BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, November 28, 2010

Syok Sendiri

Amat teruja bila aku diberi ucap tahniah oleh bloggers Cerkleng dan Faizal Fredley di ruang  SALAM kerana blog aku tercalun dalam kategori Blog Personal Suami Pilihan oleh laman Blog Pilihan Malaysia. Dalam terpinga-pinga, berhari-hari juga aku cuba memahami semua ini. Dan secara mendadak juga follower aku bertambah dari 130 kepada 134.


Walaupun tersenarai pada tangga tercorot yakni ke 18, namun terima kasihlah pada blogger yang bertanggungjawap mencalunkan blog aku yang tak sepertinya ini. Siapa dia itu, tertanya-tanya juga di dalam hatiku  berhari-hari.

Alakulihal, kalau ikut apa yang aku faham, ini cuma baru saringan peringkat pertama. Pengundian akan berakhir pada Selasa 30 November. So, jangan lupa jika benar blog aku ini layak diiktiraf sebagai Blog Persoanal Suami Pilihan, klik di sini dan Pilihlah Aku

Pun, kalau aku tak berjaya, tak mengapa. Setidak-tidaknya aku telah berpeluang untuk 'syok sendiri'. 

Hatta, jauh di sudut hati,  sebenarnya ini juga merupakan satu peringatan dan motivasi yang berharga buat diri ini!

24 ulasan:

ab@h_Izz berkata...

tahniah..dah ada dalam list tu semamangnya layaklah IM..dah undi untuk IM juga

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Akak vote IM dua hari yg sudah sebenar nya, IM tak tahu ker IM tercalon..
Aper2 pun moga selamat berjaya.

NURAZZAH8 berkata...

Salam IM,

Akak dah vote blog IM...moga-moga menang...sememangnya IM layak mendapat anugerah SUAMI PILIHAN SUAMI MITHALI

hentian berkata...

abah izz,
tk kerana undi. semua abah berhak digelar suami piihan..

marina monroe.
tk juga. baru tau..

nurazzah8,
tk. suami mithali tu dak le kot. kriterianya lebih ketat.

Mario berkata...

tahniah bro....blog ni mmg layak pun...bukan syok sendiri...

ahmad humairi berkata...

salam,

anda syok sendiri,
kami tumpang sekaki,
anda memang suami mithali,
tahniah dari hati ke hati.

CikguAreefNaim berkata...

salam IM,

tahniah tercalon! sapelah admire yg sudi mencalonkan tu, hehehe...

blog IM mmg bagus. byk kisah yg menyentuh hati... syg klu org tak dtg baca di blog ni...

byk blog yg bagus, cuma kurang dikenali... mcm blog IM ni, pasti lps ni lbh ramai yg dtg berkunjung ke sini...

tahniah sekali lagi...

ibuintan berkata...

tahniah IM,

saya dah undi awal2 lagi... good luck

Yunus Badawi berkata...

Tahniah kerana tercalon bagi kategori Blog Personal Suami Pilihan. Bukan senang nak masuk pencalonan.

Kalah menang bukan soalnya tapi saya yakin IM mmg suami pilihan isteri IM.

psst - saya dah undi awak.

abu muaz berkata...

tahniah lawan tetap lawan.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Yang lebih penting, IM sudah lakukan yang terbaik.
Insya Allah diberkati. Doakan untuk mendapat rahmatNYA - Anugerah Allah SWT adalah yang terbaik!

Kamsiah yusoff berkata...

tahniah..tanhiah..teruskan berblog..!!

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Tahniah..IM mmg layak masuk pencalonan..Harap2 menang la nt yer...Boleh bg inspirasi pd org lain plak... :)

Ms.Lilies berkata...

Tahniah2...
:D

iBu...gUru berkata...

Tahniah 2x............ iBu gUru dah undi

kak wan berkata...

keikhlasan IM dah berbaloi kalau tak menang pun sekurang - kurangnya ada orang menghargai segala penat lelah IM menjaga isteri.
Tetap doakan IM...tahniah.

hentian berkata...

mario,
syok sendiri kira masuk lift, terangkat sendiri..

ahmad humairi,
macam best je pantun tu..

areef,
IM memang suka menulis dari idea sendiri. lebih menyentuh perasaan

ibuintan,
agaknya kalau menang nanti dapat mercedes benz kot. boleh bawa ibu_suri walk walk eating air..

YB,
hik..bukan mudah ibu nak pertahan pertunangan IM. pernah perang besar kat bilik bujang IM semata kerana cemburu.

abu muadz,
aik.. macam selalu dengar je kata kata keramat tu?

hentian berkata...

ddrfauziah,
tk atas ransangan.

kamsiah,
agi idup agi berblogging..

cik shinju,
tak dapat inspira, bagi inspirasi pun kira ok la..

ms lilies,
sama sama tahniah..

ibu guru,
tk. undi anda amat betharga.

kak wan,
tu la... siapa calunkan IM ni masih menjadi misteri..

ibundo berkata...

tahniah IM.Dah masuk pencalonan dah kira menang lah tu..

Bearcat berkata...

Tahniah IM. Glamerla lepas ni hehe. BC dah vote utk IM.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam IM,

Tahniah. Moga berjaya....

sud@is berkata...

Tahniah IM
tercalon terpilih dah cukup baik
kalau menang baik berganda

dh vote u ..gudluck

Afzainizam berkata...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

Kami telah undi blog ko dahhhhh......
insan marhaen

good luck yeeee

Ahmad Habuna06 berkata...

Salam IM,
Tahniah atas percalonan itu