Hatiku terkesan bila mendapat berita bahawa sahabatku yang bekerja di Renesas Technologi, Kulim telah disuruh bawa pulang oleh doktor setelah beberapa hari berada di Hospital Metro, Sungai Petani. Hati dan usus perutnya menghadapi masalah. Perutnya mula membengkak dan matanya kekuningan. Khabar terbaru, matanya sudah tidak terbuka. Sahabat-sahabat di RTK mengadakan majlis membaca Yassin.
Semalam, semasa aku menemani anakku Along ke Sunshine Square, Air Itam untuk membeli barang keperluannya, aku sempat berbual panjang.
"Ayah bagi tahu kawan ayah. Jika boleh ditakdirkan, ayah harap ibu akan mati dulu dari ayah. Kawan ayah marah ayah kerana berkata begitu. Cuba Along fikir, kalau ayah mati dulu dari ibu, siapa yang boleh jaga ibu? Along boleh?"
Along diam.
"Ayah ada tanya Angah. Tau Angah jawab apa? Ho..ho..ho...."
"Sama-sama matilah, Ayah" komen Along perlahan.
"Yelah... Kalau boleh begitu, baguslah."
Aku teringat semasa balik dari menghadiri majlis pengkebumian nenek tiri ibu_suri pertengahan bulan lepas. Memandu di jambatan Pulau Pinang, ibu_suri sempat berpesan pada aku sambil mengalirkan airmata.
" Kalau I mati nanti, u tanam I dekat kubur Tok Ba, ya...."
Aku cuma mengangguk. Tok Ba, nenek dan nenek tiri dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak. Saban Hari Raya, kami selalu menziarahi perkuburan mereka.
Hmm... Aku selalu berdoa kepada Tuhan muga diberi kesempatan untuk aku hidup dan menghidupkan amalan. Muga aku dapat berbuat sebanyak-banyak amalan dan bertaubat sebanyak-banyaknya
Pun aku selalu kesal kerana aku selalu lalai lebih-lebih lagi bila tiada masalah melanda.

Ibu_suri semasa ziarahi Akhmal di Hospital Taiping.
3 ulasan:
hidup bersama....... kalau boleh nak mati pun bersama. tapi apakan daya kita hanya manusia yang perjalanan hidupnya ditentukan oleh NYA
moga IM, ibu_suri dan anak2 dalam redhaNYA
Melihat kepada senyuman ibu_suri, bagai tiada apa masalah yang sedang ditanggungnya..
Catat Ulasan