BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Oktober 03, 2010

Bila Pemandu itu Perempuan

Semalaman ibu_suri tak boleh lena. Dan semalaman juga aku bangun entah berapa kali untuk memujuk ibu_suri yang meragam.

Esok pagi aku akan mula bekerja. Terasa cuti hujung minggu ini cepat berlalu. Tak sempat kemas rumah pun. Semalam aku hadir ke mesyuarat tahunan JIM Seberang Perai Tengah di SamaGagah. Petang aku kulitin dengan ibu_suri. Malam, adik pula datang dari Kulim sekeluarga beraya. Pagi ini aku lepas gian layari berita dan blog. Petang nanti cuba pujuk ibu_suri untuk keluar jalan-jalan. Dah seminggu ibu_suri terperuk di rumah. Perlu luaskan mindanya.

Mutakhir ini aku gemar keluar pergi kerja seawal 6.30 pagi. Sampai di parkir, jangkaan 7.30 pagi. Baca akhbar Harakah  atau majallah kartun Zunar yang dulu banyak aku beli tapi tak baca-baca. Jam 7.45 barulah masuk kerja.

Kalau keluar rumah lewat nanti mestilah lambat sampai ke tempat kerja. Paling leceh ialah bila hendak menempuh kawasan sekolah. Kalau ada kereta di depan yang bawa slow tu tau dah. Pemandunya sahih perempuan dan cikgu sekolah. Ambil peluang nak pintas sahaja. Tapi kalau keluar lambat, banyak kereta huu... terpaksalah telan pil sabar. banyak-banyak..

Tapi kalau yang jenis perempuan bawa laju ni pun satu hal juga. Pernah aku nak tukar ke lorong kanan dan bagi signal. Amboi, bukan main kedekutnya dia. Aku boleh nampak dari cermin sisi,  laju saja keretanya mara ke depan seolah-olah tidak benarkan aku ambil lorong dia.

Dan aku selalunya akan ketawa sendirian melihat gelagat begini yang selalunya tepat jangkaanku bahawa pemandunya pasti perempuan!


foto hiasan: perjalananku ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai jem selama 8 jam.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul3.. kalau memandu di belakang kereta yg steady je & brek bl perlu, itu lelaki la pemandunya..

Pendapat yg mengatakan perangai boleh dinilai dari cara pemanduan ada betulnya..

arsaili berkata...

salam bloghopping.....karenah di jalan raya kena di tempuh selagi kita memandu...memang kena banyak bersabar...uhuhu

roslaini saad berkata...

salam..

bukan semua driver perempuan bawa slow...dan bukan semua driver perempuan tu kedekut...heheheh Kalau bandingkan saya dan suami..dia bawa lagi slow...sampai rasa rimas...Kalau bab potong memotong..rasanya saya lagi berani...

hentian berkata...

he.. he.. IM pun bawa slow kalau nak dibandingkan dengan depa yang bawa laju. kalau bawa laju-laju, peha kena gigit dek 'nyamuk'...

Murni Alfathunnisa berkata...

Salam IM..

amboi...sebut pemandu perempuan saja nooo....pemandu lelaki pun apa kurang nya. Kalau laju...melampau lajunya..mencicit sampai rapat bontot kereta orang. Kalau perlahan...*memang ada yang slow tahap dewa2..hmm...apa pun..itu la gelagat 'on the road'...
drive safely! :)

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm IM.
Hmmm ... observation kurang tepat ni!
Memang ada segelintir begitu, tp ciri itu tidak spesifik kepada gender. Lelaki gitu pun banyak.
Kak G berpendapat, attitude pemandu Msia amat menjengkelkan ... majoriti pentingkan diri sendiri, tak hormati pemandu lain & perlekehkan hak pengguna jalanraya lainnya.

hentian berkata...

he..he.. IM nak tunggu pemandu Adam jawap komen kaum Hawa ni...

iBu...gUru berkata...

salam IM
Amboi....... bukan semua org pompuan cam tu. Kalau pagi esok IM follow ibu guru mesti x bersungut lambat......... selalunya kalau nak ke sekolah mmg laju .

Tanpa Nama berkata...

Salam IM,

Tak boleh muat semua dalam satu bakul. Lelaki perempuan semua ada perangai pelbagai.

Baru-baru ni keluar diakhbar pemandu bas rapidKL perempuan. Solute habislah. Memang berani tu.

Semoga IM serta Ibu Suri dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Mila@Rimbun berkata...

biar lambat asal selamat.. as long as jarak dengan kereta depan acceptable I prefer to be in slow lane...

Maiyah berkata...

berhati-hati di jln raya.. ingt org yg trsyg :D

zai berkata...

ada juga pemandu wanita yg terlalu berhati2 dan terlalu berani sampai driver lelaki yg naik kecut..tapi apa2pun mmg rata2 pemandu wanita cepat panik bila dijalan raya..terpaksa akui walaupun hakikatnya agak pahit utk ditelan huhuhu..

hentian berkata...

kalau ada kereta yang lampu breknya selalu menyala, IM akan jarakkan kereta atau potong je.

bahaya mengekornya tu...

Unknown berkata...

8 jam????
fuuhh..balik kelantan dari kl tu kira standard laa..
tak boleh pusing balik ke?..hee

hentian berkata...

itu angkara ada pasar malam di brincang. dan heboh sekejap di tv. kononnya pasar malam itu tak dibenarkan lagi beroperasi.

tak pasti sekarang ni jem lagi ke tidak. lebih-lebih lagi malam minggu.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
hubby saya cukup geram dgn pemandu pompuan...yg teragak2 nak keluar simpang,teragak2 nak potong...kita yg ikut belakang dia yg tensen...

FaAtip berkata...

**pengalaman sendiri**

kadang2 teragak2.
kadang2 daring tak tentu arah.
kadang2 slow giler.
kadang2 dia ingat dia sorang je kat jalanraya!!

bila intai driver, tengok2 pompuan yang memandu yang duduknya tegak bukan main, yang dadanya dekattt dengan stering!

ada jugak yang terror, celok sana, celok sini, smooth je kelajuannya, penuh confident! Yang ni hubby I tabik! hehe

Werdah berkata...

Salam IM

Ingat pengalaman sendiri semasa memandu.. memang bila pegang stering keluar je simpang rumah kita masuk ke jalan besar mulalah kembang sana sini nak marah.. begitulah kan bila berada di jalan raya pelbagai kerenah ada.. tak kiralah lelaki ke perempuan yang bawa..rasanya ada perasaan yang sama bila hadapi perkara yang sama.

Sekarang dah tak memandu dengar je lah 'driver' yang silih berganti merungut-rungut.. hanya dapat kata pada mereka.. sabarlah...

Dama-Ulan berkata...

org pompuan ada yg o.k dan ada yg k.o bila bawa kereta.. sifat teragak2 yg membahaya..

p/s: takut bila org umah bw kereta..nak kuar x kuar, nk kuar x kuar..last sekali aku juga yg kuar..hmmm