BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Februari 24, 2010

Kurang Satu

Ini adalah foto yang dikirim melalui e-mel oleh sahabatku berbangsa Cina. Senario yang berlaku di Perhentian Keretapi Negara Cina di minggu terakhir sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang lalu.


Menatap foto ini kenangan aku terhimbau di peristiwa semasa balik berHari Raya di kampung kelahiranku Kampung Slim, Slim River. Sekitar awal 60an. Di masa itu mana ada bas ekspress melainkan apa yang diistilahkan sebagai bas lompat-lompat.

Keretapi adalah kenderaan balik yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia ketika itu hinggakan terpaksa berebut-rebut memasuki pintu keretapi sebaik saja ianya berhenti di platform tanpa mengira keselamatan.

Cerita beg pakaian hilang dalam kekalutan berebut-rebut masuk ini sudah jadi biasa. Terpaksa tidur dalam gerabak barang berteman pijat juga sudah biasa lantaran gerabak penumpang yang sudah sendat. Malah pernah satu ketika;

“ Mana Kedek? “ Mak bertanya pada aku sebaik saja kami semua berjaya masuk ke dalam gerabak.

Aku memerhati keliling mengira jumlah adik aku. Ya tak ya, kurang satu. Adikku yang nombor 2 tidak ada. Jenuh memerhati keliling, memang Kedek tak ada. Mak jadi panik.

Aku terlupa bagaimana akhirnya kami menemui semula Kedek yang rupanya berada di gerabak yang satu lagi. Dalam kekalutan berebut untuk naik itu tadi ada seorang hamba Allah telah mengangkat Kedek masuk ke gerabak berdekatan melalui tingkap!

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

teringat dulu-dulu pengalaman naik keretapi.. pernah nak balik berhari raya kat kampung..kereta api lewat 4 jam.. aduhai.. dengan peut terboyot2 mengandung.. sampai suami suruh berbuka puasa..

dah hampir 20 tahun tak naik keretapi.. sesekali rasa teringin pulak!

mamai berkata...

orang kita sekarnag dok sibuk naik kapal terbang nak balik kampung

ain fathihah fhm berkata...

huhu sejak mai belajar di Tg Malim, memang dah kerap sangat naik keretapi..

Mama cerita, masa ain kecil2 dulu, Baba sampai terpaksa gantung buaian dalam keretapi sbb ain duk teriak takmau stop, nak kena ada buai jugak baru boleh tido. hehe