggi maharnya. Setiap yang layak ke sana mestilah melalui ujian yang juga tinggi harganya.

Masih ingat pesan mak; IM, kamu lalui hidup ini satu persatu dengan sabar. InsyaAllah, satu hari nanti akan selesailah semuanya.

Mata ibu_suri masih tetap pejam sedari aku mula bawanya keluar rumah hingga kini  sudah hampir kembali ke rumah. Beginilah aku saban malam. Sebaik sahaja balik dari kerja dan selesai sembahyang, aku akan bawa ibu_suri berjalan-jalan untuk hiburkan hatinya.

Kalau tidak aku yang menjadi teman hidupnya sejak 25 tahun lalu, siapalah lagi yang akan pedulikan dia!

16 ulasan:

Acik Erna berkata...

IM..benar..dugaan datang tanpa kita duga..
alhamdulillah ibusuri dapat suami yang prihatin seperi im..

hrusli61 berkata...

Pengkongsi besar manfaatnya. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Teruskan menulis demi untuk tatapan dan manfaat semua.

abu muaz berkata...

salam IM. masalah itu menjadikan kita semakin matang. Bohonglah kalau orang mengatakan tiada masalah dalam membesar dan mendidik anak-anak.saya juga pernah alaminya.

rerama salju berkata...

Membaca cerita IM,membuatkan sy berfikir jauh....dan macam2 yg bermain difikiran....sabarlah IM,Benar,Syurga itu mahal harganya...

Ariff Budiman berkata...

Selagi kita bernafas selagi itulah kita pasti berhadapan dengan dugaan

zakir932 berkata...

jika meninggalkan tanggung jawab pasti akhiratnya kita berjawab namun jika membersihkan tanggung jawab pasti ikhlas menjadi ruhani yang mengikat amalan diri menjadi tetamu sekalian umat

hentian berkata...

benar. keikhlsan itulah yang buatkan IM bertahan hingga kini di sisi ibu_suri dan anak-anak.

ibuintan berkata...

salam IM,
saya juga mula diduga dengan kerenah anak bongsu...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,

Bertuah sungguh ibu_suri dapat bersuamikan IM.

Mario berkata...

mmg risau bila anak2 dah masuk umur remaja...dugaan... dugaan...

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Saya doakan agar kebaikan akan mengiringi saudara IM.

Memang syurga itu mahal nilainya dan bukan mudah untuk menghuninya. Pengorbanan, ketaqwaan, dugaan.

Salam ceria.

hentian berkata...

selalunya yang IM lihat, anak bongsu lebih nakal. mungkin kerana Nk bongsu tidak sealiran dengan abang kakanya atau kerana dia tiada adik untuk bermain...

Tanpa Nama berkata...

IM

Moga Allah memudahkan segala nya
Doa saya juga agar IM diberi kekuatan dan terusan tabah

Klcitizen

NURAZZAH8 berkata...

IM

Tak tahu nak kata apa...speechless... hanya hati yang berkata-kata... Semoga Allah kurniakan kesabaran dan keimanan yang tinggi kepada IM... beruntung ibu suri kerana mempunyai IM yang sanggup senang dan susah bersama...

Lazimnya dalam cerita kehidupan tidak selalu begini...mudah sahaja orang lelaki menjadikannya alasan utk mencari lain atau melepaskan tanggungjawab..

Sesungguhnya IM adalah permata yang satu!

Ms.Lilies berkata...

moga kalian sentiasa tabah...
:)

ummi iman berkata...

sukar untuk ummi luahkan apa yang tersirat tapi sesungguhnya ummi berdoa semoga IM lebih tabah juga untuk ibu suri...