BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, April 26, 2010

Sukarnya Terima Kekalahan

Bukan senang untuk menerima hakikat bahawa kita sudah kalah.

"Kita patut boleh menang kalau BN tak t**** d***. Macam-macam j**j* depa t****. Terang-terang depa tunjuk dalam tv, PM j**j* macam-macam. Orang Melayu pun apa lagi. Bla... bla.. bla... "

Ngomelan ibu_suri sebermula beredar dari rumah Tok ba di Air Itam hinggalah memasuki jambatan Pulau Pinang membuatkan aku sesekali ketawa kecil. Ketawa kerana aku sudah tidak tahu nak kata bagaimana. Ketawa kerana mengenangkan sikap sesetengah manusia yang susah hendak menerima hakikat kekalahan. Lebih-lebih lagi apabila segala usaha telah dicurahkan dan harapan itu seperti boleh dicapai tetapi rupanya hancur berderai.

"Elok pun kita kalah." Aku cuma meredakan suasana sesak di dada ibu_suri.

"Kalau kita selalu menang kita akan jadi riak. Sebab itu kata orang; senang untuk jadi juara. tetapi yang susahnya ialah untuk mempertahankan kejuaraan itu."

Diam.

"Hari ini kita kalah tak semestinya kita kalah hari esok. Kita cuma ada 2. Kalah atau menang. Hari ini diisytiharkan kalah. Maka kita kalahlah. Nak buat macammana. Rakyat Hulu selangor pilih BN.Jadi, BNlah wakil rakyat mereka."

"Tapi depa main kotor."

"Itu kerja depa. Depalah yang tanggung dosanya. Kalau kita ada bukti, kita bawa ke mahkamah."

"Ala, bukan boleh menang. Mahkamah depa punya."

"Menang atau kalah soal kedua. Yang penting kita dah usaha."

"Ala... sudah! Sudah! I tak mahu fikir. Sakit kepala I."

Sambil meletakkan kepala ke penyandar kerusi, ibu_suri memejam mata. Aku tahu, itu maknanya dia benar-benar kecewa. Dan kekecewaan itu benar-benar membuat dia sakit kepala.

Aku memandu kereta di kelajuan 60km sejam. Aku tidak peduli lampu tinggi yang dinyalakan oleh kereta belakang. Hendak cepat, potonglah ikut kanan. Mujur malam itu hujan. Cuaca sejuk dan sunyi diharap akan dapat mententeramkan ibu_suri.

"Esok i nak jumpa Dr Mansor. Nak mita kerja dari dia. Kena buat kerja. Tak boleh duduk diam macam ni."

Efffssss... Aku mula 'sesak' dada. Letih aku bila memikirkan kehendak ibu_suri yang seperti ini. Tidak habis-habis.

Aku sms kepada anak aku minta dia pasang penghawadingin bilik ibu_suri. Biar bila ibu_suri tiba di rumah nanti, biliknya sudah cukup sejuk untuk dia tidur.

Jam sudah 12 tengah malam. Perut aku berkeriut. Selepas habis mesyuarat Koperasi Pelaut Pulau Pinang tengahari tadi, aku tidak lansung menjamah makanan. Terus ke rumah Tok Ba ziarah mak dan abah ibu_suri.

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Biarlah Yang Maha Adil yang menjatuhkan hukuman..

spy berkata...

dalam pilihan raya kecil (prk)terlalu ramai yg mengambil kesempatan nk hidup senang sementara.

puak2 atas pagar dah jadi gelojoh,sapa boleh bagi banyak maka depa la calon dia..depa ni bukan nak fikir pasal masa depan anak lagi..mereka tiada kecerdikkan macam orang kelantan,hampa bagi kami ambik tapi undi tok parti tok guru juga

Dama-Ulan berkata...

Salam,


Biaq pi laaa depa nak taboq d..t pun, bukan hak org lain.. hak rakyat juga drpd dok taboq ke dlm poket depa sendiri...

Lain kali kalau org bagi kita kena ambik.. tapi kalau org minta pangkah, kita jangan pangkah takut yg depa bagi tu jadi "rasuah"...