Sewaktu dalam pemanduan balik ke rumah dari ofis, aku berbual dengan rakan yang menumpang keretaku. Seorang staff nurse klinik tempat kerjaku.
"Bagaimana kedaan isteri?"
"Entahlah.. Susah saya nak jawap."
"Ngapa?"
"Sejak sebulan dua ini ketara benar rambutnya kian banyak gugur. Dan lebih membimbangkan ialah tangannya menggeletar seolah-olah ada sindrom Parkinson."
Aku cuba mengawal stereng kereta dengan sabar dan mengharap ada sedikit tips dari rakanku yang melewati umur bersara. Namun tidak banyak maklumatnya yang dapat membantuku.
"Saya silap."
"Kenapa?"
"Sepatutnya, saya pergi hadiri kursus yang disarankan oleh doktor pada saya dulu. Setiap penjaga kepada pesakit bi-polar dis-order macam isteri saya sepatutnya mempelajari bagaimana cara untuk mengurus pesakit yang mempunyai mood yang cepat berubah dan tidak menentu. Tapi mungkin sebab tika itu saya panik dan serabut. Jadi saya pandang remeh kursus seperti itu. 2 tahun lebih kehidupan saya sengsara Sekarang ini baru saya rasa ok sikit. Itupun kerana mood dia sekarang ini lebih banyak pasif. Kalau kembali macam dulu, agresif dan penuh idea, entahlah..."
Aku dapat bayangkan betapa perlunya kekuatan mental, spiritual dan fizikal pada individu yang menjaga insan yang mengalami ahmar atau yang menjaga insan OKU, insan yang sakit terbaring di katil malah 1001 penyakit yang kekadang tak terduga dik fikiran.
Semasa aku beratur mengambil ubat baru untuk ibu_suri di Hospital Besar Pulau Pinang tengahari tadi, aku sempat berbual dengan guard yang menjaga bahagian farmasi. Melihat barisan yang bak ular dipalu menunggu untuk menyerah perskripsi di kaunter ubat, gurad perempuan itu berkata padaku;
"Macam ni lah tiap-tiap hari. Segala penyakit atas dunia ni ada di sini!"
19 ulasan:
salam IM
saya paling maslas nak ke hospital, menunggu untuk mendapatkan rawatan sikit punya lama, then kena pula tunggu nak beratur amnil ubat
Salam IM...
Saya ade terbaca dlm Metro Ahad baru ni,pasal seminar kuasai minda/otak kiri..org yang lama terlantar pun boleh bangun dgn kekuatan minda dorang..Wallahualam...
agak susah kalau berbicara pasal minda ni...
salam IM,
menjaga orang sakit terutama yang kita sayangi memang perlukan kekuatan mental dan kesabaran tahap tinggi..
Salam IM
Masalah berkaitan 'mood' memang mencabar, baik bagi yg mengalami atau menjaganya. Banyakkan bersabar. InsyaAllah, yg menjaga lebih mampu mengawal mood & membuat apa juga yg terbaik utk yg uzur. Doa saya semoga Allah memberkati segala usaha sdra & mengembalikan kesihatan insan yg sdra sayangi.
salam sejahtera IM, lama dah tak masuk kat sini.
salam IM
moga sentiasa dikurniakan kekuatan mental, spiritual & fizikal untuk menghadapi dugaan seterusnya ........
ayat last tu ...dalam maksud dia eh...
salam IM..
kadang2 kesabaran tu mmg menguji keimanan kite...
kalau bawak mak saya gi checkup mmg kene cuti sebab ramai org kat hospital pas tu bile ade kat sane sebenar bermacam2 jenis penyakit yg ade yg kite tak tahu..
rase bersyukur sgt2 kite masih lagi sihat buat mase ini...
Salam IM,
masih belum terlambat IM...masih boleh pergi kursus tu kan...
utk pengetahuan & panduan..
assalamualaikum IM
"Aku dapat bayangkan betapa perlunya kekuatan mental, spiritual dan fizikal pada individu yang menjaga insan yang mengalami ahmar atau yang menjaga insan OKU, insan yang sakit terbaring di katil malah 1001 penyakit yang kekadang tak terduga dik fikiran."
hanya insan-insan yang melaluinya lebih memahaminya,saya bersyukur mungkin dengan apa yang saya lalui ini, apabila ada sesi konsultasi kaunseling dengan klien, saya dapat lebih emphati,alhamdulillah.
faham benar kalau berurusan dengan hospitl kjaan, kena byk sabaq..
tk atas semua respon. maaf tak dapat jawap. tak cukup masa...
Assalamualaikum IM.
Semoga kesabaran sentiasa bersama saudara.
Allah tidak pernah berlaku zalim pada hambaNya.
TQ
salam IM..semoga terus tabah dan sabar..ujian untuk IM..
cuba IM gunakan kata-kata indah ini "kenapa dalam ramai-ramai manusia yang wujud dalam dunia Allah pilih aku untuk jaga satu dua hambanya yang istimewa???"
p/s: Salam perkenalan buat IM
" lihat kehidupan itu seluas dunia dan akhirat, kehidupan itu bukan sekadar di dunia semata-mata barulah datang rasa merdeka"
Bersabar dan redha kepadaNya adalah ubat segalanya..
satu pengalaman yang sangat berharga IM.
apa pun saya berdoa agar tuan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
menjadi ibu kepada anak istimewa juga perlukan kekuatan. alhamdulillah kakpah dapat atasinya dan anak istimewa itu akan menjadi ibu tidak lama lagi.
muga IM tabah...
Catat Ulasan