Akhirnya aku tersingkir dari senarai 5 terbaik Blog Personal Suami Pilihan di Blog Pilihan Malaysia ini. Pun aku tidaklah rasa kecewa malah berterima kasih kepada BPM dan rakan-rakan bloggers kerana sudi memilih aku sebagai calon walaupun tidak finalis. Gimanapun aku masih teruja untuk meneliti siapa yang bakal menduduki takhta yang hebat ini. Aku agak..hmm.. mungkin Ben Ashaari.
Okey lah! Lupakan dulu,
Aku ada satu foto. Foto ini diambil lebih kurang jam 6.30 ke 7 petang, 2 minggu lalu. Lokasi - Stadium PISA. Majlis makan malam ulangtahun syarikat tempat kerjaku. Menurut jurukameranya Alex Chng- tiada unsur-unsur super impose. Dan menurut gadis Vietnam yang diambil gambar juga, tiada orang lain selain mereka berdua sahaja.
Aku mahu kalian buat analisa dan hipotisis sendiri. Aku? Tak tahu. Memang semua kawan-kawanku juga masih dengan tanda ???? Malah blogger Jendela hatiku ( JH ) juga tak ambil pusing!
Errrr... Malam ni malam apa, haa...??
27 ulasan:
ishhhh..biar betul IM, nasib baik malam ni malam Rabu,...
tak branilah nak buat hipotisis memalam ni..
tangan hantu mak limah balik kampung..hehe
alaa..IM, takpe tak tersenarai dlm 5 blog tu..dh tersenarai aritu pon kire oke kan...feez bg skongan kat blog ni even tak masuk top 5 cayok2... :)
by de way tu tangan sape ye?..musykil2....
Salam IM..
seram plak tgk gambar tuh..
x brani nak tenung lelama..
ibuintan,
huu.. kurr semangat. malam rabu rupanya..
imanshah,
tangan mak limah masa muda, ya!
feez,
hik..hik..tengkiu atas sokongan yang kuat.
cik shinju,
tenung lama-lama. nanti dia hadir dalam lena..
Ish ish ish... meremang pulak bulu tengkuk kakcik! :)
salam IM,
tak apa lah kalau tak masuk finalist...yang penting IM tetap tercalon at the first place...
hurmmmm..... tak tau nak cakap apa bila tgk gambar tu...rasa dah tegak bulu roma ni...
nasib baik bukak n3 ni pagi2 tak la takut sangat...
tangan sape tu...seram la jugak...
Salam IM,
Tak apa tak tersenarai top 5 tapi dah dalam top list dah okey la tu.
Tentang gambar pulak yg senyum tu hantu ke? Ada tangan tiga. Atau ada hantu dicelah-celah mereka. Eh... tak tahulah kakak.
Salam.
Tahniah juga walau tak dapat meneruskan cabaran.
Tanpa superimpose???
Seram tu..
Semoga ceria selalu. TQ
alaaaa takutnya,tangan sapa tu?
uik uik....tangan ada bykla pulak eh...hehe
masuk senarai pun dah ok dah bro...
magic apa ni IM, btoi ka takut nak zoom nih....
tunggu jawapan IM
kakcik,
jangan pulak pi bilik air pun suruh abang teman.
nurazzah8,
betul tu. syukur atas apa yang ada.
ainnoraini,
kalau ikut kata blogger warna nostalgia, siang-siang pun 'dia' ada.
kakzakie,
tu yang musykil tu. keliling mereka ada ratus-ratus orang pi makan malam sama.
admin P@P,
memang bukan superimpose. IM percaya ini satu misteri..
rerama salju,
orang tua-tua kata; jangan tanya banyak-banyak..
mario,
yelah..kira ok la tu!
sud@is,
IM dah beberapa kali zoom. IM pun takda jawapannya..
salam IM..tiba2 rasa seram..nasib siang lagi..
Dalam firasat JH jika naik bulu roma itu tanda sesuatu yang tak kena.
Namun Yang Maha Berkuasa hanya Allah SWT. Kita tidak perlu tunduk kepada yang lain.
Huh!! Kenapa ada terlebih tangan tu...
Dia pun nak posing juga tapi nasib tak baik nampak tangan saja. lebih baik nampak tangan dari nampak muka IM. Tak lalu makan yob nanti. WN undi juga IM. Tak pa. Tak tersenarai pun rak apa. Kita menulis bukan kerana nama. Dah tercalun terima saja la.
ish..berkali-kali dok belek foto tu...hmm...tak berani lah nak hipotesis, analisis...seram sejuk..huhu
apada, dahla dok hotel seminggu, buat seram aku saja. tapi ada apalah dengan tangan. teringin nak bergambar ler tu hehe.
berkali2 saya tgk........nasib baik nampak tgn saja.
Salam IM..,
Elok gambar ni hantar je ke blog gambar hantu..kat sana banyak lagi gambar - gambar pelik camni.
Anyway Tahniah buat IM w/pun tak jadi finalis..tapi dah tersenarai dah dikira bagus.
Salam ukhwah dan salam ziarah :)
I'll try to think about it he3
Seram he3
betulke ni tuan?
huh!!terdapat 2 tngn yg asing..sy berpendpt tangan yg pegang lengan wanita itu tngn kawannya..cuma 2 tangan lagi tu no komen..wallahua'lam
Catat Ulasan