BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, Februari 09, 2010

Hidup Tak Pernah Diam

Memang sukar menjaga hati sesaorang. Apatah lagi hati seorang separa normal seperti ibu_suri. Setiap perkataan yang keluar dari mulut perlu di fikir terlebih dahulu. Kepentingan diri kekadang terpaksa dikesampingkan semata-mata kerana mahu melihat dia tidak emosional. Kalau dia emosional bukan sahaja aku malah orang lain juga akan bermasaalah.

Hari ini aku bawa ibu_suri menjalani rawatan susulan di Unit Psikiatrik, Hospital Besar Pulau Pinang. ibu_suri mendapat no giliran yang ke 107. Aku diberitahu bahawa hari ini ada 150 orang pesakit menunggu untuk dirawat. Itu tak termasuk yang datang tanpa temujanji terlebih dahulu.


" Ramai yang sakit jiwa sekarang ni, ya! " keluhku kepada jururawat di kaunter. " Agaknya kerana stress. "

Ada yang aku lihat rupa paras bukan main cantik dan seksi. Tapi hampa pula bila melihat namanya dipanggil untuk memasuki bilik rawatan. Beginilah kehidupan...

Di dalam bilik yang kecil sesaiz dengan bilik tidurku itu ada empat meja dengan 3 doktor pakar wanita dan satu doktor pakar lelaki. Antara 4 doktor itu 2 doktor Melayu, satu dokor Kristian bernama Priscillia ( yang merawat ibu_suri ) dan seorang doktor Cina. 2 orang pembantu doktor lelaki yang begitu sabar dan tenang mengurus keluar masuk pesakit.

Hadir ke sini memang terpaksa berhabis masa dengan menunggu. Aku amat bimbang jika ibu_suri tidak dapat menerima hakikat kehadirannya di situ. Dia selalu bertanya kepada aku sampai bila dia perlu ulang datang ke situ. Dia merasakan dirinya sudah ok, kenapa masih perlu?

Jadi, aku nak beri jawapan yang bagaimana di saat ramai orang di sekeliling tika itu. Silap jawapan, dia akan mengeluarkan kata-kata yang mungkin tidak enak di dengar.

Kebetulan pula sambil menunggu itu berita tentang keputusan mahkamah mengenai kesahihan Menteri Besar Perak disiarkan melalui berita TV3 yang tergantung di dinding hospital.

" Itu bukan Zambry ke? Macam mana keputusannya? Sapa menang? "

Huh, nak aku jawap macam mana kalau dia asyik pok ..pek.. pada aku yang Nizar adalah MB yang sah sedari semalam. Dalam fikiran ada 2 isu yang selalu berlegar; politik dan tadika.

Jagalah kesihatan diri kita, ya! Teringat pesan adikku yang bekerja di PharmaNiaga, Shah Alam;

" Yop... Minum Teh baik untuk mengurangkan stress. Buat senaman selalu dan banyakkan berzikir kepada Allah! "

Muga Allah kuatkan semangatku dan semangat kalian untuk mendepani hidup yang tidak pernah diam!

6 ulasan:

mamai berkata...

semoga ibu akan cepat kembali seperti sediakala

mamai berkata...

semoga ibu akan cepat kembali seperti sediakala

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
Alhamdulillah smoga IM terus tabah merawat ibu_suri dgn seikhlas hati. I'ALLAH pasti akan ada ganjaran yg menanti nanti...

Ketulusan IM yang amat sabar dgn kerenah ibu_suri memang amat menyayukan hati ini..

semoga semakin ramailah lagi lelaki2 bergelar suami diluar sana yg sesabar IM. menerima isteri seadanya ketika sihat atau ketika tidak berupaya....

YaALlah, tabahkanlah hati insan bernama suami ini. sembuhkanlah insan yg amat dicintainya utk terus menyayangi suami tersayang..
Amin

Maiyah berkata...

im mmg sorang yg tabah dan sanggup bekorban.. moga im & ibusuri dlm kesejahteraan

Kakcik Seroja berkata...

Salam IM..

setiap kita tak lepas dari berbagai dugaan.. mudah2an kesabaran juga tetap bersama kita sentiasa.. :)

tersentuh berkata...

maaf aku tersasar komen..sebebarnya pabila aku mendengar lagu dendangan alleycat ni bertajuk puisi utk sang puteri teringat aku kat seseorang yg pada masa tu aku baru berkenalan..budak kampong..

itulah turning point aku menjadi 'manusia'..panjang ceritanya..terima kasih F..semoga kau dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah.