BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Akhmal Oh Akhmal....1

Baru masuk ofis. Seperti selalunya setelah lampu, penghawadingin dan komputer di buka, aku mengambil tuala lembab. Hari ini hari Jumaat. Aku bercadang untuk 5S laci meja tulis aku. Sisih dan Susun semula barang-barang yang ada dalam meja seperti klip kertas, buku nota, kalkulator, pen maarker dan lain-lainnya.

Tiba-tiba talipon aku bergetar. Nombor Akhmal?

"Ayah ada di mana?"

"Tempat kerja. Kenapa?" Aku mula tak sedap perut.

"Ayah tak mai mahkamah ke?"

"Kenapa?" sambil melihat jam di di dinding. Hampir 9 pagi.

"Akmal kena bicara hari ni. Angah kerja ke?"

"Ha.. ya. Macam mana ayah boleh tak tahu hang kena bicara hari  ni?" Uh....

Aku terpempan sekejap merenung komputer yang sedang loading...

"Angah, Akhmal kena bicara hari ni. Dia talipon tadi." Aku cuba melihat sejauhmana Angah boleh bantu.

"Ha...la... Kan Angah dah peringat ayah semalam. Habis tu?"

Ye ke? Tak perasan pula aku. Mungkin kerana terlalu fokus pada ibu_suri menyebabkan aku memasuk telingakiri keluar telinga kanan kan peringatan Angah tu.

"La.. ayah nak tanya. Boleh tak keluar tengok Akhmal sat di Mahkamah BM tu?"

"Tak boleh ayah."

Aku faham kerana Angah baru saja mula kerja dengan MOX ini. Tentu dia tak ada cuti lagi ataupun tak berapa elok kalau minta time off untuk keluar.

Aku memecut kereta memecah angin jambatan Pulau Pinang yang merentasi Selat Melaka. Bergegar kereta aku sesekali dik hempasan angin yang kuat terutama bila bas memotong aku di lorong kanan.

Dah cuba talipon bos tadi tapi tak dapat. Cuma hanar e-mel beritahu yang aku keluar tengok anak dan cuba balik jika selesai dengan segera.


'Akhmal, inilah pengorbanan seorang ayah. Sanggup mengenepikan kepentingan dan keselesaan diri semata-mata mahu  melihat anak menjadi baik. Jadi orang. Terpaksa telan segala perlian orang. Terpaksa teguh berdepan dengan polis yang ayah lihat  paku di bahunya sahaja boleh melembutkan lutut ayah. Terpaksa berdepan dengan orang-orang yang kau aniaya semata-mata kerana pertanggungjawaban. Hari ini ayah terpaksa teguh untuk melangkah ke mahkamah. Satu-satunya tempat yang tidak sepatutnya ayah melangkah kecuali jika berbaju kot dan bertali leher.

Akhmal, kan ayah selalu berkata; daging itu walaupun busuk, dicincang di masak, dimakan jua. Itulah rasahati seorang ayah. Itulah rasa hati seorang yang mahu melihat kamu berjalan di atas landasaan yang betul. Cuma kamu ini entah kenapa masih tidak faham... masih tidak reti...

Entah apalah yang kamu cari dalam hidup. Kenapa kamu tidak menjadi seperti ayah seusia kamu dulu?'

Mujur jalan raya tak sibuk dan aku hampir sampai dalam masa yang kurang setengah jam!

11 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Akhmal akan segera 'menemui jalan kembali dan tak ingin berpatah ke lorong gelap lagi'.

ab@h_Izz berkata...

Besar pengorbanan IM sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab...
Moga anak IM nanti akan megerti pengorbanan yg dilalui untuk berubah menjadi insan yang bertanggungjawab..dan mampu buat IM tersenyum...Nasihat untuk saya juga ni...

hentian berkata...

doa IM gitulah... dan doa IM, kalian juga kelak....gitulah!

Cik SHiNJU berkata...

Maaf,saya x follow blog ni dr awal.
tapi ape kes akhmal tu yer?
semoga dia mendapat hidayah utk berubah dan mnjadi anak yg sholeh.. :)

Mario berkata...

yelah bro...harap2 dia berubah,,,jgn putus asa ye bro... dan berhati2 dijalan raya...hoho

Ariff Budiman berkata...

Kadang-kadang inilah jian kepada kita. Berapa lama kita boleh bersabar dengan ujian Allah. Doa.doa dan teruskan berdoa. Semoa Allah bukakan hatinya agar menyedari bahawa ayah amat menyayanginya. Sedih IM baca ini. Sabarlah itu yang dapat WN berikan selain dari doa.

hentian berkata...

cik shinju,
insyaAllah, ikuti selalu tulisan IM. akan tahu akhirnya...

Ms.Lilies berkata...

doa seorang ayah x akan pernah putus untuk anaknya kan....berdoa lah dgn serendah2 hati...moga anak IM akan memahaminya 1 hari nnt

Unknown berkata...

saLam IM..
Itu cabaran anda sbg seorang ayah, b'mana pula sbg abang yg memiliki adik2 yg tidak sama karenahnya? Apa yg salah? Apa yg tersilap?
Moga Allah mmbntu IM dalam setiap urusan..
Tolong doakn saya juga ya~
>>TQ<<

ibuintan berkata...

semoga Akhmal diberi petunjuk dan hidayah.... semoga manjadi anak yang akan menyejukkan hati Im dan ibu-suri
suatu hari nanti... insyaallah, banyakkan sabar

hrusli61 berkata...

JH pernah beberapa tanya IM bila Akhmal ke mahkamah tapi IM kata mungkin Isnin ini.

IM kena ready what's next for Akhmal. Mungkin ubah pendekatan sedikit. Dengar kata dari Habuna ada satu pusat memulihan di Ipoh.