BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Adakah Terusik?

Walaupun subuh Isnin lalu adalah subuh yang paling getir untuk aku dan Angah melihat tragedi yang trajis berlaku di depan mata,  aku tetap cuba teguhkan hati. Aku lalui hari siang seterusnya dengan wajah yang seperti tidak terjadi apa-apa. Hanya aku dan Angah sahaja yang tahu.

Aku bawa mak saudara ibu_suri, Cu Ton ke rumah kakak ibu_suri, kak Oyah di Taman Bukit Jambul. Mereka mahu bincang perihal tanah pusaka yang masih ada di Gunung Panjang, Gopeng, Perak.

Sedang rancak mereka berbincang, suami kak Oyah, Abang Sham balik dari Sekolah Agama Rakyat membawa pulang anak-anak angkat mereka.

Sedikit terhibur aku melihat keletah mereka 5 beradik. Nak kata nakal, tidak juga. Mereka sebenarnya anak terbiar. Abang Sham ambil mereka dari rumah setelah dapat tahu mereka ini ada bau-bau bacang dengannya. Keluarga lain tidak mahu memelihara mereka. Mau tidak mahu Abang Sham dan kak Oyah menyanggupi walaupun mereka sendiri sudah tua untuk menjaga anak-anak kecil lima beradik ini.

Emak mereka mengidap penyakit gila meroyan hingga tidak mampu mengurus diri sendiri. Anak-anaknya terbiar merayau-rayau mencari makan di tepi jalan atau meminta-minta. Badan mereka penuh kudis. Rumah mereka kotor dengan bau hamis, hancing dan  semut menghurung sisa makanan. Bapa sudah tiada lagi.

Abang Sham dan kak Oyah begitu sabar mendidik dan mendisiplinkan mereka. Kekadang aku sendiri tidak sanggup melihat mereka di rotan jika tidak mendengar kata.  Kalaulah kiranya aku  ditawar untuk menjaga mereka, belum tentu aku sanggup. Justeru aku wajar tabik pada keikhlasan mereka. Selut pada kesanggupan mereka menghabiskan sisa umur dengan tanggungjawap yang berat sebegini.

Sekarang kelihatannya, alhamdulillah, tingkah laku dan penampilan mereka sudah mula ada perubahan.

Ramai penderma dan NGO datang membantu termasuk NGO aku sendiri - Jamaah Islah Malaysia.

Hatta NGO non Muslim juga datang membantu. Kos membeli susu dan makanan ringan adalah antara yang amat diperlukan.

Sesekali bila difikirkan aku sendiri tidak sanggup menjaga mereka. Pagi-pagi hantar mereka ke sekolah. Tengahari ambil dan hantar pula ke SAR. Abang Sham akan memasak makanan untuk mereka.

Kalau kalian selalu berkata aku adalah suami yang penyabar dan setia pada isteri, Abang Sham mungkin lebih penyabar dan setia menjaga anak-anak istimewa ini.

Bagaimana kalian? Adakah tidak terusik dan tidak tergerak hati untuk membantu? Kerana mereka ini memerlukan sumbangan yang berterusan...

p/s: jika sudi bank in di no akaun CIMB - 07330000618202 -  ABU HANIFAH

15 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,

Sertakan nombor akaun di n3.

InsyaAllah walaupun tak banyak, saya ikhlas.

ahmad humairi berkata...

salam,

hatiku terusik dan berdoa agar kebajikan anak-anak serta penjaganya terpelihara.

hentian berkata...

ada sertakan no akaun di bawah n3.

Chenta berkata...

Salam ,
ketika di Kl saya aktif bersama NGO WIRDA membantu mereka yang memerlukan , so saya faham mereka benar2 ikhlas membantu anak2 ini .

Tahniah kepada yang terlibat. Hanya Allah yg dpt membalasnya . Tiada tenaga dpt saya berikan hanya sedikit sumbangan ikhlas dpt meringankan bebanan , Insayallah ..

Maiyah berkata...

mulianya hati insan ni, moga Allah melimpahkan rezeki dan mempermudahkan urusan mrk.. :)

ibuintan berkata...

semoga Allah membalas ketulusan hati mereka dengan menyihatkan badan mereka berdua serta mempermudahkan semua urusan mengurus anak2 ini..

insyaallah buat baik dibalas baik

sud@is berkata...

Semuga mereka bertambah2 rezeki dengan keikhlasan yang dicurahkan..

Mario berkata...

Semoga abang Sham dan keluarga dimurahkan rezeki...

Hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka...dan pastinya ada ganjaran untuk mereka kan...

hentian berkata...

ya.. muga keluarga itu dan keluarga-keluarga seperti itu di dunia ini dirahmati allah dan dimurahkan rezeki..

Unknown berkata...

Sangat besar jasa abang Sham tu...semoga Allah memberikan kebahagian padanya didunia dan akhirat..

mamawana berkata...

Semuga Allah swt melimpah ruahkan rezeki mrk yg membantu dan yg dibantu. Insyaallah kita teruskan apa yg termampu dgn doa dan kemampuan kewangan.

Cik SHiNJU berkata...

Salam...mulianya hati mereka..
Semoga dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yg baik..

hentian berkata...

kehidupan yang cantik ialah dengan diisi oleh usaha menggembirakan orang lain.

malaikat rahmat akan memayungi diri dan keluarga kita.

Ms.Lilies berkata...

kalau nak menyumbang bukan dari segi wang ringgit macam mana nak buat pula tu IM?

hentian berkata...

boleh sumbang makanan. kalau mai ziarah pun ok juga...