BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Oktober 17, 2010

Akhir Sebuah Kehidupan

Aku baru sahaja bercerita dengan anakku beberapa hari sudah. Di sepanjang pengalaman hidup aku selalu dapat lihat bahawa kebanyakan orang mati di dalam keadaan apa yang lazim dia perbuat saban hidup. Kalau dia selalu pergi kelab malam kemungkinan dia akan mati semasa berada di kelab malam. Kalau dia selalu pergi kerja naik motor merentasi jalan yang sibuk, dia mungkin akan mati di jalan raya. Kalau dia rajin ke masjid mungkin dia akan mati semasa dalam perjalanan ke masjid.

Tup! Tup! Semasa kami berdua menonton berita, terpampang cerita pergaduhan antara penyokong Kelantan dan Selangor semasa perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam baru-baru ini. Seorang penyokong Kelantan mati ketika berasak-asak.

Apabila di temubual oleh pemberita tentang keadaan anaknya semasa hidup, emaknya memberitahu bahawa anaknya itu memang kaki bola. Kalau ada saja sesuatu tentang bola, anaknya sanggup tak makan kerana itu.

"Tengok Angah! Kan betul cakap ayah!"

"Seboleh-bolehnya kita janganlah buat onar atas dunia ini. Tak mahulah nanti kita mati dalam keadaan hina. Biarlah mati kita dalam keadaan kita sedang berbuat sesuatu yang baik. Yang akan disebut dan dikenang orang walaupun jasad kita sudah lama tiada..." Sambungku memberi pesan pada Angah.

17 ulasan:

Acik Erna berkata...

IM..hukum alam..kebetulannya..sedang bercerita dengan anak dan terjadi..mungkin anak IM akan berfikir..kebenaran kata2 ayahnya.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum saudara IM.
Semoga Allah mengakhiri hayat kita semua dalam keadaan yang baik2 sahaja, dan terhindar dari segala fitnah dunia. Amin.
TQ

Mario berkata...

salam IM...
tula...nasib kita nanti camana ek...

Semoga Allah mengakhiri hayat kita semua dalam keadaan yang baik2 sahaja, dan terhindar dari segala fitnah dunia. Amin....

sama pulak dgn komen kat atas...:)

abu muaz berkata...

satu contoh yang baik. biarlah kita mati dalam keadaan orang mengenang akan kebaikan kita .

ibundo berkata...

kita mintak yang baik2..
kita doa yang baik2..
insyaAllah DIA makbulkan...

Maiyah berkata...

setuju ngan kak pah..

Ariff Budiman berkata...

Satu nasihat yang baik untuk anak. IM memang seorang pakar kaunseling

ibuintan berkata...

kalau harimau mati meninggalkan belang,... moga-moga kita nanti meninggalkan nama yang baik dan tidak memalukan anak-anak dan keluarga yang ditinggalkan

hentian berkata...

angah ni selalu dapat nasihat IM sebab dia selalu ada dekat IM. along jarang dapat sebab tinggal di kl.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam IM,

Nasihat buat anak memang kena selalu diberikan especially zaman sekarang yang mencabar kita sebagai ibu-bapa yang berkerjaya.

Semoga keluarga kita terhidar dari gejala yang tidak diingini.

Dr Singa berkata...

Moga Angah faham..
dan ingat...
.
pesanan IM itu juga saya faham dan ingat...
:)

ahmad humairi berkata...

salam,

....selalu doakan agar mati dalam iman.

Mak Su berkata...

takut juga......

Murni Alfathunnisa berkata...

kebetulan...entry saya pun menyebut pasal 'mati'..mengingati mati.

hentian berkata...

mau ikut jejak mak selalu bagi nasihat kat anak...

Unknown berkata...

Peringatan dan contoh yg terbaik...bukan saja utk anak2 tapi juga utk kami yg membaca ni pun..
moga kita sentiasa bersama rahmatNYA

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Pesanan IM akan saya ingat sampai bila2 dan InsyaAllah akan disampaikan pada anak-anak.