Tanpa aku duga, tetiba aku mendapat panggilan talipon dari pegawai STB, Taiping.
"Akhmal, anak encik sekarang ada di hospital."
"Kenapa?"
"Pukul 3 pagi tadi dia sakit perut dan muntah. Kami terus bawa dia ke hospital. Doktor syak dia mengalami jangkitan kuman di pundi kencing dan ada nanah di buah pinggang."
Aku yang ketika itu sedang sibuk melayan seorang rakanku yang menghantar perkakasan untuk dikalibrasi cuba mengawal rasa sebak. Buah pinggang... aku memang fobia. Abah aku meninggal setelah seminggu dikesan buah pinggangnya rosak. Bapa mertua adikku juga berhadapan nasib yang sama. Paling baru ialah emak aku sendiri mengalami kerosakan buah pinggang.
Sempat aku berbual dengan doktor yang merawat Akhmal atas jasa baik pegawai STB Nur Hafizah yang bertanggungjawap membawa Akhmal ke Hospital Taiping.
Bagaimana aku akan memberitahu ibu_suri hal ini? Sambil berfikir itu aku ligat menyudahkan kerja-kerja ofis. Kemungkinan besar aku akan bercuti esok.
Doakan mudah-mudahan semuanya berlalu dengan suasana yang tenteram. Di sujud terakhirku Zohor tadi, aku rafakkan doa muga jika Allah ingin menguji aku, ujilah dengan ujian yang mampu aku tanggung!

6 ulasan:
Salam IM..
Insya Allah.. semuanya akan baik2 sahaja.. berdoalah kepadaNya..
Semoga anak IM cepat sembuh, InsyaAllah.
moga IM dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.......
Semoga tabah...
Semoga kesusahan tuan di percepatkan, dipermudahkan and diakhirkan oleh-Nya dengan kebaikan....InsyaAllah.
Bersabar...
semoga semuanya beransur baik dgn segera..
Catat Ulasan