BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Oktober 31, 2010

Akhmal Oh Akhmal....2

"Akhmal ada kat lokap tepi kantin." Terpapar sms dari Akhmal di skrin talipon aku.

Aku ingat-ingat lupa hala ke mana kantin mahkamah ini.

"Sapa nama anak?" Tanya polis yang menjaga pintu.

"Akhmal"

"Ha... masuk. Ada di sana." Lembut suara polis itu. Sejuk sikit hatiku.

Berdiri Akhmal memegang jerejak besi. Ada 3 orang lagi di belakangnya. Seperti bukan rakyat Malaysia!

"Akhmal tak naik atas lagi. Sat lagi. Pukul 11 kot."

Aku ternampak seorang pak cik duduk di kerusi kantin. Pak cik ini aku pernah lihat dulu bertugas di pos pengawal pintu masuk pagar mahkamah. Pak cik ni orang di taman aku juga. Dulu dia berniaga.

"Eh, duduklah dulu. Dah minum?" Aku menolak. Rasa tak sedap hati. Tak mahu termakan budi.

"Anak kamu kes apa?"

"Curi motor dan xxxx"

"Dah naik atas?"

"Belum."

"Kalau kamu nak pak cik tolong, boleh. Anak pak cik ada kat dalam bilik nu. Dia lawyer."

Erkss.. Aku mula syak. Dan aku tahu kalau aku terus-terusan di sini, aku boleh terperangkap. Aku ni cepat cair juga orangnya kalau di pujuk. Dan lagi, aku ni susah nak tolak gesaan orang.

"Hari ni hari Jumaat. Selalunya kes akan cuba diselesaikan hari ni. Kalau nak, biar pak cik tolong. Ini hari Jumaat ni. Pak cik tak cakap tipu punya. InsyaAllah, boleh settle. Kalau anak kamu kena denda paling tidak RM2500. Atau 2 tahun masuk xxxx. Yang ni cuma RM500 je." Dan pak cik itu beredar ke meja sebelah, bercakap sesuatu dengan polis yang juga sedang minum di situ.

Aku tahu aku perlukan kekuatan. Perlukan sokongan. Di saat fikiran aku serabut ini, aku perlu pandangan pihak ke 3.

"Ayah.. lebih baik jangan. Ayah tunggu je apa mahkamah nak jatuh hukum. Nanti mahkamah akan bagi tempoh untuk kita fikir. Masa tu ayah talipon angah. Kita bincang."

Aku talipon juga Jabatan Kebajikan Masyarakat. Puan Maizura juga terkejut.

"Baru ni masa lapor diri kata dia ok je. Dah kerja. nak ambil lesen. Hari ni jadi lagu ni pulak!"

Aku garu kepala. Sengeh walaupun Puan Maizura takkan nampak.

"Macam mana, setuju tak dengan cadangan saya. Anak saya dok tunggu tu." Soal pak cik tadi dengan kopiah putih sedikit senget di kepala.

"Anak saya tak setuju. Dialah yang jaga Akhmal. Lagi pun JKM kata polis akan bagi laporan kat JKM sebelum jatuh apa-apa hukuman. Hari ni cuma untuk dapatkan perintah mahkamah je."

Dan aku pun cepat-cepat melarikan diri ke ruang menunggu di depan. Hasrat aku untuk minum, kantoi walaupun perut dah mula kruk..krak..!

Aku lihat jam hampir 12. Sempat makan agaknya sebelum solat Jumaat. Sambil menghidupkan enjin Kancil aku teringat dekat Masjid Sheikh Abdul Kader ada Caltex. Beli makanan ringan sahaja cukuplah kot. Aku pun bukan ada seleran sangat ni. Sekadar lapik perut takut gastrik walaupun taklah serius...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm IM.
Kak G dah melihat pelbagai liku2 & gejala hidup sepanjang umur Kak G ini ... memang terlalu banyak yang menyeramkan! Terlalu banyak yang hitam!
Itulah yang membuat Kak G selalu bersyukur dengan segala apa yang Allah SWT kurniakan.
IM adalah antara berjuta insan yang menghadapi pelbagai dugaan. Tetapi setiap dugaan ada hikmahnya.
Yakinlah Allah Maha Adil. Ada sebab musabab ... cuma mungkin insan saja yang tercari2!
Apapun, IM mesti lebih mendekatkan diri padaNYA, pohon keampunanNYA & merayu nikmat keberkatanNYA.
Insya Allah. Allah SWT Maha Mendengar. Pasti akan datang Rahmat & RedhaNYA.

hentian berkata...

tk. tadi sempat tengok drama AKU INGIN KE SYURGA. Nasihat dari watak tok imam itu sedikit sebanyak memberi IM kekuatan dalam menghadapi hidup seterusnya...

Chenta berkata...

Saya baca catatan ini dan faham apa yang berlaku.

Moga Insan Marhaen sentiasa kuat dan terus diberi kekuatan .

ibuintan berkata...

semoga IM kuat dan dapat menghadapi situasi ini dengan tenang..

harap Angah juga dapat membantu

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Salam IM, Tak terkata akak bila membaca ujian yang amat berat IM lalui..isteri dan anak sekali gus.
Allah menguji insannya yang boleh memikul akan ujian nya itu..jadi IM bersabarlah, ada hikmah keberkatan disebaliknya..
Take care of yrself IM, keluarga memerlukan IM

hentian berkata...

hmmm... tkasih atas dorongan. harap IM teguh memikulnya.

ummu berkata...

salam IM
memang konfius bila dalam situasi macam ni.Moga IM terus tabah.

Cik SHiNJU berkata...

Semoga IM dikurniakan ketabahan dlm mghadapi dugaan ini..

@na berkata...

Moga tabah..kerana hidup ini penuh dengan warna warni yang memenuhi kanvas hidup kita...kepadaNYA kita sama-sama minta pertolongan dan berserah..